KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 19 Januari 2011


Pemain Kelantan Tunjuk Peningkatan.




Skuad Kelantan mula menunjukkan peningkatan selepas membenam cabaran Perlis dalam saingan Piala Shahidan Kassim di Stadium Utama Negeri, Kangar, semalam.

Jika sebelum ini Red Warriors menunjukkan prestasi tidak menentu termasuk ditewaskan USM Pulau Pinang, mereka kini mula menunjukkan prestasi baik.

Ketua jurulatih, B. Sathianathan sudah pasti lega dengan perkembangan terkini anak didiknya setelah dikritik hebat ekoran kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan.

Berdasarkan laporan di Perlis, pemain Kijang mula menampilkan aksi terbaik selain dapat mengekang beberapa asakan bahaya pasukan Singa Utara.

Namun, kemenangan dalam perlawanan ini tidak boleh dijadikan ukuran setelah lawan yang dihadapi dibarisi pemain muda dan kurang pengalaman dalam perlawanan besar.

Masih ada ruang buat pihak kejurulatihan untuk membaiki kelemahan pemain Red Warriors sebelum mereka benar-benar bersedia turun dalam perlawanan pertama menentang Selangor di Shah Alam.

Dalam perlawanan Piala Shahidan Kassim, dua jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu memberikan kejayaan kedua kepada Kelantan selepas menjulang pial

sumber gambar redsfc newsa sama tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular