KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 7 Januari 2011

KAFA Tawar Keahlian TRW

Pemegang kad keahlian TRW tidak perlu beratur panjang seperti ini dan dijamin mendapat tiket melalui kuanter khas pada musim ini.

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini membuka peluang kepada seluruh peminat bola sepak Kelantan untuk menjadi ahli kelab The Red Warriors (TRW) bagi musim ini.

Serentak dengan itu, peminat bola sepak Kelantan berpeluang menjadi ahli kelab TRW apabila mendaftarkan diri dengan Kafa di Majlis Memperkenalkan Pemain Liga Super Kelantan 2011 yang akan diadakan di ruang legar KB Mall, Kota Bharu pada jam tiga petang hari ini.

Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Noordin Awang berkata, empat kategori keahlian TRW ditawarkan oleh pihak Kafa kepada peminat bola sepak Kelantan untuk musim ini.

“Buat pertama kalinya pihak Kafa memperkenalkan keahlian kelab TRW sebagai menghargai sokongan peminat dan untuk itu kita mengharapkan para peminat bola sepak Kelantan merebut peluang ini menjadi ahli kelab TRW kerana banyak keistimewaan apabila menjadi seseorang menjadi ahli kelab ini.” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

“Empat kategori yang dimaksudkan ialah Warriors (RM120), Premium (RM300), Korporat (RM3000) dan Presiden (RM5000). Untuk kategori Warriors dan Premium, peminat boleh memilih untuk menjadi ahli sama ada setengah musim (enam bulan) dengan membayar yuran RM60 (Warriors) dan RM150 (Premium) yang mana ianya sah sehingga 31 Mei 2011.

“Selain itu, peminat juga boleh memilih untuk menjadi ahli semusim sehingga 30 November tahun ini dengan bayaran penuh RM120 (Warriors) dan RM300 (Premium) dan mereka diberi jaminan dapat membeli tiket bagi setiap perlawanan. Untuk itu, kita akan membuka satu kaunter khas kepada pemegang kad keahlian ini mendapat tiket perlawanan.

Menurut Mohamad Noordin, bagi pemegang kad keahlian Warriors mereka boleh membeli sekeping tiket terbuka manakala pemegang kad keahlian Premium pula dibolehkan membeli sekeping tiket astaka pada satu-satu perlawanan.

“Manakala bagi pemegang kad keahlian Korporat dan Presiden, kita membuka pendaftaran ini kepada orang perseorangan dan syarikat-syarikat yang ingin bersama-sama membantu pihak Kafa. Pemegang kad ini layak membeli sebanyak lima keping tiket pada satu-satu perlawanan di Kota Bharu.

“Selain itu, semua pemegang kad ini turut mendapat keistimewaan seperti potongan harga dan rebat daripada syarikat-syarikat yang terpilih yang bersama menjadi rakan kelab TRW ini. Mereka juga boleh menikmati diskaun pembelian produk daripada merchandise Kafa, kafe TRW selain kedai UMBRO.

Bagi mereka yang mendaftarkan menjadi ahli pada hari ini, pihak Kafa juga turut menyediakan pelbagai hadiah istimewa kepada mereka selain hadiah cabutan bertuah juga turut disediakan kepada pengunjung bertuah,” katanya.

Mohamad Noordin turut menjelaskan bermula musim ini, pihak Kafa tidak lagi mengadakan penjualan pakej pas bermusim sebagaimana musim-musim terdahulu atas arahan yang telah ditetapkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular