KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 1 Ogos 2012


Mafry Lengkapkan Pasukan Kelantan.

Berita gembira kepada penyokong Kelantan selepas pemain pertahanan dari Sabah, Mafry Balang akhirnya mendapat pelepasan majikan untuk menyertai The Red Warriors pada saingan Piala Malaysia dan suku akhir Piala AFC, bulan depan.


Mafry yang sebelum ini tersekat daripada menyertai Sang Kijang kerana tidak diberi restu Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagaimanapun akan menyertai skuad Kelantan beberapa hari dari sekarang.

Dia yang beraksi selaku pemain pertahanan begitu diharapkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk beraksi pada dua kejohanan itu nanti bagi mengantikan beberapa pemain utama yang tersingkir akibat kecederaan.

Mafry menunjukkan persembahan hebat bersama Sabah pada musim 2010 dan 2011 untuk membantu pasukan itu bersaing dalam Liga Super namun mereka gagal mengekalkan konsisten sehingga tersingkir kembali ke Liga Perdana musim depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular