KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 17 Disember 2011

Kelab Penyokong TRW Anjur Program Ukhwah Bubur Asyura.

Kelab Penyokong The Red Warriors akan menganjurkan satu Program Ukhwah Bubur Asyura Anak Kelantan Lembah Kelang di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam pada 25 Disember 2011.



Program ini dikelolakan oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) dengan kerjasama dari Kumpulan Media Karangkraf dan gabungan beberapa kumpulan serta pertubuhan anak Kelantan termasuklah Kelab Penyokong TRW Lembah Klang (TRW LK).

Matlamat penganjuran adalah untuk menyambut bulan Muharam dan meneruskan tradisi bubur asyura disamping untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, perpaduan, persaudaraan serta persahabatan antara anak-anak Kelantan yang berada di lembah kelang dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur turut memohon sumbangan daripada pihak korporat dan swasta untuk menjayakan majlis bubur asyura nanti.

Pihak penganjur juga menjemput semua anak Kelantan di sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama bergotong royong menyediakan bubu asyura pada tarikh berkenaan bermula jam 6 pagi.

Maklumat program

Program Ukhwah Bubur Asyura Anak Kelantan Lembah Kelang
Sumbangan amatlah dialu-alukan dan boleh disumbangkan melalui akaun bendahari TRW Lembah Klang seperti berikut:

- Nama Bank : Maybank
- Nama : Che Azmi Mohamad
- Nombor Akaun : 162 106 451 745
- Email : matjemy@gmail.com
- Nombor Telefon : 012 903 6426

Kepada sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan (jong kaca suro), sila hubungi Ketua Program, Rosdi Md Hasan (http://www.facebook.com/mhrosdi) 013-2681858 rosdi@kelate.net

Program Ukhwah Bubur Asyura Anak Kelantan Lembah Kelang ini dikelolakan oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) dengan kerjasama dari Kumpulan Media Karangkraf dan gabungan beberapa kumpulan serta pertubuhan anak Kelantan di Lembah Kelang. Program ini bermatlamatkan untuk menyambut bulan Muharram dan meneruskan tradisi bubur asyura disamping untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, perpaduan, persaudaraan serta persahabatan antara anak-anak Kelantan yang berada di lembah kelang dan kawasan sekitarnya.

Alamat tempat Program:

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Ofdf Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

ATURCARA PROGRAM:
25 DECEMBER 2011
6.00 pagi: Aktiviti memasak bubur Asyura dimulakan
4.00 ptg : Bubur Asyura di jangka masak.
ACARA SELINGAN:
2.00 ptg: Dikir Barat(Kumpulan Baiduri)-tunggu pengesahan daripada Tukang dikir.

PAKAIAN:
Pakaian sesuai@Jersy TRW

Semua dijemput hadir untuk bersama-sama bergotong royong menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular