KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 16 September 2010

Sathia Kekal Bersama Red Warriors





Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan menafikan bahawa dia meletakkan jawatan sejurus tewas kepada Negeri Sembilan.

Menurut maklumat yang diperoleh kelatewaz, pengendali pasukan yang sudah memasuki tahun kedua membimbing Sang Kijang masih bersemangat untuk membawa Kelantan ke mercu kejayaan.

Kekalahan perlawanan adalah biasa dan tidak mungkin atas faktor tersebut Sathianathan mengambil jalan mudah untuk meletakkan jawatan yang disandangnya kini.

Walau mengalami kesulitan akibat masalah kesihatan, beliau tetap akan membimbing Sang Kijang menghadapi kancah Piala Malaysia.

Para peminat diminta tidak terburu-buru membuat spekulasi mengatakan beliau akan melepaskan jawatan kerusi panas tersebut.

B. Sathianathan mula melatih Kelantan pada Piala Malaysia 2009 selepas jurulatih ketika itu, Peter James Butler meletakkan jawatan atas masalah peribadi.

Dibawah bimbingan Sathianathan, Kelantan berhasil berada di kedudukan kedua Piala Malaysia 2009 dan saingan Liga Super yang baru sahaja tamat pada sebulan lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular