KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 17 September 2010

Kelantan Meniti Laluan Berliku.




Kekalahan pertama sudah menjelma dikala ramai pihak beranggapan Kelantan akan menempa mudah tiga mata pertama sewaktu melayan kunjungan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia.

Keyakinan yang dilontarkan pemain dan pihak pengurusan bagaikan hilang dibawa angin pabila satu gol yang diharapkan membawa perubahan pada perlawanan gagal diterjemahkan barisan bintang.

Suasana hening menyelubungi Stadium keramat sesudah pengadil perlawanan, Yusof Mat Karim membunyikan wisel penamat memberikan kekalahan kedua di arena sendiri kepada pasukan pelawat sesudah Kedah menjadi yang pertama.

Rata-rata penyokong yang hadir memberi reaksi kurang senang akan kekalahan tersebut walaupun ramai menyedari skuad lawan merupakan juara bertahan malah pernah mengecewakan Sang Kijang di Kota Bharu pada tahun sudah.

Skuad Kelantan meniti laluan berliku akibat kekalahan tersebut dan tidak mustahil selepas ini Sang Kijang turut akan dihampakan oleh dua lagi pasukan kelab yang berada di kumpulan A.

Sekadar memberi peringatan kepada semua pemain, kebanyakan pasukan yang turun melawan kijang bertekad untuk menewaskan mereka tidak kira berapa jurang mata yang dijaringkan.

Justeru itu, pemain Kelantan perlu bermuhasabah diri dengan kadar segera andai tidak mahu menjadi pasukan gergasi pertama tersingkir dalam Piala Malaysia untuk tahun 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular