KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 21 Januari 2011

Catat Keputusan Positif


Catat Keputusan Positif



Kelantan akan turun dalam perlawanan persahabatan terakhir Jelajah Utara menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan, malam esok.

Selepas mencatatkan kemenangan pertama menewaskan Perlis dalam perebutan edisi kedua Piala Shahidan Kassim, mahu tidak The Red Warriors harus mencatatkan keputusan positif dengan menewaskan Pulau Mutiara.

Semua pemain harus sedar bahawa perlawanan ini akan menjadi satu perlawanan untuk mengukur sejauh mana persiapan mereka sebelum saingan Liga Malaysia bermula.

Adakah mereka sudah benar-benar bersedia untuk mengharungi musim baru atau hanya akan menjadi pasukan pelengkap kepada skuad bintang yang lain.

Ketua jurulatih, B. Sathianathan juga sepatutnya sudah dapat mengenal pasti kelemahan setiap posisi dan mengambil pendekatan segera membaiki kelemahan itu.

Walau masih gagal menggunakan kesebelasan utama ekoran kecederaan beberapa pemain tonggak, bekas pengendali skuad negara itu pasti sudah memiliki nama penganti.

Justeru itu, perlawanan menentang Pulau Pinang yang beraksi di Liga Perdana menjadi medan penting untuk membentuk pasukan berdaya saing serta mampu merealisasikan piala pertama 2011 dalam perlawanan Sumbangsih nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular