KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 20 Disember 2011

Jelajah Australia : Harimau Muda Atasi Central Coast Mariners.

Harimau Muda menamatkan jelajah Australia dengan catitan bergaya apabila berhasil menewaskan Central Coast Mariners 4-1 di Minggara, Tumbi Umbi, pagi tadi.



Selepas dikecewakan dengan kekalahan tipis kepada lawan sama pada perlawanan persahabatan terdahulu, anak buah Ong Kim Swee bangkit untuk mencatatkan kemenangan terakhir di bumi Kanggaru.

Dua gol Ahmad Hazwan Bakri serta masing-masing satu gol dari Ahmad Fakri Saarani dan A. Thamil Arasu sudah cukup buat pasukan negara muncul pemenang di tempat lawan.

Ternyata keinginan pihak pengurusan untuk melihat Harimau Muda mencatatkan kemenangan berjaya direalisasikan oleh kesemua pemain yang berada dalam senarai pemain yang diturunkan.

Biarpun pihak lawan hanya menurunkan kombinasi pemain muda dan skuad utama tetapi mutu yang ditunjukkan dalam perlawanan persahatan ini mampu menjadi persiapan terbaik skuad bawah 23 tahun negara pada kejohanan yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular