KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 7 Disember 2011

Khairul Fahmi Berjiwa Besar


KOTA BHARU – Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex ternyata berjiwa besar.Beliau sanggup meninggalkan skuad kebangsaan lebih awal biarpun berada dipuncak kerjaya sekiranya soal peribadinya menjejaskan pasukan negara.

“Saya nak bersara awal sebab terfikir masalah peribadi dicampurkan dalam karier.

“Saya tidak gemar dalam keadaan itu sebab saya fokus untuk mengharumkan nama negara, bila masalah peribadi ganggu pasukan, saya tidak mahu perkara ini ganggu pasukan negara,” katanya pada satu program di TV1 di sini malam tadi.

Apex dilanda kontroversi panas semenjak putus tunang dengan Elia ‘jejari runcing’ dan selepas itu beberapa keping gambarnya bercuti dan berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapura tersebar di internet.

Kemudian, turut menghangatkan keadaan apabila beberapa blog hiburan terkenal menyiarkan gambar-gambar Apex, Dahlia dan beberapa orang gadis seksi leka berhibur di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang, yang turut ‘dicemari’ dengan sebotol arak di atas meja.

Sekembalinya Apex dari Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini, beliau dikejutkan pula dengan penyiaran beberapa keping gambar intimnya bersama Shida Harmi yang dikirimkan oleh pihak yang dikatakan cuba mencemar reputasinya yang sedang memuncak naik.

Apex muncul wira negara apabila berjaya menangkis keluar sepakan penalti terakhir pemain skuad bola sepak Indonesia, Ferdinand Sinaga, yang menyaksikan skuad Harimau Muda berjaya memalukan pasukan dan peminat fanatik skuad Garuda itu di tempat sendiri sebanyak dua kali.

Beliau juga baru kehilangan ada kesayangan. Mohd Izat, 16 pada pagi kelmarin kerana demam panas.

Sementara itu, Jurulatih Skuad Kebangsaan, Ong Kim Swee dalam rancangan yang sama turut mempertahankan Apex dan barisan pemain kebangsaan.

Kata Kim Swee :

“Yang timbulkan isu-isu ini bukan penulis sukan, ini penulis yang ingin lariskan akhbar dan diri masing-masing.

“Pemain-pemain ini berkhidmat kepada negara, setiap pemain tidak boleh lari dari silap tetapi apakah apakah berbaloi dengan khidmat yang diberikan kepada negara,” katanya.

Bagaimanpun lebih baik Apex kurangkan kontroversi barulah itu jiwa besar yang sebenar dan menjadi ikon ikutan golongan muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular