KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 9 September 2010

Yakin Dan Gusar Dengan Hidangan Rusa Raya Ke-5

emel

Prestasi pemain masih dalam keadaan baik, kekalahan pada Felda United sedikit pun tidak menjejaskan persiapan menjelang pertempuran raya ke-5 nanti. Ramai penyokong Kelantan berharap aksi ketika menewaskan Negeri Sembilan pada dua perlawanan dapat dikekalkan, sekaligus mengutip mata kemenangan dengan cemerlang dan melangkah ke Shah Alam bertemu PKNS FC 17 September nanti dengan gah.

Walauapapun prestasi dan kecederaan pemain utama Negeri Sembilan, pasukan The Red Warriors perlu sentiasa bersedia dan berwaspada kerana info kecederaan pemain Negeri Sembilan yang diwar-warkan mungkin hanya satu helah dalam perang psikologi Wan Jamak terhadap B. Sathianathan. Bagi B. Sathianathan pasukan kendaliannya sentiasa berwaspada dan akan memastikan para pemain memberi hadiah kegembiraan kepada penyokong setia sempena cuti raya ini, beliau juga sudah sebati dengan taktik psikologi Wan Jamak dan menganggap ianya sebagai satu cabaran buat pasukannya.

Stadium keramat bakal dipenuhi ribuan perantau anak jati Kelantan yang pulang beraya akan bersama peminat setia dari Kelantan. Himpunan ini bakal menjadikan perlawanan ini seolah-olah perlawanan akhir Piala Malaysia 2010, namun akan jadi janggal kerana ketiadaan penyokong Negeri Sembilan yang sudah pasti tidak berani berkunjung ke Kota Bharu.

Pada 14 September ini juga, suasana perlawanan akan diserikan lagi dengan aktiviti Astro Arena bersama penyokong Kelantan di perkarangan stadium. Kesesakan semasa membeli tiket dijangka pasti akan berlaku, apabila melihat respon peminat ketika menghubungi TRWC untuk mendapatkan tiket secara atas talian yang baru diperkenalkan. Melihat pada respon ini juga, pihak KAFA bersama TRWC portal rasminya akan meneruskan percubaan jualan tiket diatas talian ini untuk perlawanan lain yang seterusnya bagi memudahkan peminat dalam mendapatkan tiket selain membantu mengurangkan kos perjalanan dan masa menunggu bagi peminat semua walaupun ada juga kedengaran respon negatif pada operasi baru jualan tiket ini, namun idea dan inisiatif pasukan eropah dijadikan rujukan untuk kemajuan pasukan Kelantan.

KAFA juga menyeru semua penyokong yang bakal hadir ke stadium nanti, elakkan daripada membawa mercun kerana KAFA telah mengarahkan pihak polis dan pihak keselamatan yang lain memeriksa dan menangkap sesiapa saja yang didapati membawa mercun ke stadium. Usaha ini diperketatkan lagi kerana takut peminat terbawa-bawa dengan suasana hari raya. Selain itu, KAFA menyeru peminat menjaga tingkah laku dan displin agar kejayaan merubah imej penyokong Kelantan dalam TM Liga Super terus dikekalkan. Berilah keyakinan penuh kepada seluruh pemain membuktikan kemampuan mereka. Terimalah apapun keputusan dengan tenang dan penuh semangat kemenangan serta kesetiaan.

SALAM HARI RAYA THE RED WARRIORS

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular