KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 1 Disember 2011

Pra Musim 2012 : Kelantan Tuan Rumah Kepada T-Team, Terengganu.

Selepas lama berkelana ke luar negeri, pihak pengurusan The Red Warriors akan membawa beberapa perlawanan persahabatan kepada semua peminat Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Kelantan dijangka bertemu T-Team pada 10 Disember nanti dan mereka juga akan melayani Terengganu pada perlawanan terakhir pra musim pada 31 Disember.

Selain itu, pihak KAFA juga bercadang untuk membawa satu perlawanan melibatkan Kelantan dalam kejohanan empat penjuru yang diadakan pada pertengahan Disember ke Kota Bharu.

Sementara itu, skuad Sang Kijang akan menghadapi perlawanan terakhir di luar Kelantan menentang Perak di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi pada 1 Disember.

Semua penyokong Kelantan dijemput hadir ke venue perlawanan untuk menyaksikan hampir kesemua pemain terbaru mereka akan diturunkan dalam perlawanan tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular