KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 15 Januari 2012

The Red Warriors Cari Import Baru?


The Red Warriors mungkin akan mencari seorang lagi pemain import yang benar-benar berkaliber untuk diserapkan kedalam pasukan pada saingan musim ini.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pihak pengurusan akan menyusun semula pemain import untuk saingan Liga Malaysia.

Tiga pemain yang didaftarkan sebelum ini dilihat mempamerkan persembahan kurang menyakinkan selain kegagalan memberikan impak positif memaksa kem Sang Kijang mengambil peluang pendaftaran baru April nanti untuk menyerap seorang pemain lagi.

Sebelum ini, pihak KAFA mendaftarkan tiga pemain iaitu Ghaddar, Antwi dan Okine tetapi mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya dua pemain sahaja dapat diturunkan manakala seorang pemain dibenarkan untuk Piala AFC sahaja.

Pada awal pra musim, pihak pengurusan cuba mencari pemain keempat namun gagal menemui calon import sesuai.

sumber:FB TAN SRI ANUAR MUSA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular