KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 3 Januari 2011

T-Team, Kelantan Bertemu Awal.



Pertembungan menarik dijangkakan dalam saingan Piala FA 2011 selepas T-Team FC diundi menentang Kelantan di pusingan pertama.

Perlawanan yang diadakan secara kalah mati mungkin menjanjikan saingan sengit diantara dua pasukan yang masih dilanda kontroversi berkaitan penghijrahan tiga pemain utama Red Warriors kepada kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu.

Ketika isu mengenai status tiga pemain masih panas dengan komen terbaru dari Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, kelmarin, dua pasukan ini diundi untuk merebut satu tempat ke pusingan seterusnya.

Ramai penganalisis Liga Malaysia menjangkakan saingan T-Team dan Kelantan bakal hangat dengan situasi dalam dan luar padang selepas selesai pengundian yang dijalankan di Wisma FAM.

Bagi mereka, pertembungan seawal pusingan pertama dua pasukan ini menyerlahkan kekuatan dua pasukan ini disamping pasukan mana dapat merebut slot untuk melayakkan diri.

T-Team mempunyai kelebihan moral kerana diundi bermain di gelanggang sendiri selain mempunyai peluang luas untuk mengecewakan Kelantan setelah mendapat khidmat bekas pemain utama Sang Kijang, Indra Putra, Norfarhan dan Azizi Mat Rose.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular