KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 8 Januari 2011

Nick Chan Bintang Baru Kelantan?



Pengumuman telah dibuat dan semua peminat setia Kelantan menantikan aksi pemain yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan simpanan kelab Liga Perdana Inggeris dalam kancah Liga Malaysia.

Nicholas Chan berpengalaman luas dalam bidang bola sepak dan pernah diturunkan West Ham United serta Cardiff dalam beberapa perlawanan liga simpanan.

Dengan usia yang masih muda, Nick Chan disifatkan bertuah kerana mempunyai pengalaman berlatih dengan skuad yang bermain di liga utama England.

Bermain di posisi pertahanan tengah, Nick Chan juga mendapat pujian dari jurulatih kelab di England selain pernah ditawarkan biasiswa ke Liga Ivy di Amerika Syarikat.

Anak kepada pemilik Cardiff City ini juga pernah menyertai sesi latihan dengan pemain yang telah mencipta nama dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Micheal Chopra. Scot Parker dan Charlton Cole.

Justeru itu, pengumuman KAFA bahawa pemain muda ini mampu mencipta nama dengan pasukan Kelantan 2011 amat ditunggu-tunggu penyokong Red Warriors dan juga semua peminat bola sepak Malaysia.

Mampukah pemain yang mencipta nama di luar negara beraksi baik dalam kejohanan Liga Malaysia atau hanya melengkapkan senarai pemain pasukan Kelantan 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular