KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 24 Julai 2010

Testimoni dan Keyakinan Semua Pihak


Dato' Sri Shahidan Kassim:

YB DS. Shahidan ketika ditemui di Kangar, semalam berkata dia menarik diri kerana sudah diamanahkan memegang tiga jawatan besar yang lain iaitu Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia dan Persatuan Kabaddi Malaysia. Sebaliknya dia memberi sokongan padu Tengku Abdullah dan Annuar untuk memenangi jawatan kedua tertinggi dalam badan induk itu.

“Saya dan penyokong bola sepak Perlis sah akan beri sokongan penuh kepada Tengku Abdullah dan Annuar Musa untuk merebut jawatan itu. Kedua-dua tokoh ini layak membawa perubahan,” katanya.

Petikan Berita Harian 24 Julai 2010

YB Khairy Jamaluddin (Timbalan Presiden FAM)

"Kalau Kelantan, Tan Sri mampu membuat perubahan dari pasukan yang tercorot kini menjadi antara gergasi bola sepak Malaysia Malah mampu menjadikan bola sepak cemerlang dengan media baru dan industri baru di Malaysia, saya yakin Tan Sri mampu melakukan perubahan besar untuk FAM. Saya sedia membantu sekiranya diperlukan oleh Tan Sri, Saya doakan kejayaan Tan Sri dan pasukan Kelantan"

Petikan Bernama 19 Julai 2010


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Md Jais Sarday

"Pasukan yang kita berjaya membelasah seabad dulu sudah lama melangkah ke piala dunia, pasukan negara kita masih terkial-kial dalam saingan di peringkat Asia Tenggara dan Asia. Liga J iaitu liga Jepun yang baru diperkenalkan selepas Liga Malaysia bermula 20 tahun dulu sudah berjaya meninggalkan liga kita 20 tahun di belakang balik. Korea Selatan, Korea Utara dan Jepun yang menjadi belasahan kita di era 70-80an kini boleh membelasah kita tanpa lawan. Saya percaya sekiranya Tan Sri dipilih, beliau akan melakukan momentum atau ledakan yang sama impaknya untuk Kelantan dan Malaysia. Kita sendiri pun sedang meminta resipi kejayaan Tan Sri untuk skuad Johor"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular