KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 14 Ogos 2012

T-Team Ujian Kedua TRW.

Selepas mencatat kemenangan memberangsangkan keatas Pattani FC, skuad The Red Warriors bakal melalui satu lagi perlawanan ujian menentang T-Team di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, Rabu depan.


Perlawanan kedua yang diatur oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sempena persiapan mereka bagi mengharungi dua kejohanan bermula 22 Ogos ini.

Setakat ini, ketua jurulatih Sang Kijang, Bojan Hodak dilihat berpuas hati dengan persembahan pasukan biarpun masih belum mencapai sasaran prestasi seperti yang telah ditetapkan.

Para pemain beraksi baik terutamanya pada babak kedua ketika melawan Pattani sehingga menjaringkan tiga gol tetapi itu tidak bermakna kita pasukan yang bagus.

Oleh itu, pertemuan dengan T-Team merupakan ujian kedua kepada pemain untuk menunjukkan mereka telah bersiap sebaik mungkin sebelum menyertai Piala Malaysia dan Piala AFC, jelasnya.

Sementara itu, pihak KAFA mengekalkan harga tiket perlawanan seperti pertemuan dengan Pattani iaitu dengan harga Rm5 (terbuka) dan Rm10 (astaka).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular