KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 1 Januari 2012

Perlawanan Pra Musim 2012 : Hanya 35 Minit.

Kelantan dan Terengganu terikat 0-0 dalam perlawanan persahabatan pra musim 2011 yang berlangsung selama 35 minit di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Bermain dalam keadaan padang becak akibat hujan lebat sebelum perlawanan bagaimanapun bermula rancak apabila masing-masing mengatur serangan pantas kearah pintu gol pihak lawan

Namun Terengganu lebih berpeluang pada minit ke-2 apabila hantaran dari kawasan tengah membolehkan Francis Forke Doe melepasi perangkap offside tetapi gagal menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di pintu gol tuan rumah.

Terkejut dengan asakan pertama Sang Penyu, Kelantan melajukan tempo untuk memecah benteng pertahanan Terengganu namun berdepan kesukaran melakukan percubaan.

Terengganu sebaliknya berjaya melakukan serangan balas hasil gerakan tiga serangkai dimulai Ismail Faruqi bersama Shukor Jusoh membuka ruang cukup luas buat Ashaari melakukan sepakan lencong sedikit tersasar dari pintu gol Kelantan.

Kelantan turut mengacah kubu pelawat dengan sepakan mengelirukan Mohamad Ghaddar pada minit ke-26 tetapi Sharbinee Alawee bijak menyelamatkan keadaan.

Selepas itu, perlawanan berubah sedikit tegang ekoran kekasaran Erison Da Silva keatas Norshahrul Idlan Talaha memaksa pengadil perlawanan, Mohd Izani Said melayangkan kad kuning pertama.

Keadaan bertambah panas selepas itu apabila berlaku sedikit perselisihan faham diantara Shakir Shaari dan Francis Doe menyebabkan pengadil perlawanan memanggil kedua-dua pemain untuk diberi amaran lisan.

Memasuki minit ke-35, hujan semakin lebat menyebabkan pegawai kedua-dua pasukan meminta pengadil menghentikan perlawanan kerana bimbang dengan keadaan padang becak yang menganggu corak permainan selain mengelakkan kecederaan kepada pemain.

Pengadil yang bersidang selepas itu bersetuju menangguhkan perlawanan selama dua puluh minit tetapi pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tegas untuk membatalkan perlawanan dengan keputusan terus kekal 0-0.

Kesebelasan Pemain

Kelantan: Peter James Butler
Khairul Fahmi (GK), Azizi Mat Rose, S.Subramaniam, Shakir Saari (KP), Norshahrul Idlan Talaha, Norfarhan Mohamad, Indra Putra Mahiyudin, Zamri Ramli, Daudsu Jamaluddin, Denny Antwi dan Mohamad Ghaddar.

Terengganu: Mat Zan Mat Aris.
Sharbinee Alawee (GK)(KP), Muslim Ahmad, Ismail Faruqi, Abd. Manaf Mamat, Mazlizam Mohd, Zubir Azmi, Shukor Jusoh, Francis Forky Doe, Asaari Samsuddin, Faizal Mohamad dan Erison Da Silva.

Gol
Kelantan 0-0 Terengganu

Percubaan
Kelantan 5-3 Terengganu

Sepakan Sudut
Kelantan 3-2 Terengganu

Offside
Kelantan 2-2 Terengganu

Kad Kuning/Merah
Kelantan 0/0-1/0 Terengganu

Posisi Bola (%)
Kelantan 45-55 Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular