KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 2 Februari 2012

Harimau Malaya Baham Sang Kijang.


Harimau Malaya mudah membelasah Kelantan 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Mempertaruhkan barisan terbaik himpunan pemain dari seluruh negara, Sang Harimau tidak menoleh ke belakang untuk menewaskan juara Liga Super yang menurunkan hampir separuh pemain simpanan

Bermain didepan ribuan penyokong kedua-dua pasukan, Harimau Malaya terlebih dahulu didepan melalui jaringan Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36.

Tidak lama kemudian, penyerang berasal dari Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah mengandakan kedudukan kepada 2-0.

Pada babak kedua, S. Kunalan pula mengejutkan Sang Kijang dengan jaringan ketiga pada minit ke-65.

Sisa-sisa kebangkitan Kelantan terpadam terus pada minit ke-81 apabila Abdul Hadi Yahya menambah jaringan keempat pasukan sebelum Mohd Izuan Salahudin melengkapkan malam serba tidak menjadi The Red Warriors dengan jaringan kelima dan terakhir perlawanan pada minit ke-88.

Selepas ini, Kelantan akan menanti kunjungan Balestier Khalsa FC di Kota Bharu untuk perlawanan persahabatan sebelum turun aksi seterusnya Liga Super di Stadium Likas menentang Sabah. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular