KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 3 Februari 2012

Perasmian Jersi AFC di Stadium.


Perasmian Jersi Piala AFC Kelantan 2012 akan diadakan pada pertemuan persahabatan menentang Balestier Khalsa FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Menurut pihak penaja jersi, Warriors, pelancaran akan disempurnakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Pada pelancaran tersebut, Annuar bersama pemain skuad Kelantan akan berarak masuk ke padang perlawanan dengan jersi Piala AFC sebelum perlawanan dimulakan.

Semua penyokong Kelantan dijemput hadir ke stadium untuk menyaksikan perasmian pelancaran jersi dan juga perlawanan persahabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular