KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 31 Julai 2010

"Saya Akur Sekiranya Tidak Terpilih"

emel

"Saya anggap FAM sebagai 1 keluarga yang saling memerlukan diantara satu sama lain, sekiranya saya tidak terpilih untuk jawatan ini, saya akur dan akan terus memberi komitmen saya pada FAM, apa yang paling penting saya akan terus memajukan industri bola sepak Kelantan lebih dari apa yang dicapai sekarang, tidak timbul saya akan kecewa mahupun tidak akan memberi komitmen pada FAM sekiranya tidak tercalon, mungkin matlamat dan impian saya tidak dapat dicurahkan untuk negara, saya terus komited mencurahkannya untuk Kelantan. Yang paling penting apa yang dirasai penyokong bolasepak Kelantan, akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya saya terpilih atau plan serta idea saya diterima sekiranya tidak terpilih" Ujar Tan Sri Annuar Musa ketika ditemuramah.

Bagi menjayakan pembangunan bolasepak Kelantan terus cemerlang, KAFA telah memperuntukkan RM10,000 bagi 10 daerah dalam mengadakan dan mengembalikan liga-liga di peringkat daerah untuk generasi berumur bawah 12 tahun. KAFA juga turut akan menambah 1 lagi kejohanan iaitu kejuaraan kelab-kelab seluruh Kelantan selain daripada kejohanan sedia ada seperti Piala Presiden KAFA. KAFA menjangkakan lebih 2000 kelab seluruh Kelantan bakal menyertai kejuaraan liga kelab-kelab seluruh Kelantan ini sepertimana yang telah dicapai dalam penganjuran liga DUN oleh kerajaan negeri. Liga DUN telah ditutup dan diganti liga yang bakal diperkenalkan KAFA ini.

KAFA menggalakkan semua kelab bolasepak seluruh Kelantan menyertai kejuaraan ini, selain memberi peluang kepada semua pemain berbakat seluruh Kelantan menampilkan bakat masing-masing dan berkemungkinan terpilih menyertai pasukan bolasepak KAFA.

Ketika ditanya berkenaan program umrah bersama The Red Warriors, beliau memberitahu lebih 60 orang termasuk 40 orang daripada pihak KAFA akan menyertai rombongan umrah yang dijangka berlepas 8/8/2010 nanti. Beliau turut mengingat bahawa pemergian beliau dibawah tanggungan beliau sendiri dan hanya pemain dan pengurusan yang beraksi pada tahun 2009 sahaja yang mendapat tajaan kerajaan negeri seperti yang dirancang. Selain umrah, skuad The Red Warriors juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan daripada Mesir dan turut mengadakan sessi ramah mesra bersama pelajar-pelajar dan peminat The Red Warriors di Timur Tengah. Beliau mengajak semua pelajar dan peminat The Red Warriors agar memeriahkan kunjungan umrah dan ramah mesra skuad The Red Warriors di sana nanti.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular