KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 1 Disember 2011

TRW Dilanda Kontroversi.

Tirai Liga Malaysia 2012 belum dibuka secara rasmi tetapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah terpalit dengan kontroversi terbaru.

Jawapan TSAM kepada RedsfcNews.
Tanpa angin tanpa ribut, berita panas melanda kem Sang Kijang selepas kekalahan pra musim kepada Negeri Sembilan di Paroi.

RedsfcNews mendapat berita tersebut pagi kelmarin tetapi tidak mengetahui sejauh mana kebenaran hal tersebut.

Untuk merungkai masalah, pihak RedsfcNews telah menghantar mesej kepada Presiden KAFA melalui laman Facebook namun tidak mendapat jawapan lebih tepat akan perkara tersebut.

Tetapi, melihat pada kata-kata Tan Sri Annuar Musa, bagaikan ada sesuatu masalah dalaman sedang melanda KAFA berkaitan perkara yang telah dinyatakan.

Apa-apa pun, pihak RedsfcNews harap semua perkara yang tersebar dapat ditangani dengan baik kerana sasaran empat piala pada musim depan harus direalisasikan walaupun banyak dugaan yang akan menimpa.

sumber:RedsFC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular