KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 3 Februari 2012

Obinna, Okocha Dijangka Turun.


Obinna Nwaneri dan Samad Abdul Awudu Okocha akan diturunkan buat kali pertama dalam aksi persahabatan melawan Balestier Khalsa FC, malam esok.


Berdasarkan sesi latihan terakhir yang dijalankan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler dilihat cenderung untuk menurunkan dua pemain ini dalam kesebelasan utama pasukan.

Obinna yang beraksi di posisi pertahanan manakala Okocha pula dijangka bakal digandingkan dengan Danny Antwi untuk mengempur kubu pasukan Balestier.

Kedua-dua pemain dilihat selesa menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan lain malah mampu membuat komunikasi biarpun kali pertama bersama skuad The Red Warriors.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular