KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 25 April 2010

Kelantan waspada ancaman KL Plus

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan membayangkan pasukannya bakal berdepan laluan sukar apabila berkunjung ke Stadium MBPJ bertemu KL Plus dalam aksi Liga Super, malam ini.

Sathinathan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam berkata, keadaan agak menekan apabila Kelantan bakal kehilangan tiga tonggak utama termasuk perancang terbaik pasukan yang juga kapten, Indra Putra Mahyuddin.

"Kita akan kehilangan khidmat Indra, dia demam selepas lawan dengan KL Selasa lalu. Jadi tak dapat diturunkan untuk perlawanan kali ini.

"Selain itu, dua lagi pemain yang tidak dapat diturunkan iaitu Mohd. Shakir Sa'ari yang digantung satu perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning manakala S. Chanturu mengalami kecederaan semasa perlawanan tempoh hari," katanya.

Tambahnya, dia akan membuat sedikit rombakan di bahagian tengah dan serangan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan tiga pemain tersebut.

"Saya tidak risau, kita ada pemain muda (Zul Yusri Che Harun) yang boleh ganti tempat Indra dan Khairan Ezora atau Wan Zaman mampu untuk isi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shakir.

"Justeru itu, saya harap mereka yang dipilih dapat membuktikan sesuatu dan saya yakin mereka yang dipilih mampu memberikan persembahan terbaik," ujarnya.

Ketika diminta mengulas pertemuan menentang KL Plus, Sathianathan berkata, ia pasti menjanjikan suatu pertemuan yang sengit.

"KL Plus bukan pasukan yang boleh dipandang mudah. Mereka memiliki ramai tonggak yang bagus dan berpengalaman.

"Kejayaan mereka menewaskan naib juara Piala FA, Kedah di Alor Setar baru-baru ini tidak boleh di ambil mudah," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular