KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 16 Januari 2011

Kijang Kalah Lagi.


The Red Warriors kalah lagi.

Terbaru, mereka ditundukkan Kedah 1-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim Jelajah Utara di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Gol sendiri Khairan Eroza Razali hasil tampanan sepakan percuma Azmi Muslim sudah cukup buat Sang Kenari terbang tinggi menceriakan lebih 8000 penyokong setia mereka yang hadir.

Bagi Kelantan, kekalahan ini merupakan tamparan besar dalam persiapan pasukan setelah kekalahan demi kekalahan dicatatkan.

Permulaan buruk skuad Kijang menjelma sehari sebelum perlawanan dimana beberapa pemain utama dilanda kecederaan memaksa B. Sathianathan merombak kesebelasan utama.

Dalam pertemuan melawan Kedah, beberapa peluang berjaya dicipta tetapi kegagalan melakukan penyudah oleh pemain penyerang yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha menghampakan kem Sang Kijang.

Kedah akhirnya berjaya mendahului melalui jaringan sendiri Kelantan setelah Khairan tertanduk sepakan percuma Azmi Muslim pada minit ke-48 menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk satu-satunya gol dalam perlawanan ini.

Dengan kekalahan ini, Kelantan masih gagal mencari kemenangan dalam beberapa siri perlawanan yang telah diatur.

Selepas ini, mereka akan berkunjung ke gelanggang USM Pulau Pinang untuk perlawanan persahabatan pra musim kedua di sebelah utara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular