KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 26 Januari 2011

Pemain Kelantan Terima Ganjaran


Pemain Kelantan terima ganjaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat trofi Piala Malaysia dengan lebih dekat sambil diperhatikan Annuar Musa, Abdul Fattah dan barisan pemain dan pegawai pasukan Kelantan.

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengotakan janjinya apabila menyampaikan ganjaran bernilai RM200,000 kepada barisan pegawai dan pemain pasukan Kelantan diatas kejayaan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun lalu.

Majlis Penyerahan Cek Kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan Sempena Kejayaan Menjuarai Piala Malaysia 2010 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis yang berlangsung di Kota Darul Naim semalam.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Exco-exco Kerajaaan Negeri serta barisan tertinggi Kafa dan pemain Liga Super Kelantan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya berkata, pihak Kafa merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan diatas kesudian menyampaikan ganjaran kepada barisan pemain dan pihak pengurusan.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi apabila memimpin pasukan ini dan sentiasa merancang untuk meningkatkan prestasi pasukan. Walaupun kita berhadapan pelbagai ujian seperti kehilangan tiga pemain, penggantungan jurulatih (B Sathianathan), masalah stadium tetapi semangat kental kita sebagai orang Kelantan akan sentiasa menempuhi cabaran yang berliku.

“Saya beri jaminan kita akan buat segala usaha yang terbaik untuk memperkasakan pasukan dan menghargai sokongan tidak berbelah bahagi peminat setia bola sepak Kelantan. Dan saya mahu para pemain tidak terganggu emosi diatas penggantungan jurulatih kita,” katanya.

Menurut Annuar, pihaknya juga mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri, Perbadanan Stadium Kelantan (PSK), Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO serta Setiausaha Kerajaan Negeri yang banyak membantu pihak Kafa selama ini.

Sementara itu Datuk Nik Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, walaupun nilai ganjaran itu tidak seberapa tetapi tetap merupakan satu hadiah istimewa daripada Kerajaan Negeri dan diharap menjadi satu pencetus semangat kepada pemain Kelantan untuk terus berjaya pada masa akan datang.

“Saya ingin melahirkan rasa bangga dan mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak pengurusan Kafa, jurulatih dan pemain yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun lalu. Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong penuh usaha untuk memajukan sukan bola sepak di negeri ini.

“Sebagai tanda penghargaan kepada pemain, kalau pada tahun 2009 kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan kita menghadiahkan pakej umrah kepada semua pemain tetapi pada kali ini kita menghadiahkan ganjaran dalam bentuk wang tunai pula diatas kejayaan menjulang Piala Malaysia itu.

““Sukan ini merupakan satu riadah yang dituntut dalam Islam. Disamping menjaga kesihatan tubuh badan, masalah rumah tangga, masalah akhlak kita juga harus menjaga solat. Sebagai seorang ahli sukan, kita tidak boleh meninggalkan soal walaupun bermain bola diatas padang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular