KETIKA menjadi tetamu bagi rancangan Wisel Penamat awal pagi ini, bekas jurulatih kebangsaan, Haji Khaidir Buyong secara berterus terang melahir rasa kekagumannya terhadap dua jaringan awal pasukan Kelantan.
Kedua-dua gol berkenaan ialah jaringan Norshahrul Idlan Talaha yang disifatkan Khaidir sebagai sangat 'brilliant'.
"Dia (Norshahrul) tidak gopoh.. dia very cool.. dan dia sangat brilliant (menyudahkan bola).
"Pasukan Kelantan mempunyai penyudah yang baik, manakala pasukan KL Plus tidak mempunyai penyudah yang baik.. itulah perbezaan kedua-dua pasukan dalam perlawanan malam ini," tambah Khaidir.
Gol pertama Kelantan malam ini berpunca daripada lontaran ke dalam yang disambut oleh Akmal Rizal dan melorongkan dengan baik kepada Norshahrul.
Penyerang kebangsaan itu kemudiannya berjaya melepasi kepungan dua pertahanan KL Plus sebelum mengungkit bola melepasi penjaga gol tuan rumah.
Sebagai rekod, Norshahrul sudah menjaringkan lapan gol setakat ini untuk bersaing merebut penjaring gol terbanyak Liga Super musim ini.
Dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu Selasa lepas, Norshahrul turut menjaringkan dua gol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan