KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 November 2011

Kelantan Atur Enam Perlawanan Persiapan Pra Musim.

Pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus komited untuk memperkuatkan pasukan sebelum aksi Liga Malaysia 2012 apabila mengatur enam perlawanan persahabatan bermula 18 November ini.


Menurut Presiden, Tan Sri Annuar Musa, perlawanan pertama pada tarikh 18 November ialah menentang Skuad Kebangsaan Maldives di Kuala Lumpur.

Dua hari kemudian, pasukan Kelantan diketuai ketua jurulatih Peter James Butler akan bertolak ke Singapura untuk dua perlawanan persahabatan dengan Balestier Khalsa FC dan sebuah kelab dari liga S pada 20-23 November.


Seterusnya, mereka akan kembali ke Lembah Klang dan mengatur tiga lagi pertemuan pra musim sehingga 1 Disember menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Negeri Sembilan dan Perak.

Dalam perkembangan lain, pihak KAFA masih dalam proses rundingan dengan seorang lagi pemain import untuk memenuhkan kuota empat pemain seperti yang telah ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Selain itu, tiga pemain import yang telah ditandatangani kemungkinan besar akan menyertai pemain Kelantan yang lain untuk mengharungi kesemua perlawanan persahabatan yang telah diatur

sumber:redsfcnews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular