KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 20 September 2010

Syed Adney sedia galas harapan


Syed Adney Syed HussainPENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu.

Menurutnya, peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, B Sathianathan tidak akan dipersia-siakan, malah menganggap ia sebagai peluang terbaik buatnya untuk membuktikan sesuatu selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama sebelum ini.

Katanya, inilah masa terbaik buat dirinya untuk meneruskan rentak cemerlang dan merampas semula tempat dalam kesebelasan utama Kelantan.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberikan peluang kepada saya untuk membuktikan sesuatu dan akhirnya saya berjaya melakukanya.

“Selepas ini, saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pasukan,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai peluang Kelantan pada pertemuan menentang KL Plus malam ini, Syed Adney memberitahu, dia yakin pasukannya mampu meraih tiga mata penuh.

“Berdasarkan persembahan semasa, saya yakin kita mampu meraih tiga mata ditambah pula beraksi di tempat sendiri.

“Dengan sokongan padu dari penyokong setia, kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan tersebut,” katanya.

Pada perlawanan menentang PKNS di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Jumaat lalu, Syed Adney muncul wira Kelantan apabila menyelamatkan sepakan penalti untuk memastikan pasukannya membawa pulang tiga mata hasil kemenangan 1-0.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan kembali menghidupkan peluang untuk mencabar kedudukan juara bertahan, Negeri Sembilan selaku pendahulu Kumpulan A. — KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular