KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 7 Februari 2012

TRW Uji Pemain Import Baru.


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menguji pemain import baru dari Portugal, Miguel De Pena.


Menurut sumber Pengurus Pasukan, Miguel bermain di kelab Liga Portugal dan mempunyai ketinggian 188 cm.

Dia diambil KAFA bagi mengantikan Samad Awudu Okocha yang terpaksa dihantar pulang kerana gagal menepati piawaian ditetapkan.

Pemain ini mempunyai pengalaman luas dalam sukan bola sepak dan KAFA akan menguji terlebih dahulu Miguel untuk mengukur sama ada dia layak atau tidak disenaraikan dalam skuad The Red Warriors.

Miguel De Pena dijangka tiba di Kuala Lumpur esok dan akan menerima ujian daripada pihak pengurusan pasukan dengan kadar segera sebelum tarikh akhir pendaftaran tamat 13 Februari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular