KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 24 Januari 2011


Menanti Detik Permulaan.


Setiap peminat bola sepak Malaysia pastinya ternanti-nanti pertembungan klasik dua pasukan paling berpengaruh dalam kancah Liga Malaysia setakat ini, Selangor dan Kelantan dalam Piala Sumbangsih 2011.

The Red Giants merupakan penyandang kepada Piala Sumbangsih dan Liga Super manakala The Red Warriors pula masih berbangga dengan kejayaan bersejarah mereka dalam Piala Malaysia.

Perlawanan yang bakal menjadi fenomena utama selepas penjenamaan balik Liga Malaysia selain kehadiran beberapa nama besar dalam kedua-dua pasukan.

Paling menarik, perlawanan ini juga bakal menjadi medan utama buat dua penyerang terbaik negara memperagakan aksi kemas.

Norshahrul Idlan dan Safee Sali dinobatkan penyerang terbilang kebangsaan ketika ini serta mendapat peluang beraksi di luar negara tetapi terpaksa memadamkan impian buat seketika kerana terikat dengan pasukan masing-masing.

Selain itu, kedua-dua pasukan juga pasti mahu memulakan musim baru dengan nota kemenangan untuk sekurang-kurangnya memberitahu kepada umum bahawa mereka sudah bersedia mengharungi Liga Malaysia.

Siapa lebih kuat dan handal dalam perebutan penghormatan pertama. Sama-sama kita nantikan detik itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular