KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 9 Januari 2012

Butler Tetap Guna Formasi Sama.

Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler masih percaya dengan formasi dan pemain yang diketengahkan biarpun tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam perebutan Piala Sumbangsih.


Menurut sumber pasukan kepada RedsfcNews, Butler dijangka akan terus mengekalkan beberapa pemain sama ketika melawan Singapura Lions di kandang lawan pada Selasa depan.

Beliau bagaimanapun akan cuba melakukan beberapa perubahan pada corak permainan pasukan termasuk menyenaraikan satu atau dua pemain baru untuk melawan tuan rumah diatas padang tiruan.

Setakat ini, kemungkinan besar beberapa taktikal akan digunakan kerana Butler tidak lagi mahu mengekalkan pada satu taktikal yang mungkin menyebabkan Kelantan kehilangan mata.

Sementara itu, berita gembira kepada kem The Red Warriors selepas Azizi dikatakan tidak mengalami kecederaan serius dan kemungkinan kembali tersenarai untuk aksi pertama Liga Super di Stadium Jalan Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular