KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 24 Januari 2011

Majlis Penyokong dan Rakan Facebook Meriah.



Majlis pertemuan rakan Facebook dan Kelab Penyokong Kelantan berlangsung meriah di dewan Kelantan Trade Center (KTC), tengahari tadi.

Menghimpunkan sejumlah hampir 2000 penyokong setia Kelantan, para hadirin yang hadir dapat beramah mesra dan menjamu selera bersama dengan pemain The Red Warriors musim 2011.

Tetamu turut menerima cenderahati dari pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Selain itu, mereka yang hadir turut dapat menyaksikan dengan lebih dekat jersi terbaru Sang Kijang selepas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar melancarkan secara rasminya jersi terbaru Kijang.

Jersi Happy Warriors dipertontonkan buat pertama kali kepada khalayak dengan para pemain Kelantan memperagakan jersi tersebut sepanjang majlis berlangsung.

Dalam pada itu, pasukan Kelantan turut mengadakan satu majlis menandatangani penajaan dengan barisan penaja pada pagi tadi.

Kesemua penaja yang menaja pasukan Kelantan pada musim baru menyertai majlis perjumpaan, pengumuman dan menandatangani penajaan dihadapan tetamu dan hadirin penyokong Sang Kijang yang hadir.

sumber gambar:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular