KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 31 Julai 2010

Kelantan Berpesta Gol

emel

Babak awal perlawanan sudah menunjukkan penguasaan mutlak Kelantan apabila gerakan demi gerakan diatur untuk mencari gol pendahuluan.

Namun KL Plus lebih berpeluang untuk berada didepan apabila hantaran lintang pemain mereka ditampan S. Subramaniam kedalam pintu gol tetapi Syed Adney bertindak pantas menggunakan tubuhnya menahan bola diatas garisan gol pada minit ke-5.

Serangan pertama Kelantan hadir melalui Norshahrul Idlan Talaha namun hantaran dari bawah oleh S. Subramaniam gagal dimanfaatkan setelah bola tersebut terlebih dahulu disepak keluar penjaga gol KL Plus, Razi Effendi Suhit.

Selepas itu, Akmal pula melepaskan peluang didepan gol apabila lambat menyempurnakan hantaran dari Khairan Eroza pada minit ke-9.

Gol yang dinantikan akhirnya tiba pada minit ke-14 apabila hasil satu sepakan sudut pendek Norfarhan, Khairan melakukan hantaran lintang kedalam kotak penalti kepada Azizi yang melompat tinggi menewaskan penjaga gol pelawat.

Lima minit kemudian, Indra berpeluang untuk menambah gol tetapi sepakan dari luar kotak penalti sedikit keluar dari sebelah kiri pintu gol KL Plus.

Diakhir babak pertama, jentera serangan Kelantan dan KL Plus buntu untuk mencari gol sebelum perlawanan ditamatkan.

Bersambung babak, Kelantan mengandakan serangan untuk memburu gol seterusnya tetapi gagal apabila Norhafiz Zamani kental mempertahankan kawasan mereka dari dicerobohi.

Tetapi segalanya berkecai pada minit ke-55 setelah Indra Putra pantas merembat kencang dari dalam kotak. Gol berpunca dari gerakan sebelah kiri pintu gol pelawat dan Indra yang keseorangan melakukan sepakan terus kedalam gawang menewaskan penjaga gol KL Plus buat kali kedua.

Selang lima minit kemudian, giliran Akmal Rizal pula meletakkan bola kedalam jaring setelah gerakan awal Norshahrul selepas melepasi perangkap offside berjaya memperdayakan Razi Effendi Suhit.

Selepas gol ketiga, Kelantan memperlahankan sedikit rentak perlawanan. Kelantan turut mengeluarkan Norshahrul untuk digantikan dengan Hairudin Omar.

Perlawanan berubah hambar selepas itu apabila beberapa gerakan tidak menjadi dan Sang Kijang akhirnya dihukum setelah hantaran lintang pemain tengah KL Plus disambar Rusydee Shamsudin menewaskan sama sekali Syed Adney pada minit ke-64.

Terkejut dengan gol pertama pelawat, Kelantan mengubah corak permainan dan kembali bertenaga melakukan beberapa serangan ke gawang KL Plus.

Bermula dengan percubaan Akmal Rizal dan Hairudin, dua peluang Indra serta Farhan turut gagal mencecah jaring.

Indra sekali lagi gagal menambah jaringan buat tuan rumah apabila sepakan kaki kiri sedikit tersasar.

KL Plus yang ketinggalan tidak mudah mengalah apabila beberapa kali mencuba untuk menjaringkan gol tetapi kebanyakan serangan mereka digagalkan dengan kekebalan pertahanan Red Warriors selain percubaan jarak jauh langsung tidak mengancam pintu gol.

Mungkin berpuas hati dengan tiga gol, Kelantan membuat dua pertukaran sekali gus memasukkan Rizal Fahmi dan Zairul Fitree untuk mengantikan Shakir dan Daudsu Jamaludin.

Kemasukan dua pemain ini memberi nafas baru apabila Kelantan melengkapkan malam gemilang mereka dihadapan lebih 18000 penyokong dengan gol keempat pada minit ke-85 melalui Norfarhan Mohamed. Gol berpunca dari hantaran lintang Akmal Rizal kedalam kotak penalti dan Norfarhan yang berseorangan tidak dikawal tangkas melakukan libasan menewaskan Razi Effendi Suhit.

Selepas gol tersebut, Kelantan masih berpeluang untuk menambah jaringan melalui Akmal Rizal dan Rizal Fahmi namun digagalkan dengan aksi menyelamat cemerlang dari Razi Effendi Suhit.

Tambahan masa tiga minit tidak memberi erti kepada KL PLus apabila serangan mereka gagal memberi tambahan gol manakala pemain Kelantan pula dilihat seakan sudah puas dengan empat jaringan sebelum perlawanan ditamatkan oleh pengadil bertugas memberikan Red Warriors tiga mata penuh dan Highway Warriors pula pulang hampa dendam lama tidak berbalas.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular