KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 30 Ogos 2012

Pemain Terbaru Dalam Radar KAFA

Mohamed Shawky
Shawky pernah mewakili sebuah kelab di England.
Kelantan dijangka akan mengambil seorang lagi pemain import iaitu Mohamed Shawky dari Mesir (Egypt).

Mohamed Shawky ( lahir 15 Oktober 1981) merupakan pemain bola sepak Mesir. Beliau bermain diposisi tengah dan sekarang sedang beraksi untuk kelab liga perdana Mesir,  serta pasukan bola sepak kebangsaan Mesir. Dia juga pernah membantu Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika.


Dilahirkan di Port Said, Shawky memulakan kerjaya beliau dengan bermain untuk kelab Al-Masry sebelum menyertai Al-Ahly, di mana beliau menjadi terkenal dengan tendangan deras.
Beliau menyertai kelab Liga Inggeris, Middlesbrough pada 31 Ogos 2007 untuk £ 650000 dan menandatangani kontrak selama tiga tahun. Dia membuat penampilan pertama menentang Tottenham Hotspur pada 26 September 2007 di pusingan ke-3 Piala Liga 2007-08. Mohamed Shawky bermain di separuh pertama, dengan perlawanan berakhir dalam kemenangan 2-0 untuk Tottenham.
Dihalang oleh kecederaan semasa musim pertama beliau, Shawky bermain untuk Middlesbrough pada perlawanan pembukaan liga perdana musim 2008-2009 menentang Tottenham Hotspur yang Middlesbrough menang 2-1. Pada 8 Januari 2010, Shawky menandatangani dua dan setengah tahun kontrak dengan Kayserispor. Pada Jun 2010, beliau dan kelab mengakhiri kontrak dengan persetujuan bersama, membolehkan Shawky untuk kembali ke Mesir, menyertai Al-Ahly. -WikiPedia
Shawky
Sumber : Wikipedia

KELANTAN PERLU MENANG

Kelantan akan turun dengan misi wajib menang pada perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia menentang ATM di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


ATM yang mendapat sentuhan B. Sathianathan sudah membuktikan status mereka dengan pungutan mata terbanyak untuk mengungguli carta peringkat kumpulan.

Nyata bekas jurulatih Kelantan tersebut telah membina skuad mantap dan berprestasi tinggi.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan menarik pada perlawanan pertama menyebabkan kita terpaksa mencapai kemenangan di Kota Bharu bagi meneruskan perjuangan merebut slot ke suku akhir.

Jadi, kita menetapkan misi wajib menang keatas pasukan pelawat seterusnya berada di tangga pertama kumpulan B.

Pada pertemuan di Selayang, Kelantan bangkit dari ketinggalan hasil jaringan Obinna Nwaneri pada minit ke-87 untuk memadamkan jaringan pendahuluan Marlon Alex James pada minit ke-55

Rabu, 29 Ogos 2012

Kelantan Nafi Hajat Besar ATM

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) bersaing dengan pemain
pertahanan ATM, Azmi Muslim pada aksi Piala Malaysia di Stadium MPS malam tadi.
KUALA LUMPUR – Kelantan menafikan hajat besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merekodkan kemenangan tiga kali berturut-turut apabila berjaya mengikat pendahulu Kumpulan B Piala Malaysia itu 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Bagaimanapun kerancakan perlawanan antara ATM dengan Kelantan di hadapan 20,000 penonton itu dicemari oleh insiden baling botol daripada penyokong The Red Warriors ke dalam padang ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan.
Akibat kejadian itu, perlawanan terpaksa diberhentikan 14 minit di babak kedua selepas pengadil enggan memberikan penalti kepada pasukan pelawat selepas Mohd. Badri Radzi dikasari di dalam kotak penalti.
Marlon meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-55 ekoran kesilapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menangkap kemas rembatan penyerang dari St. Vincent & Grenadines itu sebelum bola bergolek masuk ke dalam gawang.
Namun, Obinna Nwaneri memastikan penyokong setia Kelantan seramai 15,000 tidak pulang hampa apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 hasil rembatan kencang ke gawang gol selepas menyambung percubaan Shakir Shaari yang sebelum itu dapat diselamatkan oleh Farizal Harun.
Keputusan seri itu meletakkan peluang buat semua pasukan dalam Kumpulan C masih sama rata dengan ATM kekal di tangga teratas dengan tujuh mata sementara Kelantan naik ke tempat kedua dengan empat mata, Kedah dan Terengganu memungut tiga mata.
Kelantan membayangkan penguasaan awal melalui dua gerakan solo menarik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 dan 11 namun rembatan leretnya terlalu lemah dan mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun.
Ketika Red Warriors rancak menyerang, ATM melakukan serangan balas pada minit ke-14 menerusi gerakan Hairuddin Omar yang melakukan hantaran tinggi kepada Marlon Alex James.
Penyerang import itu berjaya mengatasi kawalan ketat Obinna Nwaneri dan menggelecek Khairul Fahmi Che Mat tetapi rembatannya sekadar sipi mengenai jaring di sebelah tepi.
Jika tidak kerana Azmi Muslim dapat menahan rembatan Mohd. Afiq Azmi di atas garisan gol, Kelantan sudah pasti berada di hadapan pada minit ke-26 selepas Irwan Fadzly Idrus melakukan kesilapan apabila terlepas bola dalam kotak penalti.
Bermula babak kedua, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak membuat penukaran memasukkan Mohammad Ghaddar untuk menggantikan Afiq dan pemain import Lebanon itu hampir meledak gol pembukaan seminit kemudian tetapi percubaannya tidak membuahkan sebarang hasil.
Rembatan jarak jauh Marlon dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-47 sebelum penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi terpaksa bekerja keras menyekat gerakan Hairuddin lima minit kemudian yang berjaya melepasi pertahanan Kelantan dalam kawasan penalti ATM.

Piala Malaysia 2012 : Kelantan Lepas Peluang Kejar Pendahulu.

The Red Warriors gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu Kumpulan B apabila sekadar seri 1-1 dengan ATM di Stadium Selayang malam tadi.


Perlawanan yang berlangsung semalam bagaimanapun tercemar dengan insiden lontaran objek penyokong ke dalam kawasan padang memaksa perlawanan ditangguhkan sebanyak dua kali.

Pada babak pertama perlawanan, ATM yang turun dengan skuad terkuat dimiliki mereka cemerlang untuk merobohkan benteng pertahanan Kelantan.

Beberapa asakan mereka hampir membuahkan hasil tetapi tidak berjaya membolosi gawang Sang Kijang.

Kelantan yang sekali sekala mengatur serangan balas turut mempunyai peluang keemasan didepan gawang ATM melalui Afiq Azmi tetapi pertahanan ATM, Azmi Muslim lebih pantas mengeluarkan bola dari atas garisan gol pada minit ke-33.

Bersambung babak kedua, ATM terus mendominasi perlawanan dan hampir memecahkan kebuntuan melalui sepakan dari luar kotak Marlon Alex James pada minit ke-49 tetapi Khairul Fahmi Che Mat pantas melayangkan badan menepis keluar.

Tidak lama kemudian, Marlon menebus kehampaan dengan sepakan deras dari jarak dekat seterusnya menewaskan penjaga gol Kelantan untuk jaringan pertama perlawanan pada minit ke-55.

Terkejut dengan gol pertama tuan rumah, Kelantan cuba mengatur serangan balas tetapi sekali lagi dikecewakan dengan tindakan pengadil yang tidak memberikan sepakan penalti selepas Indra Putra dan Mohd Badri Radzi dikasari menyebabkan para penyokong yang tidak berpuas hati melontarkan objek ke dalam padang.

Perlawanan terpaksa dihentikan selama 12 minit akibat insiden tersebut.

Bersambung selepas itu, Kelantan akhirnya berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-87 melalui sepakan kencang Obinna Nwaneri dari jarak dekat setelah sepakan penjuru Mohd Badri Radzi gagal dikeluarkan pertahanan ATM.

Selepas tambahan masa 17 minit, perlawanan ditamatkan dengan ATM dan Kelantan berkongsi mata manakala dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Kedah bangkit dari dua kekalahan untuk menewaskan Terengganu 2-1 di Alor Setar.

Isnin, 27 Ogos 2012

KAFA Buka Tawaran Tajaan.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuka tawaran tajaan kepada yang berminat untuk menaja The Red Warriors pada musim 2012/2013.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk menaja jersi rasmi pasukan, pakaian latihan, peralatan serta pelbagai lagi boleh membuat bidaan dengan menghubungi TRW.Com Sdn. Bhd.

Kita membuat tawaran terbuka dan semua pihak boleh membida untuk memberikan tajaan kepada pasukan Kelantan.

Pihak KAFA menetapkan tarikh tutup bidaan ialah pada hari Ahad, 15 September 2012.

Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan Mr. Kevin Ramalinggam di talian 03-62049613.

Kolumnis : Ramai Pemain TRW Cuba Dipikat Pasukan Lain.

Persembahan konsisten sehingga mempertahankan kejuaraan Liga Super serta menjulang kali pertama Piala FA pada musim ini selain masih beraksi dalam Piala Malaysia dan AFC menyebabkan beberapa pasukan dalam Liga Malaysia menyatakan minat secara terbuka untuk merekrut pemain The Red Warriors.


Berbeza pada musim sebelum ini dimana hanya dua hingga tiga pemain sahaja mahu diambil pasukan lain tetapi pada saingan terbaru, sehingga sebelas pemain utama ditawarkan kontrak untuk meninggalkan Sang Kijang.

Bukan lagi rahsia nama-nama seperti Badri Radzi, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi, S. Chanturu, Shakir Shaari serta tenaga import, Mohamad Ghaddar dan Obinna Nwaneri telah ditawarkan kontrak lumayan untuk beraksi bersama pasukan lain pada tahun depan.

Satu perkembangan yang sihat untuk karier pemain tetapi berita buruk kepada pihak pengurusan Kelantan FA kerana terpaksa berjuang untuk mengekalkan pemain utama mereka.

Setakat ini, dilaporkan pasukan dari Selatan, Johor begitu aktif memancing pemain Cik Siti Wan Kembang untuk bersama mereka.

Selangor juga tidak terkecuali kerana turut menawarkan tempat kepada dua pemain Kelantan dengan tawaran yang cukup sukar ditolak.

Pada hakikatnya, jika pemain yang ditawarkan kontrak ini merasakan mereka ingin mencari kelainan, mereka mungkin akan keluar kerana segala kejuaraan dalam Liga Domestik telah mereka julang bersama The Red Warriors.

Bagaimanapun, jika mereka ingin merasai suasana sebenar bola sepak negara seperti yang ditekankan oleh para pengulas sukan tanahair, hanya beberapa pasukan sahaja mampu menerbitkan suasana itu terutamanya negeri Kelantan.

Patah tumbuh hilang berganti bagaimanapun sesuai untuk Sang Kijang kerana ada beberapa pemain luar sedang dalam penilaian khas KAFA untuk dibawa masuk.

Satu kemujuran juga apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut cakna kehendak peminat dengan pantas menawarkan kontrak kepada pemain yang mereka rasa mampu untuk memberikan pulangan lumayan pada saingan akan datang.

Jadi pilihan sebenarnya ada pada tangan pemain sama ada mereka ingin kekal atau berhijrah kerana para penyokong kini semakin sedar bidang bola sepak hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

Justeru itu, fikir masak-masak sama ada ingin terus bersama pasukan yang telah menjulang nama atau menerima tawaran kontrak lumayan beraksi dengan pasukan lain pada musim mendatang

BERI SAYA MASA-NORSHARUL

Norshahrul Idlan Talaha berharap penyokong The Red Warriors memberikan dia peluang dan ruang cukup luas untuk membuktikan kembali sentuhan penyudah didepan pintu gol.


Dia yang dikritik hebat para peminat selepas kegagalan melakukan penyudah sejak beberapa perlawanan lepas menyatakan bukan sesuatu yang mudah untuk meletakkan bola ke dalam jaring.

Saya baru kembali dari kecederaan serius dan ketika ini masih mencari prestasi sebenar, jelasnya.

Cuba lihat pemain luar negara seperti Torres dan Rooney, mereka pernah ketandusan jaringan selepas kembalinya dari kecederaan tetapi jurulatih mereka terus menurunkan dalam perlawanan kerana mereka tahu para pemain ini akan menjaringkan gol apabila terus diberi peluang.

Norshahrul Idlan juga berharap para penyokong Kelantan berterusan memberi sokongan dan mereka boleh memberi kritikan kepada persembahan pada hari perlawanan dan selepas tamat, hentikan kata-kata kritikan bersifat menjatuhkan maruah lebih-lebih lagi halaman sosial.

Saya menerima kritikan tetapi biarlah membina dan tidak bersifat buruk serta berat sebelah katanya ketika ditemui RedsfcNews petang semalam. 

Untuk catatan, kali terakhir Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ialah pada pertemuan dengan PKNS yang berkesudahan Kelantan menang 3-0.

Ahad, 26 Ogos 2012

Insiden "BOOO" pemain sendiri. Penyokong Kelantan di kritik


Penyokong Kelantan dikritik pemain sendiri setelah satu insiden "booooo" pemain sendiri pada perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia 2012 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Screen Shot 2012-08-26 at 2.29.45 PMs
Pertahanan Kelantan dan juga pertahanan kebangsaan, S.Subramaniam mengkritik tindakan penyokong The Red Warriors yang kurang bijak mengejek penyerang Kelantan, Ramzul Zaini yang masuk menggantikan Afiq Azmi pada perlawanan menentang Kedah malam tadi. Kritikan itu dilakukan menerusi laman facebook peribadi beliau.
 
Tindakan sedemikian sememangnya tidak wajar kerana tindakan berkenaan boleh menyebabkan pemain hilang fokus dan gagal untuk memberikan aksi sebaik mungkin. Ramzul pernah menjadi antara pemain yang digemari penyokong pasukan Kelantan terutamanya setelah menjaringkan hat trik pada perlawanan separuh akhir Piala FA tahun lalu.
 
Insiden ini adalah insiden terbaru melibatkan penyokong Kelantan setelah isteri kepada penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha turut meluahkan kekesalan terhadap tindakan penyokong Kelantan yang mengherdik penyerang berkenaan kerana gagal beraksi dengan baik ketika kekalahan Kelantan kepada Terengganu tempoh hari.
 
Kelantan mencatat kemenangan pertama perlawanan kumpulan B menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi setelah tewas kepada Terengganu dalam perlawanan pertama mereka.
 
Jika anda berada di tempat Ramzul apakah perasaan anda? Sedangkah Ramzul banyak Kelantan membantu seperti Kelantan mara ke final  Piala FA dan membantu skuad Piala Emas Raja-raja Kelantan menjuarai Piala.. Wahai semua penyokong bola sepak kelantan jangan kamu lemahkan semangat permain.Jika kamu berasa hebat kamu join bola sepak. Cuba anda Fikir  ..Jangan mudah booo permain sesuka hati...

Kelantan Atur Pertemuan Dengan Brunei.

Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengatur satu pertemuan persahabatan antarabangsa melawan Brunei Darul Salam di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Perlawanan akan dilangsungkan pada 8 September 2012 bermula jam 8.45 malam.

Menurut penasihat, Tan Sri Annuar Musa, perlawanan ini merupakan salah satu perlawanan persiapan yang diatur pihak pengurusan sebelum suku akhir Piala AFC.

Brunei merupakan lawan setimpal dengan The Red Warriors kerana mereka juga dalam rangka persiapan sebelum kejohanan Piala AFF yang akan berlangsung tidak lama kemudian.

Perlawanan dengan Brunei juga merupakan perlawanan persiapan terakhir pasukan sebelum bertolak ke Arbil City untuk aksi suku akhir pada 18 September dan 25 September (Kota Bharu)

Empat Pemain Kembali Perkuat Pasukan.

Empat pemain yang tersisih akibat masalah kecederaan dan pengantungan perlawanan akan kembali memperkuatkan pasukan pada perlawanan ketiga Piala Malaysia melawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang, Selasa depan.


Perkara ini disahkan sendiri Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam laman sosial Facebook peribadi beliau.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, rentak permainan The Red Warriors akan meningkat dengan kembalinya Ghaddar dan Daudsu Jamaludin.

Selain mereka, Indra Putra Mahayudin yang diberi kelepasan atas masalah keluarga serta penjaga gol nombor satu Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat turut akan kembali pada pertemuan dengan ATM nanti.

Dengan kehadiran mereka berempat, insyaAllah kita akan menjadi lebih mantap kerana dapat mengumpul hampir kesemua pemain utama pasukan, jelasnya

Laporan Perlawanan : TRW Kutip Kemenangan Pertama.

Kelantan mengutip tiga mata penuh apabila menundukkan Kedah 2-1 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi di kandang sendiri, Kelantan bermula garang apabila mengatur serangan bertubi-tubi kearah kubu Kedah.

Bagaimanapun, pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol melalui sentuhan Khyril Muhaimeen pada minit ke-4 apabila larian solo dari kawasan tengah disudahkan dengan rembatan cantik untuk menewaskan Shahrizan Ismail.

Jaringan Kedah membuatkan pemain The Red Warriors kelam kabut seketika menyebabkan beberapa percubaan termasuk sepakan kencang Nik Shahrul Azim pada minit ke-9 mudah dipatahkan.

Pada minit ke-15, Kedah hampir menjaringkan gol kedua melalui Khyril Muhaimeen tetapi percubaan dari luar kotak penalti hanya sedikit tersasar dari sebelah kiri pintu gol Sang Kijang.

Norshahrul Idlan Talaha hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-18 tetapi cubaan lemah mudah diselamatkan Helmi Eliza Alias.

Vedran Gerc pula menyaksikan gerakan dari sebelah kanan pintu gol Kelantan turut ditepis Shahrizan sebelum disepak keluar Obinna pada minit ke-22.

Usaha berterusan tuan rumah akhirnya berhasil pada minit ke-28 selepas Afiq Azmi menyambung masuk percubaan awal Badri Radzi yang diselamatkan Helmi Eliza untuk gol pertama.

Jaringan penyamaan Kelantan tidak melunturkan semangat Kedah apabila sepakan percuma Badrol Bakhtiar yang diperoleh dari luar kotak penalti pada minit ke-33 hanya menyinggahi palang.

Pada masa tambahan babak pertama, lebih 25 000 penyokong The Red Warriors bersorak riang apabila Afiq Azmi sekali lagi menggunakan kelebihan ketinggian untuk menanduk masuk hantaran lintang Nurul Azwan Roya.

Bersambung babak kedua, perlawanan sedikit membosankan apabila tidak banyak gerakan menarik dapat disajikan oleh kedua-dua pasukan.

Percubaan Khyril Muhaimeen dari jarak jauh tersasar pada minit ke-50.

Tandukan Afiq Azmi pada minit ke-51 selepas menerima hantaran Zairul Fitree sedikit melewati palang gol.

Sepakan deras Norshahrul dari sebelah kanan pula melambung tinggi pada minit ke-57.

Beberapa gerakan yang cuba diatur kedua-dua pasukan turut gagal membuahkan hasil.

Satu-satunya peluang jaringan yang dapat dilakukan ialah menerusi hantaran jauh dari Badrol Bakhtiar pada minit ke-87 tetapi sempat diselamatkan Shahrizan Ismail.

Tambahan masa tiga minit tidak dapat merubah keputusan perlawanan dengan Kelantan mencipta kemenangan pertama dalam saingan kumpulan B.

Kesebelasan Utama

Kelantan : Bojan Hodak.
Shahrizan Ismail (Pg), Nik Shahrul Azim, Obinna Nwaneri, S. Subramaniam, Zairul Fitree Ishak, Nurul Azwan Roya (Khairul Izuan Rosli), Mohd Badri Radzi (Kp), Norfarhan Mohamad (Mafry Balang), Shakir Shaari, Afiq Azmi (Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Kedah : Radhi Mat Din.
Helmi Eliza Alias (Pg), Fauzi Nan, Badrol Bakhtiar (Kp), Abdel Fatah, See Kok Luen (Mohd Fiqhry), Khairul Helmi, Vedran Gerc (Mohd Faizal), V. Thirumugan, Khayril Muhaymeen, Sabree Abu dan Sabri Sahar (Wan Mohd Shukri).

Sabtu, 25 Ogos 2012

PIALA MALAYSIA 2012 – KELANTAN LWN KEDAH

KELANTAN MAHU BALAS KRITIKAN

KOTA BHARU – Juara Liga Super 2012, Kelantan tidak punya pilihan, kecuali menundukkan Kedah pada aksi kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini jika mahu mencerahkan peluang ke suku akhir.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim percaya, kekalahan kepada Terengganu dalam aksi sulung Kumpulan B tidak mematahkan semangat The Red Warriors, sebaliknya mereka bagaikan singa lapar apabila berdepan Kedah.

Katanya, selepas berdepan kritikan ekoran kekalahan itu, pemain Kelantan bersemangat untuk bangkit mencari tiga mata penuh.
“Saya harap pemain dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan esok (hari ini).
“Peluang beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mendapatkan tiga mata penting.

“Berdepan Kedah bukan tugas mudah kerana mereka juga pasti akan bermain mati-matian untuk menang selepas tumbang pada perlawanan pertama.

“Tetapi, kita juga mahu kemenangan dan telah bersedia untuk mencipta kebangkitan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Bola Sepak Kelantan di Seri Puri Bukit Marak di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, Kelantan akan membuat rombakan kecil bagi menghadapi perlawanan tersebut.

“Mohammad Ghaddar akan kembali ke pangkuan pasukan selepas penggantungan. Kehadirannya bakal menguatkan lagi jentera serangan pasukan,” ujarnya.

Sementara itu, Azman menyeru penyokong The Red Warriors agar tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain, sebaliknya terus memberi semangat kepada mereka untuk menghadapi skuad Kenari.

“Terlalu banyak kritikan dilemparkan kepada pemain dan pasukan kerana mereka tidak puas dengan kekalahan, Rabu lalu. Ini membuatkan pemain rasa tertekan.

“Saya harap perkara ini tidak berterusan kerana Kelantan masih ada lima perlawanan untuk ditempuhi.
“Kelantan bukan tidak bermain baik tetapi nasib tidak menyebelahi apabila banyak percubaan ke gawang digagalkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee,” ujarnya.

Rabu, 22 Ogos 2012

KELANTAN TEWAS PERLAWANAN PERTAMA PIALA MALAYSIA 2012


Kelantan yang turun selaku Juara Berganda iaitu Juara Piala FA dan Juara Liga Super langsung tidak menggentarkan pasukan jiran iaitu Terengganu apabila Terengganu berjaya menewaskan Kelantan 2 – 0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Gol Terengganu dijaringkan oleh awang import berbisa Terengganu iaitu Forkey Doe dan satu gol lagi dijaringkan oleh pemain tengah berbakat iaitu Ismail Faruqi.

Selepas ini Kelantan bakal berdepan pasukan Kedah di laman sendiri pada 25 Ogos 2012 dan The Red Warriors WAJIB bangkit untuk meneruskan misi mencari kejuaraan treble musim ini.

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Malaysia 2012 
Pahang 3-1 T-Team
Sarawak 2-1 Selangor
PKNS FC 1-1 Johor FA
Johor FC 0-0 LionsXII
Kedah 0-2 ATM
Felda United 1-1 N.Sembilan
Sime Darby 1-1 Perak

PERLAWANAN MALAM INI CUKUP MERBAHAYA – TAN SRI ANNUAR MUSA


Logo Astro Arena
Siaran Langsung – Terengganu vs Kelantan 22 Ogos 2012 : 8.40 Malam

Penasihat pasukan bola sepak Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa perlawanan malam ini menentang jiran tetangga iaitu Terengganu sebagai perlawanan yang merbahaya kerana pasukan The Red Warriors kemungkinan akan bermain dibawah tahap keupayaan sebenar akibat daripada cuti yang panjang serta sindrom juara.

Tan Sri Annuar Musa menulis menerusi facebooknya “JUSTERU TRW MESTI SERIUS DAN BERIKAN KONSENTRASI 200% kepada perlawanan…JANGAN LALAI…BERTINDAK GARANG..BERTINDAK SBG SANG JUARA YG MENGEJAR ” TREBLE”.

Kelantan akan membuka saingan Piala Malaysia pada 22 Ogos 2012 ( Malam Ini ) dengan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu menentang Terengganu pada Jam 8.40 Malam.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Saluran 801 Astro Arena.

Selasa, 21 Ogos 2012

Prebiu Perlawanan Piala Malaysia 2012 : Terengganu mln Kelantan.

Kelantan turun cabaran pertama Piala Malaysia apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.

FINAL PIALA MALAYSIA

Satu perlawanan cukup getir kepada barisan pemain bimbingan Bojan Hodak untuk mendapatkan tiga mata penuh seterusnya membuka saingan dengan nota kemenangan.

Dilabel "east coast derby", perlawanan melibatkan Terengganu dan Kelantan sememangnya menjanjikan saingan sengit sejak berpuluh tahun lepas.

Beraksi di laman lawan dilihat memeritkan buat pemain Kelantan sementelah pula para pemain masih dalam mood hari raya sedangkan Terengganu mempunyai kelebihan besar dengan aksi didepan penyokong sendiri.

Pada pertemuan esok, kedua-dua pasukan bagaimanapun mempunyai kelebihan masing-masing dengan peluang mendapatkan kemenangan adalah 50 peratus bagi setiap pasukan.

The Red Warriors sedikit tertekan kerana kehilangan penjaring terbanyak mereka, Ghaddar yang digantung satu perlawanan manakala Terengganu pula juga masih gagal mendapatkan kapten pasukan yang tersisih ekoran masalah kecederaan.

Berdasarkan pertemuan Piala Malaysia musim lepas, Terengganu menewaskan Sang Kijang 3-1 dalam perlawanan sengit peringkat suku akhir dimana sehingga lima pemain dilayangkan kad merah.

Manakala rekod musim ini pula mencatatkan keputusan seri 2-2 selain dua pertemuan di Kota Bharu pula semuanya berpihak kepada The Red Warriors.

Lain saingan, lain masa, lain cabaran.

Pada pertemuan malam esok, Bojan Hodak kemungkinan besar menerapkan formasi "defensive" bagi mengimbangi corak permainan Terengganu.

Satu kelegaan selepas kesemua pemain tonggak yang bersama skuad negara sudah kembali dari masalah kecederaan selain tiga pemain pinjaman dilihat sudah cukup serasi selepas sebulan berlatih bersama.

Dijangka Khairul Fahmi Che Mat mengisi posisi penjaga gol dengan Syazwan Yusoff kemungkinan besar diletakkan di bangku simpanan.

Posisi pertahanan pula bakal menggabungkan pemain muda dan berpengalaman dimana Nik Shahrul Azim diletakkan dalam kesebelasan utama mengisi posisi Daudsu yang bertukar arah ke sebelah kiri. Pertahanan tengah seperti biasa bakal diperkuatkan dengan gandingan mantap S. Subramaniam dan Obinna Nwaneri.

Jentera tengah, Mohd Badri Radzi selaku ketua pasukan ditagih untuk mengekalkan "form" seperti saingan Liga Super. Dia bakal diletakkan selaku "attacking" manakala Shakir bakal digandingkan dengan Mafry Balang di "defensive Midfielder". Bahagian sayap, Norfarhan dan Indra Putra Mahayuddin.

Ketiadaan Ghaddar akibat pengantungan bakal meletakkan Norshahrul Idlan selaku penyerang tunggal manakala Afiq Azmi dan Ramzul Zahini kemungkinan besar akan masuk dalam senarai pemain jika Bojan merubah kembali formasi kepada dua pemain penyerang.

Bagi Terengganu, sedikit resah jurulatih mereka kerana ketiadaan perlawanan persahabatan memaksa beliau mengharapkan keajaiban untuk pemain beraksi bagus.

Menurut komen Butler, tiada perlawanan persahabatan ditambah ketiadaan seorang dua pemain utama merencatkan lagi persiapan mereka menjelang saingan dengan Kelantan.

Justeru itu, mereka hanya mampu menjanjikan aksi yang terbaik kepada penyokong dan sangat bersyukur jika mampu mendapatkan kemenangan keatas Juara Liga Super dan Piala FA tersebut.



sumber:redsfc news

Perlawanan Pertama Penting

Bekas ketua jurulatih The Red Warriors, Datuk M. Karathu menyatakan perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012 adalah penting.



Dalam lama sosial Facebook, Karathu turut mengulangi memori tewas 1-3 pada saingan sama di suku akhir pada musim lalu dimana Kelantan ketika itu terpaksa beraksi dengan lapan pemain akibat layangan kad merah oleh pengadil perlawanan, Nafeez Wahab.

Namun beliau tetap optimis skuad bimbingan Bojan Hodak boleh membawa pulang kejayaan apabila bertandang ke tempat lawan pada pertemuan esok.

Pada musim lalu, Karathu berjaya membimbing Sang Kijang mara sehingga ke suku akhir namun tewas dengan agregat 5-3 kepada Terengganu

Isnin, 20 Ogos 2012

Jemputan Beraya Rumah Penasihat KAFA.


Penyokong The Red Warriors dijemput hadir ke rumah terbuka penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di kediaman rasmi beliau di Seri Puri, Bukit Marak pada Jumaat depan.


 
Menurut Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, majlis ini sememangnya istimewa kerana beliau sekeluarga akan meraikan para penyokong Kelantan, staf KAFA, KADA serta ramai lagi tetamu yang turut dijemput sama.

Pada majlis berkenaan turut diagihkan cenderahati peribadi Annuar dan duit raya kepada semua pengunjung yang bertandang, jelasnya.

Kita turut menjemput kumpulan lagu dakwah dari Indonesia selain artis seperti Dato' Jefridin yang akan menghiburkan para tetamu sempena rumah terbuka tersebut.Piala yang di menangi oleh bola sepak Kelantan akan di pameran di rumah Tan Sri Anuar Musa

Justeru itu, para sahabat, penyokong dan semua dijemput hadir pada majlis ini kerana tujuan utamanya adalah untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa dan agama

Wajib Menang Perlawanan Pembukaan

The Red Warriors perlu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2012 ketika bertandang ke Kuala Terengganu pada hari Rabu depan.


Menurut penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, perlawanan pertama selepas lama bercuti sangat merbahaya.

Kecuali pemain betul-betul memberi fokus dan mempunyai kecergasan perlawanan yang baik dapat menangani masalah ini pada permulaan liga.

Justeru itu, adalah sangat mustahak kepada semua pemain untuk beraksi sebaik mungkin seterusnya memberi tumpuan penuh ketika melawan Terengganu, jelasnya.

Annuar turut menjelaskan Kelantan mesti menang dan membawa pulang tiga mata pada perlawanan itu untuk membuka laluan selesa ke suku akhir.

Ahad, 19 Ogos 2012

Pemain Kelantan Cuti 2 Hari.

Semua pemain The Red Warriors akan mendapat cuti dua hari untuk sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini.


Perkara ini disahkan sendiri penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kepada RedsfcNews.

Mereka semua hanya mendapat dua hari cuti kerana kita kini dalam persiapan untuk aksi pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Justeru itu, mereka semua akan kembali berlatih pada malam raya kedua untuk persiapan melawan Terengganu di Kuala Terengganu.

Kita harap para pemain dapat mengorbankan sementara sambutan hari raya demi perjuangan Kelantan memburu kejuaraan kedua dalam saingan paling berprestij tersebut.

sumber:redsfc news

Khamis, 16 Ogos 2012

Ghaddar Digantung 1 Perlawanan, Denda RM2000.

The Red Warriors kehilangan khidmat penyerang import berbisa mereka pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia setelah Mohamad Ghaddar dijatuhkan hukuman gantung satu perlawanan akibat kontroversi dengan Bunyamin Omar.


Selain digantung, Ghaddar turut didenda RM2000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat pagi tadi di Wisma FAM.

Pemain ini turut perlu membayar kos persidangan seperti yang digariskan oleh badan induk bola sepak Malaysia tersebut.

Menurut pengurus pasukan Sang Kijang, Haji Azman Ibrahim selepas mesyuarat tatatertib itu, beliau bersyukur Ghaddar tidak dikenakan hukuman berat oleh FAM

Laporan Perlawanan Persahabatan Pra Piala Malaysia : Kelantan 1-1 T-Team FC.

Kelantan gagal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ujian kedua pra Piala Malaysia apabila diikat T-Team 1-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi di gelanggang sendiri, Kelantan bagaimanapun terlebih dahulu menerima asakan T-Team melalui gandingan Marco Tulio Silva, Fauzi Majid serta Faiz Subri.

Selepas 10 minit barulah Sang Kijang mendapat rentak melakukan serangan kearah pintu gol pasukan pelawat.

Pada minit ke-13, Kelantan didepan setelah percubaan Nurul Azwan Roya dari luar kotak ditampan Afiq Azmi untuk mengelirukan penjaga gol T-Team, Mohd Syamsuri.

Tersentak jaringan pertama tuan rumah, T-Team mengatur gerak dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16 melalui percubaan jarak jauh Zairo Annuar Zailani.

Tekanan berterusan pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-21 selepas satu hantaran lintang yang dilakukan oleh Fadli Saari dari sebelah kanan ditampan masuk pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim.

Kelantan hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-24 namun sepakan leret Keita Mandjou dari luar kotak penalti sempat dikuis Mohd Syamsuri.

T-Team turut mendapat peluang menambah jaringan pada minit ke-26 melalui sepakan percuma Zairo Annuar tetapi Syazwan Yusof lebih bersedia menyelamatkan keadaan.

Faiz Subri pula menyaksikan percubaannya melalui gerakan solo dari sebelah kiri terkena tiang biarpun Syazwan sudah tertewas pada minit ke-32.

Dua minit kemudian, Afiq Azmi berjaya melepaskan satu sepakan dari luar kotak penalti tetapi mudah diselamatkan.

Bersambung babak kedua, Kelantan dan T-Team melakukan pertukaran taktikal bagi mengimbangi corak permainan masing-masing.


Namun kebanyakan serangan mereka tersekat dengan kehandalan pertahanan kedua-dua pasukan menyerap asakan yang dilakukan.


Pada minit ke-78, Kelantan berpeluang melakukan jaringan kedua apabila gerakan Indra Putra gagal dipergunakan Norfarhan biarpun pintu gol pasukan pelawat sudah ternganga.

Begitu juga dengan asakan Sang Kijang pada minit ke-87 menyebabkan Norfazly Alias hampir menjaringkan gol sendiri tetapi tiang sebelah kanan menjadi penyelamat.

Percubaan Azlan Ismail pada minit ke-89 pula lemah kepada penjaga gol T-Team.

Selepas tambahan masa dua minit, keputusan kekal untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan jaringan 1-1.

Kesebelasan Utama

Kelantan : Bojan Hodak.
Syazwan Yusoff (Pg), Nik Shahrul Azim, Mafry Balang, Aslam Najmudeen, Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaluddin (Kp), Norfarhan Mohamad, Indra Putra, Nurul Azwan Roya, Afiq Azmi dan Keita Mandjou.

T-Team : Yunus Alif.
Mohd Syamsuri (Pg), Nor Fazly Alias, Tengku Hasbullah, Zairo Annuar Zailani (Kp), Marco Tulio Silva, Mohd Faiz Subri, Mohd Hisbullah, Mohd Fadli Saari, Shahrul Azhar Ture, Sumardi Hajalan dan Fauzi Majid.

Rabu, 15 Ogos 2012

KAFA Mahu Hukum Ghaddar.

Mohamad Ghaddar bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas gagal melaporkan diri pada 5 Ogos 2012.


Menurut kenyataan kepada pihak media, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menyatakan tindakan terpaksa diambil kerana dia melanggar peraturan dengan mengambil cuti sendiri tanpa kebenaran.

Ghaddar dijangka tiba esok dan setelah tiba dia akan dihadapkan terus ke jawatankuasa disiplin seterusnya pihak KAFA akan mengeluarkan surat tunjuk sebab mengapa dia gagal hadir seperti yang telah ditetapkan.

Ghaddar perlu menjawab surat tersebut mengapa dia tidak melaporkan diri, jelasnya.

Mengulas tentang persiapan penyerang import itu dalam Piala Malaysia nanti, Annuar menjelaskan Mohamad Ghaddar bakal berdepan latihan intensif selepas berehat lebih sebulan tanpa sebarang aksi kompetetif.

Tiada istilah pemain emas, disiplin tetap disiplin dan Ghaddar tidak terkecuali dengan mengembalikan prestasinya sebelum Piala Malaysia bermula.

Selasa, 14 Ogos 2012

T-Team Ujian Kedua TRW.

Selepas mencatat kemenangan memberangsangkan keatas Pattani FC, skuad The Red Warriors bakal melalui satu lagi perlawanan ujian menentang T-Team di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, Rabu depan.


Perlawanan kedua yang diatur oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sempena persiapan mereka bagi mengharungi dua kejohanan bermula 22 Ogos ini.

Setakat ini, ketua jurulatih Sang Kijang, Bojan Hodak dilihat berpuas hati dengan persembahan pasukan biarpun masih belum mencapai sasaran prestasi seperti yang telah ditetapkan.

Para pemain beraksi baik terutamanya pada babak kedua ketika melawan Pattani sehingga menjaringkan tiga gol tetapi itu tidak bermakna kita pasukan yang bagus.

Oleh itu, pertemuan dengan T-Team merupakan ujian kedua kepada pemain untuk menunjukkan mereka telah bersiap sebaik mungkin sebelum menyertai Piala Malaysia dan Piala AFC, jelasnya.

Sementara itu, pihak KAFA mengekalkan harga tiket perlawanan seperti pertemuan dengan Pattani iaitu dengan harga Rm5 (terbuka) dan Rm10 (astaka).

Obinna Nwaner Turun Sesi Latihan Pertama.

Obinna Nwaneri akhirnya turun sesi latihan pertama bersama The Red Warriors selepas beberapa minggu pulang bercuti.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NwanerikekalpilihanKelantan/pix_gal2

Dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur petang tadi terus turun sesi latihan dan kelihatan masih penat akibat perjalanan jauh.


Walau bagaimanapun, dia tetap ceria menjalani latihan kecergasan bersama rakan sepasukan yang lain.

Sementara itu, seorang lagi pemain import Kelantan, Mijo Dadic tidak menjalani sesi latihan kerana baru tiba dan dijangka akan turun berlatih bermula malam esok.

Mohamad Ghaddar pula masih belum kelihatan di padang latihan dan menurut sumber RedsfcNews, status kepulangan pemain penyerang ini masih tidak diketahui.

Isnin, 13 Ogos 2012

Keita Masih Ketandusan Jaringan

Perlawanan persahabatan kelab antarabangsa menentang Pattani FC yang berakhir dengan kemenangan 3-0 menyaksikan penyerang import berasal dari Guinea, Keita Mandjou masih ketandusan jaringan.


Keita yang dikontrakkan sempena Piala AFC menjadi penjaring ketiga terbanyak Liga India namun masih belum menemui sentuhan berbisa didepan gawang lawan ketika mewakili Kelantan.

Dia yang diturunkan selama 70 minit pada perlawanan tersebut gagal menjaringkan gol walaupun mendapat beberapa peluang keemasan didepan gawang Pattani termasuk tandukan cantik yang diselamatkan penjaga gol pada separuh masa pertama.

Ini bermakna, selepas dua perlawanan Keita masih gagal memberi sumbangan seperti mana dilakukan ketika mewakili pasukan terakhirnya, Pune FC.

Bagaimanapun, pihak pengurusan pasukan tidak bimbang dengan kegagalan pemain ini melakar jaringan kerana masih terlalu awal untuk menilai ketajaman penyudah Keita.

Dia baru berlatih selama sebulan dengan pasukan The Red Warriors dan wajar terus diberikan beberapa lagi peluang dalam perlawanan persahabatan untuk melihat bagaimana dia mampu untuk menamatkan kemarau jaringan.

Bojan Pening Atur Strategi.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kelihatan pening untuk mengatur strategi selepas beberapa pemain utama  masih gagal bersama skuad kerana sedang bercuti dan menyertai skuad kebangsaan.


Pada perlawanan menentang Pattani FC di Kota Bharu yang dimenenangi The Red Warriors, beliau terpaksa mengatur strategi berlainan dari biasa untuk mengimbangi pasukan pelawat.

Permulaan babak pertama menunjukkan betapa ketiadaan tonggak yang sering diturunkan menyaksikan Kelantan gagal melancarkan serangan berkesan malahan mudah dipatahkan oleh Pattani FC.

Mujurlah taktikal menjadi yang disusun sebaik babak kedua bersambung membolehkan mereka mencapai kemenangan tiga jaringan keatas pasukan kendalian Syed Bukhari Duereh tersebut.

Kecemerlangan beberapa pemain simpanan seperti Tuan Mohd Faim serta tiga pemain pinjaman turut membantu meredakan sedikit tekanan Bojan.

Tiada pilihan lain kepada jurulatih berasal dari Crotia ini selain berharap kesemua pemain yang masih tidak bersama skuad melaporkan diri secepat mungkin seterusnya mempersiapkan The Red Warriros menuju saingan Piala Malaysia dan Piala AFC tanpa sebarang masalah.

Sumber : Pemain TRW Tuntut Kenaikan Gaji.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, beberapa pemain utama menuntut kenaikan gaji sebelum menandatangani kontrak baru bersama The Red Warriors.


Ketika ini, ada beberapa pemain masih lagi tidak menurunkan tandatangan kerana mengharapkan kenaikan gaji dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Mereka bukan bersifat mata duitan tetapi mahu sedikit kenaikan kerana ada dari mereka sudah empat tahun menabur bakti untuk pasukan negeri namun tidak dinaikkan gaji seperti mana pemain luar yang menyarung jersi Kelantan.

Setakat ini tiada kata putus diberikan oleh KAFA dan pemain ini berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, jelas sumber itu lagi. -

Ahad, 12 Ogos 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN 
KELANTAN LWN PATTANI FC

KELANTAN     [3]     vs     [0]     PATTANI FC

- – - FULL TIME / TAMAT - – -

[Status Perlawanan : Bermula jam 10.00 malam | Perlawanan masih belum bermula | Untuk makluman masih belum ada pengumuman siaran live streaming dari mana-mana pihak | Perlawanan bermula | Minit 2 - percubaan pertama oleh Azwan Roya, berjaya ditangkap kemas oleh penjaga goal Pattani FC | Minit 5 - Percubaan bebas oleh Piya tinggi melewati palang gol | Minit 12 - serangan yg dilakukan oleh pattani hampir2 menghasilkan gol, namun tandukan pemain penyerang tersasar | 10 minit terakhir Pattani FC dilihat menguasai permainan| Gol Afiq Azmi minit 31 | Gol Afiq Azmi minit 33 | HT | Separuh masa kedua | Sehingga kini masih tiada perkembangan perlawanan dari beberapa sumber namun dijangkakan perlawanan kini melewati minit 55 | Afiq Azmi menjaringkan hatrik minit ke 59 | Perlawanan tamat ]

Khamis, 9 Ogos 2012

KAFA Bayar Bonus RM449 Ribu Untuk Liga Super 2012.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayar bonus sejumlah RM449 Ribu kepada pemain sepanjang saingan Liga Super 2012.


Menurut Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, jumlah itu bagaimanapun tidak merangkumi persaingan The Red Warriors dalam Piala FA dan Piala AFC.

Setiap pemain menerima purata RM2000 hingga RM3000 sebulan bergantung kepada aksi mereka diatas padang.

Bonus tertinggi pemain pada saingan Liga Super ialah RM19000 seorang, jelasnya lagi.

Pada setiap perlawanan, bonus diberikan kepada semua pemain dan yang terendah adalah sebanyak RM500 manakala bonus tertinggi yang dibayar ialah sebanyak RM3000 seorang

Harga Baru Tiket Perlawanan Persahabatan Kelantan Melawan Pattani dan T-Team.

RedsfcNews mendapat maklumat dari sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan harga tiket perlawanan persahabatan melibatkan The Red Warriors melawan Pattani FC dan T-Team FC ditetapkan kepada RM5 bagi tempat duduk terbuka dan RM10 bagi tempat duduk astaka.


Sebelum ini, harga tiket adalah berharga RM10 dan RM20 namun dinaikkan kepada harga seperti yang dinyatakan diatas.

Menurt sumber, tiada sebab dinyatakan mengapa harga tiket ditetapkan dengan harga berkenaan.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dan tiket akan mula dijual pada hari perlawanan di kaunter dataran. 

Tunggu pengesahan rasmi KAFA berkaitan harga tiket.



sumber:redsfc news

Ghaddar hilang tanpa berita


KETIADAAN kelibat penyerang import Kelantan, Mohammad Ghaddar ketika sesi latihan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia mula mencetuskan kegusaran dalam kalangan peminat setia The Red Warriors.

Penyerang kelahiran Lebanon itu dikatakan gagal melaporkan diri pada 5 Ogos lalu bagi menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang bakal bermula 22 Ogos ini.

Difahamkan, ketiadaan penjaring terbanyak The Red Warriors dalam saingan Liga Super itu sedikit sebanyak relah merencatkan perancangan jurulatih, Bojan Hodak bagi membentuk pasukan yang ampuh.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ghaddar masih belum melaporkan diri seperti dijanjikan selepas aksi persahabatan menentang Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai lalu.

Katanya, Ghaddar sepatutnya melaporkan diri pada tarikh tersebut dan segala usaha telah dilakukan termasuk menghubunginya tetapi gagal.

“Kami turut menghubungi Ghaddar melalui ejennya, namun menemui jalan buntu. Buat masa ini, kami mengambil pendekatan tunggu.

“Secara jujur, kami masih menantikan maklum balas daripada Ghaddar sama ada menerusi telefon atau e-mel. Mana tahu mungkin beliau ada masalah yang perlu diselesaikan di Lubnan ketika ini,” ujar Azman kepada Kosmo! semalam.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, Ghaddar bakal berdepan hukuman daripada persatuan sekiranya gagal mengemukakan alasan kukuh mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan pemain tersebut boleh dikira sebagai ponteng daripada menjalani latihan.

“Sama seperti pemain lain, dia juga tidak terkecuali berdepan hukuman seperti pemotongan gaji daripada pihak KAFA sekiranya didapati bersalah. Itu sudah termaktub dalam perjanjian kontrak antara kami dengannya.

“Selain Ghaddar, seorang lagi awang import, Nwaneri Obinna masih belum melaporkan diri. Bagaimanapun, dia dilaporkan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Obinna diberi cuti panjang sedikit bagi membolehkan dia menyelesaikan urusan di Switzerland. Saya percaya dia tidak menghadapi masalah untuk kembali bersama Kelantan selepas ini,” ujarnya.

Ketiadaan dua tonggak import itu menyaksikan Mijo Dadic dari Croatia dan bekas penggempur Perak, Keita Mandjou menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan lain sejak 1 Ogos lalu.

Pada kempen Piala Malaysia musim ini, Kelantan diundi dalam Kumpulan B bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu dan Kedah.

Selasa, 7 Ogos 2012

Harga Tiket Perlawanan Persahabatan Kelantan.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengenakan tiket pada perlawanan persahabatan yang diatur melawan Pattani FC dan T-Team FC pada 11 dan 15 Ogos depan.

http://3.bp.blogspot.com/-fK8Kxoai2MQ/Tc7F2RtFGSI/AAAAAAAAAIw/EIX1MYTh8zo/s1600/wall+kelate.jpg

Menurut maklumat dari Saudara Afiq, harga tiket untuk kedua-dua perlawanan itu telah ditetapkan dengan harga RM5 untuk tempat duduk terbuka dan RM10 untuk tempat duduk astaka.

Untuk mendapatkan tiket, para penyokong Kelantan boleh mendapatkan di kaunter stadium yang akan dibuka pada hari perlawanan.

Maklumat Perlawanan dan Tiket

Kelantan mln Pattani FC
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV
11 Ogos 2012
10.30 malam
Tiket : RM5 (Terbuka) & RM10 (Astaka)

Kelantan mln T-Team FC

Stadium Sultan Muhamad Ke-IV
15 Ogos 2012
10.30 malam
Tiket : RM5 (Terbuka) & RM10 (Astaka)

Rumours : Zamri Bergabung Dengan Butler?

Pemain muda Kelantan yang beraksi di posisi pertahanan, Zamri Ramli dikhabarkan menerima tawaran Peter James Butler untuk beraksi dengan Terengganu pada musim depan.


Menurut sumber RedsfcNews, ketua jurulatih Sang Penyu itu dikatakan sangat berminat untuk menggunakan pemain ini pada saingan Liga Malaysia 2013.

Zamri merupakan produk dari skuad Piala Presiden Kelantan dan dinaikkan pangkat ke skuad senior pada 2009 oleh Butler namun gagal mendapat tempat ketika The Red Warriors dibawah kendalian Karathu dan Bojan Hodak.

Dia bagaimanapun masih belum memberi keputusan muktamad kepada Butler kerana mahu menumpukan pada saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung bermula 22 Ogos depan, jelas sumber itu lagi


sumber:redsfc news

Senarai Baru Pemain Kelantan Dalam Piala AFC.

http://www.puterikasih.com/wp-content/uploads/2012/04/afc_logo.jpg
 
Berikut adalah senarai baru pemain The Red Warriors yang akan didaftarkan untuk suku akhir Piala AFC pada September depan.


Penjaga gol :

Khairul Fahmi Che Mat
Syazwan Yusoff
Shahrizan Ismail

Pertahanan :

S. Subramaniam
Obinna Nwaneri
Faizol Nazlin Sayuti
Daudsu Jamaluddin
Zairul Fitree Ishak
Nik Shahrul Azim
Zamri Ramli
Rizal Fahmi Rosid
Mijo Dadic - Baru
Tuan Mohd Faim - Baru
Aslam Najmudeen - Baru
Mafry Balang - Baru

Tengah :

Mohd Badri Radzi (Ketua Pasukan)
Norfarhan Mohamad
Nurul Azwan Roya
Indra Putra Mahayuddin
S. Chanturu
Khairul Izuan Rosli
Shakir Shaari

Penyerang : 

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adenan
Azlan Ismail
Mohammad Ghaddar
Aris Zaidi
Shahiran Mohd Zain - Baru
Keita Mandjou - Baru
Afiq Azmi - Baru

Dikeluarkan :

Farisham Ismail - Cedera
Azizi Mat Rose - Cedera
Aziz Ismail - Cedera
Mohd Fakhrudin Husin - Cedera
Nwoha Onyekachi - Tamat Kontrak
Danny Antwi
Norsyahrul Hawari

Mijo, Keita Dahului Senarai Didaftarkan Untuk Suku Akhir AFC.

Dua pemain import terbaru Kelantan, Mijo Dadic dan Keita Mandjou mendahului senarai akan didaftarkan untuk saingan suku akhir Piala AFC.


Kedua-dua pemain itu akan mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Danny Antwi dan Nwoha Onyekachi.

Selain mereka, beberapa pemain tempatan juga akan didaftarkan pada saingan itu.

Berdasarkan maklumat dari sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), antara pemain baru yang akan didaftarkan ialah pemain dari skuad Piala Presiden, Tuan Mohd Faim dan Shahiran Mohd Zain.

Mengiringi mereka ialah pemain yang dipinjam KAFA baru-baru ini iaitu Aslam Najmudeen, Mafry Balang dan Afiq Azmi.

Kemasukan mereka bagi mengantikan beberapa pemain sebelum ini yang tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan seperti Azizi Mat Rose, Aziz Ismail dan Farisham Ismail.

Kafa turut menyingkirkan Mohd Fakhrudin Husin dan Norsyahrul Hawari bagi memberi laluan kepada pemain baru bagi kejohanan itu.

Seorang lagi pemain import, Obinna Nwaneri bagaimanapun akan terus dikekalkan biarpun berdepan pengantungan dua perlawanan selepas menerima kad merah terus pada pusingan kedua tempoh hari.

Isnin, 6 Ogos 2012

Pattani FC Ujian Pertama TRW.


Kelab Divisyen Dua Selatan Thailand, Pattani FC akan menjadi ujian pertama Kelantan sempena persiapan Piala Malaysia dan Piala AFC.


Menurut pengurus pasukan, Haji Azman Ibrahim di laman Facebook, kelab bimbingan Nimea Nideha itu bakal menguji barisan pemain The Red Warriors pada 11 Ogos depan.

Kelab yang berpangkalan di Selatan Thai itu yang dibarisi sehingga empat pemain import dilihat calon sesuai buat The Red Warriors mempersiapkan pasukan mereka.

Kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dan tunggu pengumuman rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkaitan harga tiket dan waktu perlawanan.

Sabtu, 4 Ogos 2012

 

Laporan Sesi Latihan Kelantan (3 Ogos 2012)

 
The Red Warriors mengadakan satu sesi latihan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi diketuai oleh Bojan Hodak.


Pada sesi latihan malam tadi, Bojan dilihat banyak mengadakan latihan kecergasan kepada semua pemain untuk mengekalkan prestasi mereka.

Sesi latihan ini juga istimewa dengan kehadiran kali pertama kepada pemain yang baru dipinjam dari Sabah, Mafry Balang yang turun ceria berlatih bersama rakan sepasukan yang lain.

Ketua Jurulatih : Bojan Hodak.
Pembantu : Zahasmi Ismail, Sidek, Reuben dan Ismail Chawailit.

Pemain Senior : Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaludin, Mafry Balang, Nik Shahrul Azim, Aslam Najmudeen, Zairul Fitree, Badri Radzi, Norfarhan Mohamed, Indra Putra, Azwan Roya, Ramzul Zahini, Zamri Ramli, Azlan Ismail dan Khairul Izuan.

Pemain Piala Presiden : Shahiran Zain, Aris Zaidi, Mohamad Asif, Syazwan Yusof, Mohamad Ramadhan dan Tuan Mohd Faim.

Pemain Cedera : S. Chanturu (Lutut) dan Rizal Fahmi (Kecergasan)

Sesi 1 : Memanaskan Badan.

Sesi 2 : Hantaran.

Sesi 3 : Kecergasan.

Sesi 4 : Perlawanan latihan setengah padang. (Taktikal dan Komunikasi)

Sesi 5 : Gerakan, sepakan dan formasi.

Sesi 6 : Cooling down.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kelantan tak mahu bersama Terengganu


Sebelum undian Piala Malaysia berlangsung semalam, pengurus pasukan bola sepak Kelantan, Azman Ibrahim ada membayangkan jika diberi pilihan juara Liga Super dan Piala FA itu tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Terengganu, Kedah dan Tentera.

‘Mulut masinh’ atau secara kebetulan kerana apa yang dibimbangkan Azman itu akhirnya menjadi kenyataan apabila The Red Warriors diundi dalam satu kumpulan dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan, semalam.
“Apa yang saya
risaukan berlaku juga akhirnya,” kata Azman selepas majlis undian yang meletakkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Tentera dalam Kumpulan B.

“Ini jelas sekali adalah kumpulan maut saingan kali ini. Terengganu dan Kedah memang lawan sukar yang cukup kami hormati, manakala juara Liga Perdana musim ini, Tentera yang dikendali bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan bukan calang-calang pasukan.

“Sathia pernah menerajui Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2009 dan dia menyimpan banyak rahsia pasukan ini. Saya harap menyimpan sebahagian daripadanya dan memberi peluang kepada Kelantan untuk muncul juara,” katanya.

Bagaimanapun Azman yakin, pasukan yang mampu melepasi cabaran peringkat kumpulan maut ini akan pergi jauh dalam kejohanan itu nanti. “Jika dapat melepasi kumpulan, pasukan itu akan dapat pergi jauh,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan akur dengan nasib pasukannya yang diundi bersama Kelantan dan tidak menolak kemungkinan Tentera mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.
“Sebelum pasukan terakhir dalam Kumpulan B diundi, saya sudah terbayangkan nama Tentera akan keluar, dan apabila ia benar-benar muncul saya tidak terkejut,” kata Sathia. “Apa-apa pun boleh terjadi dalam peringkat ini, peluang kami tetap ada.”

Saya Mahu Piala Malaysia.

 
Pemain sayap Kelantan, Nurul Azwan Roya bertekad akan membantu The Red Warriors muncul juara dalam saingan Piala Malaysia 2012.


Menurutnya ketika bersama RedsfcNews semalam, dia berharap Kelantan dapat menjulang kejayaan dalam persaingan tahun ini.

Dia yang masih tidak memiliki pingat Piala Malaysia akan memberikan persembahan terbaik untuk muncul juara buat kali ketiga pada musim ini bersama Sang Kijang.

Bertanyakan tentang kontrak, Nurul Azwan bagaimanapun enggan untuk mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk statusnya pada musim depan.

Siap Siaga - TSAM.

 
The Red Warriors perlu bersiap siaga untuk aksi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2012.


Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, untuk menjadi pasukan juara, Sang Kijang perlu mampu menewaskan semua pasukan lawan tidak kira pasukan mana yang ditentang.

Kelantan perlu menerapkan dalam minda dalam setiap perlawanan ia adalah penting, jelasnya.


Beliau menyatakan demikian selepas melihat ulasan para peminat The Red Warriors selain anggapan banyak pihak akan kesukaran Kelantan yang diundi bersama Terengganu, Kedah dan ATM dalam kumpulan B.


Kita mesti melawan dan kita menghormati lawan tetapi tidak takut untuk turun melawan.

Khamis, 2 Ogos 2012

Tidak Sangka Diundi Dengan Kelantan - B. Sathianathan.

 
Kumpulan maut dan kumpulan susah. Tidak sangka ATM akan bertemu Kelantan yang juga juara Liga Super dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.


Berikut adalah komen ketua jurulatih ATM yang juga bekas ketua jurulatih yang membawa The Red Warriors muncul juara Piala Malaysia pada tahun 2010, B. Sathianathan.

Kita juara Liga Perdana dan apa nak buat kerana ia adalah undian, jelasnya.

Sathia juga menjelaskan bukan sahaja Kelantan yang perlu diambil perhatian, Terengganu juga agak kuat selain Kedah yang ada sejarah agak baik dalam pertandingan Piala Malaysia.

Pada undian yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang tadi, ATM diundi dalam kumpulan B bersama Kelantan, Terengganu dan Kedah

Piala Malaysia 2012 : Kelantan Sukar, Lions Laluan Mudah.

 
 
Kelantan menerima undian dalam kumpulan maut untuk saingan Piala Malaysia 2012 yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur, sebentar tadi.


Skuad The Red Warriors diundi bersama dengan Terengganu, Kedah dan ATM dalam kumpulan B.

Berbeza dengan pencabar terdekat, Lions XII dan Perak apabila tugasan mudah kepada mereka kerana menerima undian tidak memenatkan.

Lions XII misalnya tidak perlu pergi jauh pada saingan kali ini selepas menerima undian mudah dalam kumpulan A bersama dengan Johor FC, PKNS dan Johor.


Begitu juga Perak dalam kumpulan C dimana mereka diletakkan sekali dengan juara bertahan, Negeri Sembilan disamping Felda dan Sime Darby menjadikan kedudukan Seladang dan Jang untuk merebut dua slot ke suku akhir tampak mudah.

Selain Kelantan, pasukan juara 32 kali, Selangor juga berada dalam kumpulan maut selepas diundi bersama dengan T-Team, Sarawak serta pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super musim depan, Pahang.



sumber :redsfc news

Catatan Popular