KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 29 Februari 2012

Ghaddar Kembali.


Penyerang Import asal Lebanon, Mohamad Ghaddar kembali menyertai sesi latihan The Red Warriors, petang kelmarin.


Menurut sumber yang berada di padang latihan, Ghaddar turun sesi latihan pertama bersama pasukan selepas lebih dua minggu bercuti di negara asalnya.

Dia bagaimanapun kelihatan masih dalam kepenatan selepas terpaksa melalui perjalanan selama 12 jam dari Beirut ke Kota Bharu.

Namun begitu, pemain ini kelihatan ceria ketika turun dalam aksi latihan bersama jurulatih sementara, Bojan Hodak.

Ghaddar dijangka akan menyertai pasukan dalam kempen Piala AFC yang akan bermula pada 7 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selasa, 28 Februari 2012

Ambil Perhatian Penyokong Kelantan


AFC MELETAKKAN DENDA PALING BERAT BAGI MERCUN DAN BALINGAN OBJEK KE DLM PADANG SEWAKTU PERLAWANAN AFC CUP..SETIAP BALINGAN MEMBAWA DENDA PD PASUKAN TUAN RUMAH SEBANYAK USD5000(RM16,000).PERLAWANAN AFC DISIAR KE BANYAK NEGARA LUAR..SAYA POHON PARA PENONTON DAPAT BEKERJASAMA MENJAGA NAMA BAIK KELANTAN DAN HINDARI DENDA YG BERAT INI.....t kaseh

KAFA Tamat Kontrak Butler.


Selepas melalui beberapa hari penuh kontroversi, Peter James Butler akhirnya ditamatkan kontrak serta merta selaku ketua jurulatih The Red Warriors oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), tengahari tadi.


Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Kota Bharu, KAFA terpaksa mengambil tindakan tegas selepas Butler dikhabarkan terus berkeras untuk tidak tunduk pada desakan pihak Persatuan.

Tindakan bekas ketua jurulatih tersebut menyebabkan KAFA tiada pilihan lain selain menamatkan kontrak Butler dengan serta merta.

Biarpun ditamatkan kontrak, Butler akan menerima pampasan seperti yang termaktub dalam kontrak yang telah dipersetujui bersama dengan KAFA pada awal kehadiran beliau, beberapa bulan lepas.

Dengan penyelesaian seperti yang telah berlaku, kerusi panas ketua jurulatih Kelantan kini kosong dan spekulasi dari kem The Red Warriors mengatakan Bojan Hodak mungkin akan mengambil tugas alih melatih pasukan selepas ini.

Sabah Benam Ego President Warriors.


Rekod bersih President Warriors di gelanggang sendiri lebur selepas tumpas 1-2 kepada Sabah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang semalam.


Permulaan garang anak didik Hashim Mustapha tersekat dengan kehandalan Sabah menyerap segala tekanan sebelum menggunakan kelebihan seorang pemain untuk mengejutkan tuan rumah dihadapan hampir 500 penyokong setia yang bertandang.

Aksi babak pertama penuh debaran dan Kelantan terlebih dahulu mendahului pada minit ke-16 selepas Shahiran Mohd Zain menggunakan ruang terbuka didepan gawang untuk merembat masuk selepas percubaan awal Mohamad Qayyum diselamatkan penjaga gol Sabah.

Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan masing-masing mendapat beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun peluang yang terhidang gagal disempurnakan kedalam jaring.

Pada minit ke-40, President Warriors terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tindakan kurang bijak Aris Zaidi menumbuk pertahanan Sabah didalam kotak penalti pantas dikesan pengadil untuk layangan kad merah terus.

Sabah menggunakan kelebihan tersebut untuk melakukan jaringan melalui sentuhan Rozaimi Abdul Rahman selepas sungkitan menarik dari kawasan tengah membuka ruang kepada pemain ini melakukan larian deras seterusnya merembat masuk menewaskan Syazwan Yusoff pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Sabah dan Kelantan saling mengatur gerakan untuk menambah jaringan tetapi ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Beberapa peluang yang terhidang melalui pemain penyerang turut gagal memberikan jaringan tambahan kepada kedua-dua pasukan.

Sehinggalah seminit sebelum tamat, Rozaimi yang menerima hantaran dari sebelah kiri melepasi kawalan dua pemain pertahanan Kelantan sebelum melencongkan bola untuk menewaskan Syazwan Yusoff buat kali kedua.

Pada masa tambahan, Kelantan berpeluang menyamakan kedudukan namun hantaran menarik Muhamad Eskandar ke dalam kotak penalti gagal ditampan masuk Akid Ramli biarpun penjaga gol Sabah sudah tertewas.

Tamat perlawanan, Kelantan kecundang kali kedua dalam saingan Piala Presiden 2012 peringkat kumpulan A

TRW Kekal Main AFC di Bukit Jalil.


Usaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengadakan perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu tidak kesampaian.


Menurut Presiden, Tan Sri Annuar Musa, perlawanan pembukaan menentang kelab dari Vietnam, Navibank Saigon FC terpaksa diadakan di luar selepas stadium di Kota Bharu tidak lulus pemeriksaan dari pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Pemeriksaan yang dilakukan bermula petang kelmarin oleh pegawai AFC menyatakan stadium tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan menyebabkan KAFA tiada pilihan lain selain bermain di venue berkecuali.

Biarpun terpaksa beraksi di Bukit Jalil, KAFA telah menetapkan harga tiket kekal seperti venue di Stadium Sultan Muhamad dengan RM30 dan RM15. -

Piala FA 2012 : Lawan KL di Kota Bharu.


Perlawanan pusingan kedua Piala FA melawan Kuala Lumpur akan berlangsung di Kota Bharu pada 10 Mac 2012.


Menurut info pengurusan pasukan, Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada skuad ibu kota pada perlawanan tersebut.

Dengan pengesahan venue perlawanan tersebut, The Red Warriors mempunyai sedikit kelebihan untuk menewaskan Kuala Lumpur seterusnya mengesahkan tempat mereka dalam pemburuan pertama kejuaraan Piala FA.

Pada perlawanan pusingan pertama, Sang Kijang terpaksa menghadapi laluan getir sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 keatas Sarawak.

Isnin, 27 Februari 2012

Bojan ambil tempat Butler?


Bojan Hodak


SELEPAS diselubungi pelbagai kontroversi melibatkan pelbagai isu termasuk gelagat pengendalinya, Peter James Butler yang tiba-tiba menghilangkan diri, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikatakan akan mengambil satu lagi keputusan drastik.

Difahamkan, Butler kini berada di Indonesia untuk mengadakan perbincangan dengan sebuah kelab bola sepak di sana.

Jurulatih dari Halifax, England itu kemungkinan akan kehilangan posisinya sebagai ketua jurulatih Kelantan dan tempatnya dikhabarkan bakal digantikan oleh bekas jurulatih UPB-MyTeam, Bojan Hodak (gambar kecil).

Sumber dalaman KAFA memberitahu, tindakan tersebut telah mendapat restu daripada pihak pengurusan KAFA.

Menurutnya, tindakan untuk memecat Butler belum diambil dan sehingga kini, KAFA sedang menunggu surat tunjuk sebab daripada jurulatih tersebut berikutan kenyataan yang dikeluarkan kepada media minggu lalu.

“KAFA memberikan beliau (Butler) masa untuk menjawab surat tersebut, namun sehingga kini kita tidak tahu ke mana beliau menghilangkan diri dan ia sedikit menimbulkan kerumitan dalam menyelesaikan masalah ini.

“Perkembangan yang berlaku ini mungkin akan menjadi faktor penting pelantikan Bojan untuk menduduki ‘kerusi panas’ itu sedikit masa lagi,” katanya.

Tambahnya, Bojan yang kini diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) menjadi antara individu paling dekat untuk mengisi kekosongan tersebut jika Butler membuat keputusan meninggalkan Kelantan.

“Ini disebabkan jawatan Bojan selaku CEO Army merangkap pengarah kejurulatihan, memungkinkan beliau untuk terus menjawat jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan,” katanya.

Sumber berkenaan turut memberitahu, Bojan telah mula memainkan peranannya selaku pengganti Butler apabila menjadi mastermind ketika Kelantan turun menentang Singapore Armed Forces (SAF) pada perlawanan persahabatan malam kelmarin.

Beliau juga dikatakan akan turun mengendalikan sesi latihan Kelantan bermula hari ini.

Sebelum ini, Bojan pernah melatih UPB-My Team selama tiga tahun bermula 2006 sebelum beliau berhijrah ke Phnom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012.

Pencapaian terbaik Bojan dalam bidang kejurulatihan ialah membantu kelab China, Shandong Luneng Taishan FC muncul naib juara Piala FA di negara berkenaan.

Butler diminta pulang

ISU Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler bertambah ‘kalut’ apabila jurulatih itu didakwa menghilangkan diri selepas direhatkan hingga menimbulkan dilema dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengakui ada masalah antara Kafa dan Butler namun tindakan jurulatih itu menghilangkan diri selepas direhatkan mengeruhkan lagi keadaan.
Katanya, Butler dipercayai berada di Kuala Lumpur dan Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim sudah diarah mencarinya selain berharap jurulatih berusia 46 tahun dari England itu kembali ke Kelantan secepat mungkin.
“Kami mahu dengar kemusykilan Butler dan saya juga sudah memberitahunya supaya berterus terang secara bersemuka jika terdapat masalah.

“Kami tidak mahu dia melatih pemain jika dia memiliki masalah kerana bimbang akan menjejaskan pasukan dan sebab itu Kafa bagi dia rehat,” katanya di sidang media di Kafe The Red Warriors, semalam.

Bagaimanapun, Annuar menyifatkan krisis antara Buler dan Kafa hanya di peringkat pengurusan dan boleh diselesaikan dengan baik.
Katanya, Kafa mempunyai pelbagai jawatankuasa dan setiap masalah dihadapi pemain atau pegawai perlu dirujuk kepada jawatankuasa bagi mengelakkan kekeliruan.

“Saya tahu Butler ada masalah dan memintanya supaya berbincang dengan pengurusan dan saya yakin masalah ini hanya berlaku di peringkat pengurusan saja.” Ketika ditanya spekulasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army), Bojan Hodak akan menggantikan Butler, Annuar berkata, Kafa perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, namun tidak menafikan pengalaman Hodak lebih luas berbanding Butler.
“Apa yang boleh saya katakan, pengambilan Bojan adalah untuk membantu Kafa dalam tenaga kejurulatihan dan pembangunan Army," katanya.

Sementara itu, Kafa menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat pemaju, Casamesra Sdn Bhd (Casamesra) yang terpilih membina sebuah stadium bola sepak di Bandar Baru Tunjong.

Ahad, 26 Februari 2012

KAFA, Casamesra tandangan MoU bina stadium

KOTA BHARU - Impian rakyat Kelantan untuk memiliki stadium bola sepak yang lengkap dengan kemudahan menghampiri kenyataan selepas termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Casamesra Sdn. Bhd. dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Melalui MoU tersebut, Casamesra diberi hak membina stadium tersebut dianggarkan berharga RM300 juta di atas tanah milik Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V seluas lapan hektar di Tunjong dekat sini.

Memorandum itu ditandatangani Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa manakala Casamesra diwakili Pengarahnya, Azhar Mustapha dalam satu majlis yang berlangsung di sini, semalam.

"Kita perlu usahakan pembinaan stadium ini. Kita nak wujudkan KAFA sebagai satu pasukan yang lengkap, punyai rumah sendiri. Kita nak bina stadium ratusan juta sudah tentu tak mampu.

"Jadi, bila Tuanku (Sultan Muhammad V) perkenan tanah di Tunjong, kita tidak mahu lepaskan peluang tersebut. Casamesra telah diberikan hak oleh Tuanku Sultan untuk majukan sebahagian tanah milik baginda yang mahu dibangunkan bandar Diraja Tunjong.

"Mereka (Casamesra) perlukan tuan rumah kepada stadium itu. Jadi, hari ini (semalam) KAFA buat MoU mengatakan kita sanggup untuk jadi tuan rumah kepada stadium ini seperti Stadium Emirates, tuan rumahnya ialah pasukan Arsenal," katanya di sini, semalam.

Menurut Annuar, KAFA hanya menjadi pengurus dan mengendalikan stadium sahaja.

"Saya ingin rayu kepada kerajaan supaya memberikan kelulusan segera untuk urusan pembinaan kerana tanah dah ada, Tuanku dah berkenan, reka bentuk dah ada. Selain itu, sudah ada pihak yang sanggup mengeluarkan belanja untuk menguruskannya. Segalanya dah ada jadi saya harap ia dapat disegerakan," katanya.

Beliau memberitahu, peringkat awal Casamesra mencadangkan pembinaan stadium dengan kapasiti 40,000 penonton, tetapi pihaknya telah membuat perundingan supaya saiznya dikecilkan kepada 30,000 orang sahaja.

"Kita rasa kapasiti 30,000 adalah jumlah yang sesuai dengan bilangan penyokong dan kos pengurusannya yang tidak terlalu tinggi. Selain itu, kita tidak mahu projek ini menjadi projek gajah putih dan KAFA mahu stadium ini merupakan stadium yang dinamik," ujarnya.

Kelantan Benam SAF FC.


The Red Warriors bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Singapore Armed Force FC (SAF FC) 2-1 dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Terima kasih kepada dua jaringan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi pada babak kedua untuk memadamkan jaringan pertama yang dilakukan SAF FC melalui Seiji Sato.

Permulaan babak pertama bagaimanapun lebih dikuasai pasukan pelawat dimana serangan bertali arus berjaya dilancarkan mereka melalui rangkaian pemain import dan pemain Singapura.

Pada minit ke-19, mereka mendapat satu sepakan percuma di luar kotak penalti Kelantan dan Seiji Sato yang tidak dikawal mudah menanduk masuk untuk jaringan pertama pasukan pelawat.

SAF FC hampir menambah jaringan melalui Erwan Gunawan pada minit ke-23 namun palang menjadi penghalang.

Tidak lama kemudian, Rizal Fahmi Rosid menyaksikan percubaan deras dari luar kotak penalti ditepis keluar penjaga gol pelawat, Shahril Jantan.

Manakala percubaan Seiji Sato pada minit ke-28 hasil situasi satu lawan satu berjaya diselamatkan Shahrizan Ismail.

Penghujung babak pertama, sepakan Nurul Azwan diselamatkan sekali lagi penjaga gol SAF FC manakala sepakan lambung Badri Radzi tinggi melewati palang untuk menutup perlawanan dengan pelawat mendahului dengan satu jaringan.

Bersambung babak kedua, Kelantan bagaikan mendapat tonik semangat apabila terus melancarkan serangan pantas ke arah kubu SAF FC dan berhasil menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan percuma Mohd Badri Radzi pada minit ke-47.

Memasuki minit ke-64, Mohd Badri Radzi sekali lagi menjelmakan jaringan buat tuan rumah selepas menyambar bola lantunan percubaan awal Ramzul Zahini Adenan didalam kotak penalti SAF FC.

Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan tidak mengurangkan tempo serangan namun kebuntuan penyudah didepan gawang.

Selepas tambahan masa dua minit, perlawanan ditamatkan untuk Kelantan mencatatkan kemenangan 2-1 keatas SAF FC.

Kesebelasan Utama

KELANTAN FA : SIDEK SAMSUDDIN
Shahrizan Ismail (GK),Obinna, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ramzul Zahini, Mohd Norfarhan, Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahiyuddin, MOhd Daudsu Jamaluddin, MOhd Badri Radzi(KP), Rizal Fahmi Rosid dan Zairul Fitree.

SIN-SAF FC : BOK KOK CHUAN
Zulfadli Zainal, Razaleigh Khalik(KP), Mohd NOh Rahman, Bah Mamadou, Tatsuro Inui,Seiji Saito, Erwan Gunawan, Shahril Jantan (GK), Shukor Zailan, Hafsyar Farkhand dan Eddie Afendy Chang.

Bojan Hasrat Hantar Pelatih ke Jepun.


CEO baru Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY), Bojan Hodak berhasrat untuk menghantar para pelatih menimba pengalaman di Jepun.

Menurut Bojan dalam satu kenyataan kepada pihak media, pihaknya berhasrat begitu kerana Jepun menggunakan model kejurulatihan yang bersesuaian dengan Malaysia.

Malah tanpa segan silu beliau mengharapkan para pelatih yang akan dipilih nanti dapat menimba pengalaman berguna sewaktu dihantar berlatih disana.

Dalam perkembangan sama, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberikan sokongan penuh kepada Bojan untuk menguruskan akademi dan melahirkan lebih ramai bakat bola sepak di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sabtu, 25 Februari 2012

Piala AFC 2012 - Stadium KOta Bharu Diperiksa.


Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu akan diperiksa oleh pegawai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula 27 Februari 2012.


Menurut sumber, kehadiran pegawai tersebut sudah dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk pemeriksaan venue perlawanan dan pengginapan pelawat untuk saingan Piala AFC yang akan bermula pada 7 Mac depan.

Mereka dijangka tiba dalam beberapa hari lagi dan akan melakukan pemeriksaan sama ada stadium keramat The Red Warriors tersebut lulus untuk pertandingan peringkat Asia nanti.

Dalam perkembangan sama, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan untuk mengadakan perlawanan Piala AFC di gelanggang sendiri biarpun terpaksa beraksi pada waktu petang.

SAF FC Guna Pemain Simpanan Lawan Kelantan.


Singapore Armed Force FC (SAF FC) akan menurunkan pemain simpanan untuk aksi persahabatan melawan Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, malam ini.


Menurut ketua jurulatih mereka yang dipetik dalam laman rasmi SAF FC, Richard Bok, ketiadaan empat pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan akan membuka peluang kepada beberapa pemain simpanan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Antara pemain yang mungkin diberikan tempat ialah Eddie Chang yang akan diletakkan dengan Bah Mamadou di posisi pertahanan manakala Shahril Jantan beraksi selaku penjaga gol utama.

Erwan Gunawan serta Hafsyar Farkhan mungkin digandingkan selaku penyerang utama pasukan dan saya akan menilai prestasi mereka dan kesemua pemain sebelum turun aksi liga Singapura menentang Home United nanti.

Lima Perlawanan Lagi Kepada Nwoha.


Pemain import terbaru Kelantan, Onyekachi Nwoha mempunyai baki lima perlawanan untuk membuktikan sentuhan atau berdepan tindakan ditamatkan kontrak serta merta.


Menurut maklumat pengurus pasukan, Azman Ibrahim, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempunyai perjanjian dengan pemain ini dan seandainya dia berterusan tidak memberikan aksi seperti yang diharapkan, pihak pengurusan berhak untuk menamatkan kontrak tanpa membayar pampasan.

Nwoha sebelum ini dikritik hebat para peminat setia selepas gagal memberi impak pada perlawanan menentang Sarawak dalam saingan Piala FA.

Dia bukan sahaja gagal menyaingi pemain lawan malah tidak langsung membahayakan gawang pelawat menyebabkan penyokong yang hadir pantas menggesa KAFA mengeluarkan pemain ini dari pasukan.

Para penyokong turut berharap pihak pengurusan mendaftarkan kembali penyerang dari Lebanon, Mohamad Ghaddar untuk mengantikan Nwoha namun dengan pintu perpindahan telah tertutup, tiada apa yang dapat dilakukan selain menggunakan pemain sedia ada.

Jumaat, 24 Februari 2012

President Warriors Menang Lagi.


President Warriors mencatatkan kemenangan seterusnya apabila membelasah Johor 4-1 di Stadium Kluang, petang tadi.


Beraksi di gelanggang lawan, skuad muda Kelantan tidak pincang apabila empat jaringan yang dilakukan oleh Aris Zaidi, Shahiran Mohd Zain dan Mohd Azyu Ikmal meletakkan mereka setakuk lebih dari tuan rumah.

Tiga mata yang dipungut memberikan Kelantan kedudukan selesa mencabar tangga pertama kejuaraan Liga Presiden Malaysia kumpulan A.

Selepas ini, skuad President Warriors kendalian Hashim Mustapha dan Nafuzi akan turun perlawanan di tempat sendiri menentang Sabah pada 27 Februari 2012

Butler Direhatkan.


Ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler direhatkan sementara oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bermula hari ini.


Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim, tempoh rehat yang diberikan kepada Butler bukan pengantungan penuh kerana jurulatih yang berasal dari England itu masih menikmati pelbagai faedah seperti yang termaktub dalam kontraknya bersama The Red Warriors.

Kita hanya merehatkan Butler dari melatih pasukan dan bukannya mengantung beliau, jelasnya.

Sebagai ganti, penolong jurulatih iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsudin akan mengambil alih melatih pasukan sehingga perkembangan terkini akan diberitahu kelak.

Khamis, 23 Februari 2012

Kita bukan tandingan


Pemain Malaysia, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menyekat gerakan pemain Jepun, Genki Haraguchi pada perlawanan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR - Jepun mengotakan janjinya untuk menang besar apabila membenam Malaysia 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam saingan Kumpulan C kelayakan Olimpik, semalam.

Walaupun bermain dalam tekanan, skuad Samurai Biru tetap menampilkan permainan yang tersusun dengan tidak mempersiakan peluang gol.

Sebaliknya, kekalahan besar itu menunjukkan betapa masih banyak yang perlu diperbaiki oleh skuad bawah 23 tahun jika mahu memberikan saingan di pentas Asia.

Kerapuhan benteng pertahanan dan kurang kreativiti dalam mencipta gerakan gol menjadi punca kepada kekalahan besar Malaysia kepada Jepun.

Namun peminat perlu bersikap realistik dengan kekalahan besar kepada Jepun, yang mana ia membuktikan bola sepak negara memerlukan lebih banyak pendedahan pada masa depan.

Kekalahan semalam juga menjadikan Malaysia kekal tanpa sebarang mata dan sudah pasti akan menghuni tangga tercorot kumpulan, sekali pun jika mampu mencatat sebarang kemenangan ketika bertemu Syria dalam perlawanan terakhir nanti.

Kemenangan semalam adalah yang keempat buat Jepun dan terus memberikan saingan kepada Syria dalam usaha mengejar slot automatik ke London 2012 selaku juara kumpulan.

Skuad Takashi Sekizuka mendahului 2-0 pada babak pertama melalui jaringan Hiroki Sakai pada minit ke-35 dan Yuya Osako pada minit ke-45.

Samurai Biru mengukuhkan kedudukan dengan dua lagi gol pada babak kedua menerusi Genki Haraguchi (minit ke-55) dan Manabu Saito (minit ke-60).

Di hadapan 15,000 penonton, skuad Ong Kim Swee berjaya mengimbangi serangan bertali arus Jepun setakat minit ke-34, sebelum Jepun membuka tirai jaringan akibat kerapuhan benteng pertahanan negara.

Ketika barisan tengah negara sibuk merencana serangan, Jepun bijak merampas bola dan melakukan serangan balas pantas ketika bahagian pertahanan belum bersedia.

Hasilnya, pertahanan Jepun, Hiroki Sakai yang tidak dikawal mudah menolak masuk ke dalam gawang negara yang ternganga .

Pasukan pelawat yang amat memerlukan kemenangan besar semakin bersemangat selepas detik itu apabila menambah jaringan kedua 10 minit selepas itu melalui Yuya Osako yang melakukan tandukan menewaskan Khairul Fahmi yang sebelum itu cemerlang menyelamatkan dua percubaan awal Jepun.

Bermula separuh masa kedua, Malaysia bagaikan sudah hilang semangat untuk memberikan saingan dan Jepun sekali lagi terus menggempur kubu negara berpunca daripada sepakan silang Sakai, Genki Haraguchi mudah menghukum kesilapan Khairul Fahmi yang gagal menjangka dengan baik hantaran Sakai sebelum melepaskan rembatan separuh voli pada minit ke-55.

Rabu, 22 Februari 2012

IMPIAN PASUKAN MALAYSIA DAN PENYOKONG MALAYSIA



Kita berimpian untuk ke World Cup suatu hari nanti. Tapi adakah persediaan kita telah mencukupi? Admin akan berkongsi idea perbincangan dengan Coach Shazwan dari Montkiara FC. Menurut beliau, jika Harimau Malaya kalah di peringkat antarabangsa jangan mudah-mudah salahkan OKS, Rajagobal atau players tu sendiri. Yang perlu kita tekankan di sini adakah kita sudah mempunyai struktur GRASSROOT DEVELOPMENT yang betul atau tepat untuk mencari players terbaik yang boleh bersaing di peringkat dunia? Adakah players yang terpilih adalah terbaik dalam negara atau masih ada yang tercicir dan tersorok kerana struktur GRASSROOT DEVELOPMENT yang tidak menepati piawaian antarabangsa seperti negara-negara yang selalu ke World Cup?

Tahukah anda bahawa di Jepun, cara tradisional mereka dulu-dulU adalah bermain di peringkat sekolah, universiti dan kemudian kelab. Mereka tidak sebegitu lagi dan telah meREVOLUSIkan GRASSROOT DEVELOPMENT mereka. Semua Kelab Bola Sepak di Jepun mempunya pasukan dari Under-10 sampai U-18... Kita di Malaysia ada mcm tu? Paling-paling pun adalah Team Piala Presiden yang dipilih tak tau macam mana, bila tarikh pemilihan, yang kelihatan sesetengahnya tangkap muat dan ikut selera coach , kadang-kadang dilayan macam sampah, gaji kecik, ada yang tak dibayar gaji, kebajikan tak jaga, main bola pun kontrak sampai bulan 6 saja... Manalah dia orang tak ambik rasuah. Kadang-kadang gaji sorang player star negeri tempatan sahaja boleh bayar gaji satu team piala presiden.

Dan tahukah anda bahawa Kelab-kelab Jepun yang mempunyai pasukan dari U-10 sehingga U-18 ini mempunyai massive tournament U-12 dengan setiap regions akan ada pertandingan untuk mencari the best U-12 team... Kemudian, Finals akan keluar di televisyen di National TV dan over 360,000 players terlibat.. Marvelous! Bayangkan sumber players U-12 dia orang sahaja ramai gila mak datuk? Dan players melalui university tournament sahaja ada match sebanyak 60 matches setahun! M-League kita pun tak capai standard bilangan match sebanyak tu.. Kita di Malaysia dah ada team bola atau kelab yang boleh berdikari nak kecikkan lagi adalah... Jadi kalau kita tak boleh menang dengan Jepun jangan dok nak kutuk OKS, Rajagobal atau players kita atau masih mimpi-mimpi lagi Harimau Malaysia zaman Tok Kadok masa era Mokhtar Dahari... Itu semua mimpi dan hari ini, esok adalah realiti!

Bojan Hodak CEO Baru ARMY.


Bekas Pengendali UPB My-Team, Bojan Hodak dilantik CEO baru Akademi Al Hamra Red Warriors (ARMY) bagi mengantikan B. Sathianathan.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bojan akan mengetuai ARMY dan mengantikan tugas Sathianathan untuk program pembangunan pemain remaja di Kelantan.

Bojan dilihat calon yang paling sesuai untuk meneruskan legasi akademi yang kini memasuki tahun pertama penubuhan.

Pengalaman beliau ketika bersama beberapa kelab di Asia termasuklah ketika membina pasukan My Team pada awal 2006 begitu diharapkan mampu diterjemah kepada pemain muda berbakat yang dipilih kedalam akademi Al Hamra.

Beliau akan memulakan tugasan rasmi tidak lama lagi.

Selasa, 21 Februari 2012

PDRM Bukan Lawan Kelantan.


President Warriors terlalu kuat buat PDRM apabila mudah membenam lawan dengan jaringan 4-0.


Dua jaringan Aris Zaidi ditambah dengan satu jaringan menarik pada awal babak oleh pemain tengah memberikan Sang Kijang kejayaan ketiga dari empat perlawanan.

Bermain didepan penyokong sendiri, Kelantan mudah didepan pada minit ke-7 hasil jaringan Mohd Norfirdaus untuk gol pertama perlawanan.

Jaringan pertama bagaimanapun gagal diulangi selepas itu hasil kekebalan benteng PDRM yang kental bertahan.

Seminit sebelum separuh masa berakhir, Kelantan akhirnya mendapatkan jaringan kedua selepas Aris Zaidi bijak melompat untuk menanduk masuk menewaskan penjaga gol pelawat.

Pada babak kedua, pemain President Warrior terus mengganas apabila Aris Zaidi sekali lagi memecahkan kubu pertahanan pelawat untuk jaringan ketiga tuan rumah.

Ketika perlawanan menuju ke penghujung, Kelantan dianugerahkan satu sepakan penalti dan Muhd Eskandar mudah menyempurnakan peluang terhidang untuk gol keempat dan terakhir perlawanan.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan memungut 12 mata hasil empat kemenangan dan satu kekalahan. -

Isnin, 20 Februari 2012

Nwoha kecewakan peminat Kelantan


KOTA BHARU - Aksi lemah pemain import Kelantan Onyekachi Nwoha sepanjang 83 minit mengecewakan hampir 10,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir menyaksikan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

Tanpa sebarang gerakan menarik serta kerap kali kehilangan bola membuktikan dia bukanlah pembelian terbaik buat penyandang juara Liga Super 2011 bagi mengharungi saingan musim ini.

Nwoha yang menggantikan tonggak kebangsaan Lubnan, Mohammad Ghaddar, selepas pemain tersebut gagal menemui sentuhan pemusnahnya, tidak seperti yang diharapkan apabila aksinya tidak setanding dengan tarafnya sebagai pemain import.

Ketua jurulatih Kelantan, Peter Butler ketika ditemui selepas perlawanan menentang Sarawak enggan mengulas mengenai persembahan pemain yang berasal dari Nigeria itu.
"Lebih bagus saya fokus kepada persiapan pasukan untuk perlawanan selepas ini. Pagi Isnin ini mungkin saya akan buat penilaian. Semua peminat yang berada di stadium dan di mana-mana boleh menilainya sendiri.

"Semua pemain bekerja keras tetapi saya boleh tengok dia (Nwoha) belum cergas sepenuhnya. Saya mesti adil dan berikannya masa," katanya.
Pengendali kelahiran Halifa,x England itu membayangkan mahu memberikan peluang kepada pemain tersebut untuk membuktikan kemampuan.

"Saya suka memberikan dia masa untuk membuktikan kemampuan tetapi, saya mahu lihat perkembangan yang bagus dan kita juga mengharapkan dia selalu bermain dengan baik dan menjaringkan gol.
"Saya harap dia dapat gunakan sebaik mungkin peluang ini," ujarnya.

President Warriors Mahu Tebus Kekalahan.


Kekalahan pertama kepada T-Team tidak mematahkan semangat skuad President Warriors untuk turun aksi keempat menentang PDRM di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, hari ini.


Biarpun masih dibelenggu kekalahan pertama pada musim ini namun anam buah Hashim Mustapha tidak redha untuk tewas sekali lagi lebih-lebih pula beraksi di gelanggang sendiri.

Pada pertemuan petang ini, ketua jurulatih President Warriors sudah menyiapkan barisan terbaik untuk mengecewakan pasukan pelawat.

Jika tiada aral, kesemua pemain utama akan diturunkan dan Hashim amat mengharapkan pemain seperti Aris, Asif dan lain dapat bermain lebih baik tidak seperti pertemuan terdahulu

Aziz Tersisih Dua Minggu.


Pertahanan kiri Kelantan, Aziz Ismail tidak mengalami kecederaan serius ketika membantu Sang Kijang menang 2-1 keatas Sarawak dalam saingan Piala FA 2012.


Menurut pegawai media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Wan Badri Wan Omar, Aziz tidak berdepan kecederaan serius namun dinasihatkan berehat dengan secukupnya sebelum turun aksi kompetetif.

Mungkin dia tidak akan beraksi untuk tempoh masa dua minggu sahaja, jelasnya.

Sementara itu, perkhabaran mengenai kecederaan Norshahrul Idlan Talaha masih belum diterima dan kita menantikan laporan perubatan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pada waktu ini The Red Warriors berdepan krisis kecederaan pemain utama selepas Aziz dan Norshahrul menyertai Azlan serta Azizi dalam senarai pemain yang terpaksa direhatkan.

Ahad, 19 Februari 2012

Norfarhan Teruskan Kemaraan Kelantan


farhanlawesarawak

Kelantan nyaris dihukum dalam gelanggang sendiri apabila mempamerkan aksi perlawanan hambar pada separuh masa pertama. Aksi pemain import baru Nwoha sekali lagi menarik perhatian dan herdikan seluruh penyokong Kelantan setelah pemain ini gagal menunjukkan persembahan yang meyakinkan walaupun berstatus pemain antarabangsa.

Jaringan awal Azizan Baba pada minit ke 19 berjaya mengejutkan pemain Kelantan yang kemudiannya bangkit membalas serangan untuk menyamakan kedudukan pada minit 33 melalui tandukan tepat ke dalam gol oleh Indra Putra yang mendapat hantaran sepakan penjuru dari Piya.

Norfarhan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit 91 setelah dibawa masuk menggantikan Nwoha pada minit 82.

Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan. Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur pada 10 Mac ini untuk pusingan kedua. Diharap dapat meningkatkan prestasi semasa pemain-pemain sebelum sepak mula Liga Super 3 Mac ini.

Piala FA: Kelantan, Terengganu mara


KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors menjaringkan gol kedua pada waktu kecederaan separuh masa kedua untuk menewaskan Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Kemenangan 2-1 ke atas Sarawak membolehkan Kelantan mara ke pusingan kedua persaingan Piala FA.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Mohd Azizan Baba pada minit ke-18 sebelum Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Mohamad menyumbat dua gol untuk Kelantan pada minit ke-34 dan 91.

Menanti skuad Kijang pada pusingan kedua ialah Kuala Lumpur yang membenam cabaran wakil dari Johor, MP Muar dengan kemenangan 3-0 menerusi jaringan Arman Fareez Mohd Ali (minit ke-40), Khairul Anuar Shafie (60) dan Fazuan Abdullah pada minit ke-89 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Selain Kelantan, juara bertahan Terengganu dan Selangor juga berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan pertama.

Terengganu, yang juga juara Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada 2000 dan 2011, mara selepas mencatatkan kemenangan selesa, 4-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit kesembilan, Abdul Manaf Mamat (minit ke-37 dan 65) dan penyerang import mereka dari Liberia Francis Forkey Doe pada minit ke-79.

Terengganu bagaimanapun bakal berhadapan tugas getir pada pusingan kedua 10 Mac ini apabila dijadualkan bertemu dengan Perak yang mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Perak, semalam.

Selangor turut mara selepas membelasah wakil Pahang Shahzan Muda 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Empat gol skuad bimbingan Irfan Bakti itu dijaringkan oleh pemain import mereka dari Croatia Bosko Balaban pada minit ke-21, Mohd Safiq Rahim pada minit ke-62 dan 72 serta kapten pasukan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-81.

Bagaimanapun hajat Negeri Sembilan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas kalah 1-2 kepada Johor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Pemain import dari Cameroon Jean Emmanuel Effa Owona terlebih dahulu menceriakan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-24 sebelum pemain import dari Brazil Arthur Henrique Bernhardt menjadi wira pasukan Johor FC dengan menyumbat dua gol pada minit ke-29 dan 79.

Jumaat, 17 Februari 2012

T-Team Hancurkan Harapan Hashim.


Impian Hashim Mustapha untuk melihat anak buahnya mencapai kemenanga ketiga tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada T-Team di Padang C, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, petang tadi.


Turun dengan skuad terbaik yang dimiliki, Kelantan dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah melalui penyerang mereka, Muhamad Shahrin pada minit ke-5.

Mereka hampir menambah jaringan sejurus selepas itu namun cubaan cantik melalui Shahrin berjaya ditepis keluar penjaga gol Kelantan.

Tanpa disangka, bermula dengan satu serangan balas, Kelantan menyamakan kedudukan melalui Muhamad Asif pada minit ke-23.

Selepas jaringan tersebut, perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk menambah jaringan.

Bersambung babak kedua, bagaikan mendapat tonik baru, T-Team melancarkan banyak serangan pantas ke arah kubu President Warriors.

Usaha mereka akhirnya berhasil apabila Muhamad Shahrin bijak memanfaatkan peluang terhidang untuk meletakkan bola ke dalam jaring untuk gol kedua pada minit ke-68.

Jaringan tersebut menyemarakkan semangat tuan rumah untuk terus melakukan serangan ke kubu pelawat.

Bagaimanapun, pemain Sang Kijang menyerap asakan untuk turut melancarkan serangan balas tetapi pihak lawan pula sering merebahkan badan untuk melambatkan masa perlawanan.

Keadaan bertambah tegang setelah beberapa pemain mula melakukan tindakan kasar memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada Aris Zaidi.

Pada saat akhir, Aris hampir menyamakan kedudukan selepas berjaya meloloskan diri dari kawalan tiga pertahanan T-Team namun sepakan kencang dari jarak dekat sedikit sahaja tersasar biarpun penjaga gol tuan rumah sudah tertewas.

Dengan kekalahan ini, Kelantan turun takhta teratas saingan Liga Piala Presiden Malaysia kumpulan A. -

Khamis, 16 Februari 2012

Butler kurang senang dengan tindakan Kafa


PENDAHULU dan juara bertahan Liga Super, Kelantan bergolak selepas ketua jurulatihnya, Peter James Butler dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kini tidak sehaluan.

Pengendali berusia 46 tahun itu jelas kurang senang dengan pemilihan penyerang import baru Kelantan dari Nigeria, Nwoha Onyekachi yang didaftarkan untuk beraksi bersama Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia bagi menggantikan pemain Lubnan, Mohammed Ghaddar.


“Saya perlu pulang bertanya diri sendiri apa yang saya lakukan di sini. Saya tidak mahu menjadi kritikal buat orang lain namun saya mesti adil dan jujur. Kalau mereka (pihak pengurusan) mahu mengambil keputusan di luar tangan saya, tiada apa boleh saya lakukan. Ia mesti dihormati.

“Namun jika saya tidak boleh bekerja seperti yang saya mahukan, saya perlu bertanyakan beberapa soalan. Saya memberikan komitmen yang tinggi dalam tugasan dan apa yang saya mahukan adalah sedikit rasa hormat. Saya mempunyai kontrak selama dua tahun, sudah pasti saya akan kekal jika mendapat jawapan yang diingini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kekalahan pertama Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin.


Malah bekas pemain West Ham United itu enggan mengulas mengenai aksi Onyekachi dengan berkata: “Saya tidak mahu komen, saya tidak tahu dia, saya tengok dia setengah jam dan bukan saya untuk menilai dia. Anda mesti faham, saya boleh menilainya jika dia sudah seminggu bersama saya.” “Saya kecewa dengan ketiadaan Ghaddar, dia pemain yang baik walaupun tidak menjaringkan gol. Saya mendapat maklumat ada pemain lain menggantikannya. Saya kena hormat keputusan itu,” katanya.


Sementara itu Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi sistem pesanan ringkasnya berkata tiada penjelasan dan komen akan diberikan sehingga jawatankuasa pengurusan bermesyuarat.

Menurutnya lagi, semua perlu berjalan seperti biasa dengan Butler perlu menumpukan kepada tugasnya dan pengurusan akan terus diberi kepercayaan seperti biasa.

President Warriors Turun Pertemuan Ketiga.


Skuad Liga Simpanan Kelantan, President Warriors turun aksi ketiga Liga Presiden Malaysia 2012 menentang T-Team FC di Kompleks Sukan Gong Badak, petang ini.


T-Team junior bukan satu lawan yang mudah namun jika diambil kira rekod pertemuan musim lepas di gelanggang lawan, Sang Kijang dijangka tidak melalui laluan sukar.

Menurut sumber pasukan yang ditemui, kesemua pemain utama bebas dari masalah kecederaan serta pengantungan dan pemain seperti Aris, Asif dan Norsyahrul bakal diturunkan dalam kesebelasan pemain pada perlawanan petang nanti.

Masih segar dengan dua kemenangan yang diraih pada perlawanan sebelum ini, anak buah Hashim Mustapha wajib mencatatkan pungutan tiga mata ke atas T-Team untuk terus kekal menerajui carta kumpulan.

Pada perlawanan sebelum ini, President Warriors mengutip mata penuh dalam dua perlawanan selepas membenam cabaran SSTMI 1-0 dan SDM Pulau Pinang dengan 3-0.

Rabu, 15 Februari 2012

Debut Pertama Onyekachi Nwoha.


Penyerang import asal Nigeria, Onyekachi Nwoha melakukan debut pertama bersama pasukan Kelantan ketika tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pemain yang pernah beraksi dengan kelab Ukrainian dimasukkan pada babak kedua namun gagal memberi impak untuk membantu Sang Kijang mencari jaringan.

Malahan aksi yang ditunjukkan pemain ini turut dipertikaikan penyokong kerana langsung tidak berupaya membantu pasukan saat ketinggalan dua jaringan kepada Selangor.

Bagaimanapun, dengan pintu perpindahan pemain sudah tertutup rapat, Nwoha begitu diharapkan untuk menajamkan lagi jentera serangan Kelantan yang kini hanya mengharapkan sentuhan penyerang tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha

Mungkinkah Butler Letak Jawatan?


Khabar tidak enak dalam kem Kelantan berterusan selepas ketua jurulatih pasukan, Peter James Butler dilaporkan akan meletak jawatan.


Berita itu mula timbul selepas kekalahan kali pertama The Red Warriors kepada Selangor dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Ia ada kaitan dengan campur tangan dalam pengurusan skuad oleh pihak atasan menyebabkan Butler mengambil keputusan drastik untuk melepaskan kerusi panas tersebut.

Jika benar dia meletak jawatan, ini kali kedua Butler bertindak demikian kepada pasukan Kelantan selepas turut berbuat begitu pada tahun 2009.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), beliau telah memberi kata dua kepada Butler sama ada kekal atau berhenti selepas mendengar ulasan yang dikeluarkan Butler.

Pihak KAFA juga bersedia memberi peluang kepadanya untuk kekal dan bersedia melepaskan ketua jurulatih berasal dari England tersebut jika dia tidak berpuas hati dengan dasar persatuan.

Untuk rekod, Butler merupakan jurulatih yang membawa Kelantan ke pentas final Piala FA pada tahun 2009 setelah hampir 40 tahun tidak menjejakkan kaki ke saingan terakhir

Subra Lakar Jaringan Pertama.


Pertahanan Kelantan dan Malaysia, S. Subramaniam menjaringkan gol pertama selepas tiga tahun berbakti dengan The Red Warriors.


Biarpun jaringan yang dilakukan pada minit akhir perlawanan ketika melawan Selangor gagal membantu Sang Kijang membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata tetapi ia tetap merupakan satu moral terbaik buat pemain ini untuk terus sukses bersama Kelantan.

Pemain yang selesa digelar Subra oleh para penyokong merupakan salah seorang pemain luar yang setia kepada Kelantan dan sentiasa mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Subra di laman sosial Facebook, dia menujukan jaringan pertama tersebut kepada ibu tercinta.

Diharapkan dengan jaringan yang dilakukan pada perlawanan semalam akan membangkitkan lagi semangat pemain ini untuk terus maju bersama pasukan Kelantan sehingga ke peringkat asia.

Selangor Lebur Rekod Tanpa Kalah Kelantan.


Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam tujuh perlawanan Liga Super apabila mengatasi pendahulu carta dengan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Dua jaringan Safiq Rahim dan Bosko Balaban sudah cukup buat anak buah Irfan Bakti mengutip tiga mata penuh keatas pasukan pelawat.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain import, Selangor jelas menguasai babak perlawanan dengan asakan bertali arus ke arah kubu The Red Warriors namun ketumpulan penyudah gagal menjelmakan jaringan.

Pada babak pertama, Selangor banyak mengatur percubaan merbahaya tetapi gagal menembusi benteng kawalan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang kadangkalan melancarkan serangan balas bagaimanapun turut mempunyai peluang terbaik melalui tandukan bebas Indra Putra Mahayuddin namun penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali bijak melayangkan badan menumbuk keluar.

Seminit bersambung babak kedua, tuan rumah mendapatkan jaringan apabila kesilapan pertahanan Kelantan memberikan peluang kepada Safiq Rahim melepaskan satu sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk gol pertama perlawanan.

Ketika Sang Kijang rancak mengatur gerakan memburu jaringan penyamaan, Bosko Balaban hadir tepat pada masanya untuk jaringan kedua Selangor pada minit ke-75 hasil gerakan cantik yang dilakukan dari kawasan tengah.

Jaringan kedua menyemarakkan semangat Selangor apabila mengatur beberapa lagi percubaan bahaya melalui Amri Yah Yah dan Fitri Syazwan namun gagal menambah jaringan.

Usaha Kelantan untuk mencari gol saguhati berhasil pada masa minit pertama masa tambahan apabila bermula dari sepakan sudut, S. Subramaniam bingkas melakukan sepakan dari jarak dekat terbias kepada P. Gunalan sebelum menerjah jaring.

Bagaimanapun jaringan tersebut sudah terlambat untuk Kelantan mengejar tuan rumah dengan Selangor akhirnya menamatkan badi tiga tahun untuk menewaskan The Red Warriors.

Selasa, 14 Februari 2012

HASRAT PRESIDEN KAFA TAN SRI ANUAR MUSA

Nampaknya hasrat kita nak tengok match AFC CUP 6hb mac ni dikota bharu tipis akibat sikap tak bersungguh pihak tertentu utk upgrade lampu stadium..RASANYA TAK REDZA NAK GI TUMPANG NEGERI ORANG MCM PELARIAN..tp apakan daya negeri sendiri TIADA KEUPAYAAN...nampaknya kita kena mintak main ptg..biarlah tak selesa pun..AMBO LEBIH SEDAK MAIN DIBUMI KITA SENDIRI..


Ringkas : Badri Dituntut Kekal Konsisten.


Penyokong Kelantan mengharapkan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dapat mengekalkan konsistensi dalam perlawanan getir menentang Selangor di Bukit Jalil, malam ini.


Badri merupakan pemain tonggak utama ketika mencatatkan beberapa kemenangan keatas pihak lawan sejak 2010.

Justeru itu, dia diminta terus bermain dengan cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Mahu atau tidak, Badri wajar memberikan persembahan terbaik setelah berjaya bangkit dari beberapa kritikan peminat ekoran prestasi merudum pada musim lepas.

Tiada yang diharapkan kepada ketua pasukan Kelantan ini selain mengawal kawasan tengah dengan berkesan serta dapat melakar jaringan saat diperlukan pasukan.

Misi Berbeza Dua Red.


Selangor dan Kelantan turun dengan misi berbeza dalam saingan Liga Super 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Kedua-dua pasukan merupakan musuh tradisi sejak tiga tahun kebelakangan dan tugasan yang dipikul Selangor dilihat sedikit sukar untuk memecahkan badi tanpa menang ke atas The Red Warriors sejak 2010.

Bagi Kelantan, bukan sahaja kemenangan mahu dicatatkan malahan rekod tanpa kalah selepas tujuh perlawanan sudah tentu mahu dipertahankan.

Pada perlawanan malam ini dikhabarkan kedua-dua pasukan akan menurunkan barisan terkuat yang dimiliki mereka untuk membawa pulang tiga mata.

Selangor bakal diperkuatkan kembali dengan dua tonggak import manakala Kelantan turun diperkuatkan dengan dua pemain import yang baru dikontrakkan untuk mengantikan dua pemain sebelum ini.

Selain itu, pertarungan Selangor dan Kelantan turut akan mempertaruhkan tenaga tempatan dimana pemain seperti Norshahrul, Shakir, Badri Radzi, Indra dan Norfarhan akan menghadapi pemain tempatan tuan rumah yang diketuai oleh Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal.

Perlawanan ini turut akan menjadi pertarungan peribadi antara dua pengendali yakni Haji Irfan Bakti dan juga Peter James Butler.

Siapa yang akan menang masih sukar untuk dijangkakan tetapi diharapkan kedua-dua pasukan mampu memberi persembahan bermutu sehingga wisel penamat dibunyikan.

Nwoha Ganti Ghaddar.


Aksi Ghaddar ketika menewaskan musuh tradisi, Terengganu merupakan aksi terakhir penyerang import dari Lubnan itu untuk The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia.


Menurut maklumat yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, tempat Ghaddar akan diberikan kepada penyerang import dari Nigeria, Onyekachi Nwoha.

Pemain yang pernah beraksi dalam Liga Hungary baru dikontrakkan Kelantan untuk bersama pasukan dan menjadi import kedua mengantikan pemain sedia ada.

Sebelum ini, KAFA bertindak menggugurkan Antwi ke skuad Piala AFC manakala Zakaria dan Okinne diberi secara pinjaman kepada Kuala Lumpur memberikan satu tempat kepada Obinna Nwaneri beraksi dalam Liga Super.

Ahad, 12 Februari 2012

Sidang Media TSAM : KARNIVAL ARMY 2012.


Dalam sidang media oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang diadakan pada 11 Februari di THE RED WARRIORS STATION @ K.T.C., beliau telah mengumumkan penganjuran karnival berkenaan, dijadualkan pada 25 Februari 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu.


Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk karnival ini adalah Kejohanan Liga Bola Sepak ARMY, yang melibatkan semua chapter bagi kategori bawah 14 dan bawah 16 tahun.

Selain daripada itu, acara-acara sampingan yang dikendalikan oleh penaja-penaja TRW turut diadakan di tapak utama karnival di Dataran SSM4.

Pengunjung-pengunjung boleh mendapatkan kupon tiket bernilai RM2 yang dijual di kaunter-kaunter tiket stadium dan juga melalui Mamee Double Decker (Mister Potato).

Kupon ini membolehkan mereka masuk ke stadium untuk menonton dua perlawanan bola sepak yang melibatkan Pasukan Kenamaan (VVIP) dan Pasukan Selebriti/Artis (diuruskan oleh HotFM), dan satu perlawanan persahabatan Antarabangsa di antara TRW dengan sebuah kelab luar negara yang bakal diumumkan kelak.

Acara selingan yang memaparkan simbolik perpaduan penyokong dan pasukan turut dirancang bersama Kelab Penyokong dan Pemain TRW. Acara ini akan menjadi selingan di antara dua perlawanan bola sepak berkenaan.

Menariknya, 200 penonton yang hadir bakal menerima pelbagai hadiah yang ditawarkan oleh penaja-penaja TRW.

Penonton yang bertuah memenangi hadiah utama, akan berpeluang bersama Presiden dan beberapa pemain TRW yang terpilih untuk diterbangkan ke Mancester United bagi menonton perlawanan di Old Trafford. Hadiah utama ini ditaja sepenuhnya oleh Mister Potato yang juga merupakan penaja kepada pasukan Manchester United.

Menyentuh tentang pemain import pasukan Kelantan, Presiden memaklumkan Obinna dan Ghaddar akan bermain untuk Liga Super, sementara Antwi di Kejohanan AFC.

KAFA akan mengambil pendekatan melihat sendiri prestasi pemain import dan berunding dengan kelab yang diwakili mereka untuk pembelian bagi mengisi kekosongan satu lagi kuota pemain import.

Proses penilaian dan pengambilan pemain import ke 4 ini akan berlangsung sehingga bulan April dan pemain kelab-kelab dari Brazil, Jepun, Sepanyol dan Itali menjadi pilihan

Aksi Obinna Pikat Penyokong Kelantan.


Aksi pemain import terbaru Kelantan, Obinna Nwaneri memikat hati penyokong setia The Red Warriors.


Apa tidaknya, dua perlawanan yang dilalui bersama Sang Kijang setakat ini dia beraksi dengan begitu menyerlah biarpun masih tidak mencapai tahap kecergasan 100%.

Dia yang diikat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi mengantikan Danny Antwi nyata tidak mengecewakan kerana keberkesanan yang ditunjukkan membolehkan The Red Warriors mempertahankan banyak serangan yang cuba dilakukan pasukan lawan.

Obinna bukan sahaja mampu mengawal kawasan benteng dengan begitu kemas malahan mampu berkomunikasi dengan baik bersama pemain pertahanan lain untuk membentuk jaringan kukuh di kubu terakhir.

Tanpa segan, para penyokong Kelantan yang ditemui selepas dua perlawanan memuji kredibiliti yang ditunjukkan Obinna dan berharap dia dapat terus mengunakan pengalaman yang ada untuk membantu Kelantan dengan memberikan aksi terpuji dalam perlawanan selepas ini.

Laporan Ringkas : Kelantan Atasi Terengganu.


Kelantan mengatasi Terengganu 2-1 dalam perlawanan sejirang saingan Liga Super 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Dua jaringan melalui Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badri Radzi memberikan tiga mata penuh kepada The Red Warriors yang beraksi di depan hampir 15 000 penyokong setia.

Pada babak pertama bagaimanapun tidak mudah kepada Kelantan untuk melakar jaringan selepas Terengganu bijak menyerap asakan demi asakan untuk menafikan beberapa serangan merbahaya tuan rumah.

Sebaliknya pasukan pelawat terlebih dahulu mengancam melalui dua percubaan bahaya melalui jentera serangan mereka yang diketuai Francis Doe dan Hadi Yahya.

Kelantan pula yang kadangkala mengatur serangan bagaimanapun berjaya didepan pada minit ke-36 selepas rembatan Norshahrul Idlan Talaha terbias pertahanan Terengganu sebelum menerjah jaring untuk gol pertama perlawanan.

Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan buntu untuk melakukan jaringan sebelum wisel dibunyikan pengadil perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kelantan tidak menunggu lama menjaringkan gol kedua, kali ini menerusi tandukan padu dari jarak dekat Mohd Badri Radzi selepas menerima hantaran daripada Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-51.


Kelantan hampir menambah jaringan pada minit ke-85 namun sepakan penalti Mohamad Ghaddar berjaya ditepis keluar oleh Sharibinee Alawee.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung, Ashaari Shamsudin bijak melepasi kawalan pemain pertahanan Kelantan sebelum merembat kencang untuk gol saguhati pasukan pelawat.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan kekal di persada Liga Super dengan mengutip 17 mata berbanding Terengganu di tempat ketiga.

Sabtu, 11 Februari 2012

"Big Screen" Liga Super Malaysia 2012: Kelantan lwn Terengganu


ANJURAN KDN - SHAH ALAM

Program "Big Screen" Liga Super Malaysia 2012: Kelantan lwn Terengganu (Live Astro Arena 801) anjuran Kelate.Net dengan kerjasama dari Kumpulan Media Karangkraf dan gabungan kelab penyokong serta pertubuhan anak Kelantan di Lembah Kelang. Sila datang beramai-ramai bersama keluarga, sila bawa tikar untuk kemudahan anda duduk.

Program ini juga bermatlamatkan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, perpaduan, persaudaraan serta persahabatan antara anak-anak Kelantan yang berada di lembah kelang dan kawasan sekitarnya.

Alamat tempat Program:

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Ofdf Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinate : 3.059418,101.516569

Gomo Kelate Gomo.

Maklumat Lanjut: http://www.facebook.com/events/237081383046010/

Misi Balas Dendam



KOTA BHARU – Ada yang menganggap ia pertembungan untuk menjaga maruah pasukan malah tidak kurang juga menggatakan ia pertemuan dua musuh tradisi namun hakikatnya perseteruan kedua-dua pasukan, Kelantan dan Terengganu dalam kancah bola sepak tempatan sememangnya tidak dapat dielakkan lagi.

Itulah yang menarik dalam memperkatakan pertembungan dua Gergasi Pantai Timur yang juga merupakan penyandang juara dan naib juara liga musim lalu dalam perlawanan ketujuh Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Rekod pertemuan musim lalu menyaksikan kedua-dua pasukan berentap dalam lima perlawanan pada tiga pentas kejohanan berbeza. Dalam saingan Liga Super, Kelantan sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 di Kota Bharu namun membuktikan kehebatan luar biasa dengan memalukan Sang Penyu 3-0 dalam aksi timbal balik di Kuala Terengganu.

Begitupun, Terengganu berjaya menebuskan kehampaan mereka mengalahkan Kelantan 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA pada 11 Jun tahun lalu. Kekalahan tersebut ternyata memilukan bagi The Red Warriors setelah kempunan untuk meraih kejuaraan piala tersebut buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Malah Terengganu terus menjadi penghalang kepada cita-cita besar Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia pada musim lalu. Kelantan ditunjukkan jalan keluar lebih awal pada saingan suku akhir setelah tewas 1-3 di Kuala Terengganu dan gagal bangkit di Kota Bharu pada perlawanan suku akhir kedua setelah diikat seri 2-2.

Malam ini, kedua-dua pasukan bakal turun beraksi dalam perlawanan ketujuh Liga Super di Kota Bharu. Bagi Kelantan, pertemuan menentang Terengganu merupakan kesempatan terbaik untuk membalas dendam setelah dikecewakan dalam dua kejohanan berbeza pada musim lalu.

Bukan itu sahaja, malah The Red Warriors berpeluang untuk kekal selaku satu-satunya pasukan tunggal tanpa kalah dan merampas kembali gelaran pendahulu liga yang terlepas kepada Perak tiga hari lalu seandainya mampu mengatasi Terengganu malam ini.

Namun itu tidak semudah yang disangkakan kerana anak buah Peter Butler sudah pasti akan mengharungi tempoh 90 minit yang begitu sukar pada perlawanan malam ini. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan percaturan taktikal jurulatih, Mohd Zan Mat Aris malah kehebatan pemain import, Francis Forkey Doe yang kian hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Sentuhan pemain import dari Liberia itu begitu ‘menjadi’ apabila dia kini meledak lima gol daripada empat perlawanan setakat ini. Tetapi Kelantan juga tidak harus lupa kelibat pemain tempatan Terengganu seperti Mohamad Ashaari Samsudin dan Abdul Manaf Mamat yang boleh memalukan impian The Red Warriors di hadapan penyokong sendiri malam ini.

Benteng pertahanan Kelantan yang bakal diterajui bekas pemain pertahanan Nigeria, Obinna Nwaneri bersama rakan sepasukan yang lain harus bekerja lebih keras bagi mengekang asakan rangkaian penyerang Terengganu itu.

Malah jentera tengah yang diketuai jeneral padang, Mohd Badhri Radzi bersama-sama Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Shakir Shaari perlu beraksi lebih efektif bagi mencipta gerakan merbahaya untuk Kelantan.

Sementara itu sentuhan Norshahrul Idlan Talaha atau terkenal dengan jolokan ‘The Linesman’ bersama gandingannya, Mohammed Ghaddar sudah pasti ditagih dalam usaha mereka merobek pintu gol Terengganu yang dikawal oleh Mohd Sharbinee Allawee Ramli pada malam ini.

TRW Mudah Atasi Junior.


Skuad Senior Kelantan mudah menewaskan President Warriors 4-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, petang tadi.


Perlawanan diadakan sempena sesi memanaskan badan bagi Kelantan sebelum turun aksi Liga Super menentang Terengganu selain ujian pertama keatas pemain import dari Portugal, Miguel De Pina.

Dalam perlawanan petang tadi, Kelantan menurunkan barisan pemain simpanan tidak mudah mengatur gerakan sehinggalah menjaringkan gol pertama melalui tandukan Miguel De Pina.

Gol kedua dijaringkan Danny Antwi sebelum Miguel menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga kepada pasukan Kelantan.

Rizal Fahmi Rosid melengkapkan perlawanan dengan jaringan keempat melalui rembatan jarak jauh.

Terengganu Bukan Lawan Mudah.


Terengganu bukan lawan mudah jika Kelantan mahu mengutip tiga mata penuh dalam aksi Liga Super 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Menurut sumber pasukan yang ke Kuala Terengganu menyaksikan perlawanan Sang Penyu menentang PKNS, The Red Warriors bakal menghadapi laluan sukar untuk mencapai kemenangan andai dilihat pada kekuatan semasa pasukan lawan.

Terengganu mempunyai kelebihan di bahagian "midfield" dan setiap pemain mereka mampu untuk melakar jaringan.

Berbanding Kelantan, pasukan pelawat dilihat lebih berdisiplin mengatur serangan malahan dapat melancarkan serangan balas pantas kerana memiliki ramai pemain yang berkaliber, jelasnya.

Justeru itu, semua pemain Kelantan perlu berwaspada selain mengurangkan kesilapan minima serta tidak mudah hilang fokus jika tidak mahu kehilangan mata.

Khamis, 9 Februari 2012

Laporan Perlawanan : Sabah Ikat The Red Warriors.


Sabah menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengikat Kelantan 0-0 di Stadium Likas, malam tadi.


Bermain didepan ribuan penyokong setia, Sabah nyata menguasai sepenuh masa permainan apabila melancarkan serangan bertali arus untuk membolosi gawang Sang Kijang.

Namun Kelantan terlebih dahulu membuat percubaan melalui sepakan tersasar Mohd Badri Radzi seawal minit ke-3.

Pada minit ke-12, Norshahrul Idlan Talaha gagal menggunakan kesempatan berdepan situasi satu lawan satu dengan Syed Adney apabila sepakannya terkena jaring tepi sebelah kiri pintu gol Sabah.

Seminit berselang, Shahrudin Yakup memulakan pesta serangan ke arah kubu pelawat melalui percubaan padu dari jarak 25 meter namun Khairul Fahmi lebih bersedia menyelamatkan keadaan.

Memasuki minit ke-18, Shahrudin sekali lagi mencemaskan benteng Kelantan dengan sepakan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi terus menjadi penyelamat dengan aksi "super save".

Tidak lama kemudian, giliran Bobby Gonzalez melakukan percubaan volley dari jarak dekat namun Daudsu pantas menampan didalam kotak penalti untuk menyelamatkan gawang.

Serangan Sabah tidak terhenti disitu, kali ini tandukan penyerang import dari Australian, Micheal Baird pantas ditepis keluar Khairul Fahmi pada minit ke-24.

Baird pantas menghadirkan ancaman ke kubu Kelantan dengan memanfaatkan kesilapan awal Indra dan Obinna pada minit ke-28 tetapi gagal membolosi gawang pelawat.

Mereka terus kecewa apabila dinafikan sepakan penalti pada minit ke-32 selepas Baird dikasari S. Subramaniam.

Selang seminit selepas itu, Khairul Fahmi lebih pantas keluar untuk menumbuk keluar serangan yang diatur oleh Shahrudin Yakup kepada Bobby Gonzalez.

Peluang terbuka Kelantan untuk melakukan jaringan adalah melalui situasi satu lawan satu Ghaddar pada minit ke-34 selepas menerima hantaran jauh Shakir tetapi Syed Adney bijak menampan keluar.

Enam minit selepas itu, sepakan Ghaddar dari dalam kotak penalti tersasar keluar.

Percubaan Bobby Gonzalez melalui sepakan rendah dari jarak dekat hanya meniti diatas garisan gol sebelum keluar pada minit ke-42 menutup tirai babak pertama tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak memburu jaringan pertama namun tidak berjaya menembusi kawasan terakhir masing-masing.

Bagi menambah sengat, Ghaddar dikeluarkan dengan memasukkan Ramzul Zahini Adenan.

Kemasukan Ramzul membuka ruang kepada Norshahrul Idlan serta Norfarhan bergerak lebih bebas dalam kawasan Sabah namun setiap gerakan mereka mudah dibaca oleh pertahanan Sabah.

Sabah yang tertekan dengan serangan Kelantan merubah corak permainan dan mula menguasai perlawanan.

Hasil satu serangan balas, Micheal Baird melepasi kawalan tiga pemain Kelantan sebelum melepaskan satu rembatan rendah dari jarak 30 meter tetapi dinafikan dengan pantas oleh Khairul Fahmi.

Memasuki minit terakhir masa perlawanan, Sabah dilihat lebih menguasai perlawanan melalui percubaan bahaya yang diterjemahkan oleh gerakan Baird, Zainizam Marjan dan pemain gantian, Shahrul Azhar Ture.

Peluang terbaik mereka untuk mencatatkan kemenangan diperoleh pada minit terakhir masa tambahan bagaimanapun gagal disempurnakan Alphonso apabila rembatan kencang dari luar kotak penalti terkena tiang gol sebelah kiri.

Kesebelasan Utama:

Sabah : Justin Ganai
Syed Adney (Gk), Mohd Rethaudin (Kp), Ronny Harun, Alto Linus, Sumardi Hajalan (Shahrul Azlan Ture), Mohd Fariss Azlan, Zainizam Marjan, Brendan Gan, Bobby Gonzalez (Leopold Alphonso), Micheal Baird dan Shahrudin Yakup.

Kelantan : Peter James Butler
Khairul Fahmi (Gk), S. Subramaniam, Obinna Nwaneri (Farisham Ismail), Aziz Ismail, Daudsu Jamaludin, Mohd Badri Radzi (Kp), Indra Putra, Shakir Shaari (Rizal Fahmi Rosid), Norfarhan Mohamed, Mohamad Ghaddar (Ramzul Zahini) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Statistik

Gol
Sabah 0-0 Kelantan

Percubaan
Sabah 17-9 Kelantan

Kad Kuning
Sabah 4-7 Kelantan

Kad Merah
Sabah 0-0 Kelantan

Offside
Sabah 5-4 Kelantan

Posisi Bola (%)
Sabah 55-45 Kelantan

Catatan Popular