KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 2 Ogos 2012

Rumours : Safee Sali Perkuat Kelantan Piala AFC?

 
 
Safee Sali mungkin akan menyertai Kelantan secara pinjaman untuk aksi suku akhir Piala AFC 2012.

Menurut desas desus yang bertiup kencang dalam kem The Red Warriors, dikatakan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah bertemu ejen Safee untuk membawa pemain ini ke Kota Bharu.


Khabar itu semakin panas apabila Safee sendiri ada mengeluarkan kenyataan dalam media menyatakan beliau sedia untuk beraksi dengan pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Ketua pasukan Pelita Jaya FC itu turut mengesahkan ada menerima tawaran beberapa pasukan dari Malaysia dan Thailand untuk beraksi bersama mereka pada kempen liga negara masing-masing.

Safee ketika ini sedang melalui cuti pra musim panjang dengan kelab yang diwakili di Indonesia tersebut mahu beraksi selaku pemain pinjaman bagi mengekalkan stamina untuk kejohanan Piala AFF yang akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

Sementara itu, rata-rata penyokong Kelantan yang memberikan komen di laman sosial Facebook membantah kehadiran pemain ini menyertai pasukan sempena Piala AFC.

Bagi mereka, Sang Kijang sudah mempunyai cukup pemain dan tidak perlu menggunakan khidmat Safee biarpun selaku pemain pinjaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular