KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 4 September 2010

Dua Kemenangan belum Jamin Kelantan.




Sang Kijang melepasi dua ujian awal persiapan Piala Malaysia apabila mencatatkan dua kemenangan besar dalam perlawanan persahabatan.

Sebelum ini, Kelantan tampil bergaya membenam UiTM Shah Alam 5-1, malam tadi sekali lagi anak didik B. Sathianathan memberikan sesuatu yang lumayan kepada penyokong setia apabila menewaskan T-Team 4-0 di arena lawan.

Dikhabarkan, persembahan Red Warriors semakin meningkat dalam perlawanan menentang T-Team setelah dikritik hebat sewaktu memberikan aksi hambar ketika menundukkan juara Liga IPT 2010, baru-baru ini.

Dua kemenangan besar dalam perlawanan persahabatan tidak menjanjikan tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan diharapkan Sang Kijang mampu memberikan lebih aksi kerana hanya yang terbaik mampu ke kemuncak.

Bukan Kelantan sahaja berimpian besar, malahan beberapa pasukan bintang lain disamping kelab-kelab yang menyertai saingan piala kali ini turut sama mengimpikan mampu melangkah sejauh mungkin.

Ditekankan oleh B. Sathianathan sebelum ini bahawa status Kelantan tidak menjamin mereka dapat melangkah jauh seandainya pemain sendiri tidak menunjukkan aksi kemas seperti yang dipinta.

Walaupun begitu, dua kemenangan besar dalam perlawanan persahabatan dijangka dapat memberikan sedikit keyakinan buat pemain Kelantan untuk terus bernafsu memburu satu piala untuk diarak dihadapan penyokong selepas berpuluh-puluh tahun kempunan.

Diharapkan pihak pengurusan dapat mengambil suatu inisiatif untuk menaikkan semangat pemain bagi menjamin mereka untuk sentiasa berfikiran positif.

Seterusnya, Felda United akan menanti dalam perlawanan persahabatan terakhir sebelum pemain akan diberikan cuti rehat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pemain Kelantan dijangka bercuti sehingga raya ke-dua sebelum kembali berkumpul dan bersedia untuk turun dalam perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan di arena sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular