KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 22 September 2010

Kami Sedia Dikritik & Diserang

emel

Situasi sangat membimbangkan apabila TRWC menjadi serangan pengodam yang turut mengambil kesempatan menyerang pangkalan data laman web terbabit semalam. Tinjauan komen yang masuk melalui email mengkritik pasukan The Red Warriors dan barisan wartawan TRWC yang dianggap terlalu mengampu KAFA menimbul rasa tidak senang dikalangan wartawan TRWC, tetapi terpaksa akur dan bersedia dikritik.

Sebagai wartawan yang melaporkan perkembangan pasukan The Red Warriors, adakah perlu kami turut menghentam dan menjatuhkan semangat pemain-pemain? Apakah laman web rasmi menyerang pasukan pernah berlaku di laman web pasukan eropah? pasti jawapannya tidak kerana tugas kami untuk kembalikan semangat pemain dan pengurusan selain menerima teguran penyokong secara positif.

Isu bodek-menbodek atau ampu-mengampu tidak timbul dalam setiap laporan kami kerana tugas yang dijalankan barisan TRWC dan DJ TRWFM hanyalah berlandaskan semangat kesukanan yang sukarela tidak timbul merampas hak atau merebut jawatan tertentu.Tugas kami untuk bersama kelab penyokong lain meredakan keadaan, apakah masalah boleh diselesaikan dengan mengejek dan memperlekehkan pemain sedangkan kudrat mereka masih diperlukan untuk beberapa perlawanan akan datang?

Sememangnya diakui kesilapan yang dilakukan pemain menyebabkan emosi seluruh penyokong tidak normal, namun adakah tiada lagi peluang yang boleh diberikan kepada pemain dan ketua jurulatih menebus segala kesalahan mereka? Lihat komen-komen yang dihantar tanpa kajian.

  • Pelik masih ada penyokong yang memberi komen tanpa fakta yang bijak apabila masih mengharapkan KAFA memanggil bekas jurulatih Peter Butler dan Norizan Bakar sedangkan kedua-dua jurulatih terbabit mungkin sudah bosan dengan tekanan daripada penyokong fanatik. Apa yang boleh mereka lakukan dalam masa 2 minggu? Semasa mereka menjadi jurulatih, Kelantan ditangga ke berapa liga dan sekarang tangga ke berapa?
  • Buang pemain luar Kelantan, kekalkan pemain Kelantan sahaja. Sering sokong kelab eropah tetapi tidak pernah melihat bagaimana pemain luar mampu merancakkan dan memajukan liga Sepanyol sehingga pemain asal Sepanyol boleh menyerap segala taktikal daripada Amerika Latin mahupun eropah dan diterapkan sehingga mencapai kejayaan Piala Dunia baru-baru ini.
  • Memecat ketua jurulatih, perkara ini sering menjadi isu penyokong Kelantan yang fanatik tetapi kurang membaca. Sudah banyak kali dijelaskan oleh presiden KAFA, Syukur Sathia telah berjaya membawa Kelantan ke taraf sekarang dan beliau jugalah yang sanggup mengambil alih tugas secara tergesa-gesa selepas Kelantan ditinggalkan tanpa belas ehsan oleh Peter Butler, sehingga hari ini beliau tidak mahu mengikat kontrak hanya berpegang janji beliau dengan Tan Sri Annuar membantu Kelantan. Beliau sedia dipecat sekiranya arahan datang daripada presiden KAFA.
  • Ejekan perkauman oleh penyokong, perkara ini sepatutnya dielakkan segera kerana pemain terbabit bermati-matian membantu Kelantan tanpa membezakan warna kulit. Apakah apabila kecewa mereka sering dijadikan mangsa?
  • Kelantan sepatutnya boleh menang dan jadi juara. Berapa kali Kelantan sudah menjadi juara piala Malaysia? Tidak salah kita terlalu optimis Kelantan boleh jadi juara tetapi kita juga perlu akur Kelantan hanya baru 2 tahun berpotensi menjadi juara berbanding pasukan gergasi lain yang sudah lama menjadi juara. Ini bermakna pelbagai cabaran semangat dan emosi perlu ditempuhi sebelum penyokong dan pasukan Kelantan dinobatkan sebagai pasukan juara. Lihat bagaimana penyokong Kedah menerima kekalahan pasukan mereka, adakah menyerang atau mengejek jurulatih dan pemain? Tidak kiralah kalah dengan permainan bodoh atau tidak, penyokong tetap akur dengan keupayaan pemain.

Isu ini sebenarnya tidak perlu dipanjangkan kerana pihak yang tidak berpuashati boleh berhubung terus dengan kami melalui email info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya . Kami berharap tidak ada lagi pihak yang cuba mengodam laman web TRWC kerana pihak kami sentiasa berkerjasama dengan pakar keselamatan dibawah CYBER SECURITY Malaysia dan tidak teragak-agak mendakwa pihak terbabit sungguhpun pihak TRWC telah berjaya kesan lokasi dan siapa mereka. Kami sedia dikritik dan berkongsi kritikan anda.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular