KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 5 Disember 2011

Pemain Import Keempat The Red Warriors 2012?

Waktu ini, kita menantikan seorang lagi pemain import yang akan menyertai The Red Warriors seperti yang dikehendaki Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).


Pihak pengurusan Kelantan telah melakukan banyak percubaan termasuk membawa beberapa nama besar menjalani sesi perlawanan persahabatan tetapi kebanyakan pemain tersebut tidak menepati kemahuan.

RedsfcNews ada bertanyakan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa akan perkara tersebut dan beliau ada memberi maklum balas kemungkinan besar Sang Kijang hanya menggunakan tiga pemain yang telah ditandatangani setakat ini.

Namun pada satu masa, Tan Sri Annuar Musa juga ada mengatakan mereka mungkin akan memilih sama ada Zakharia Charara ataupun Albert Banning untuk diserap melengkapkan senarai empat pemain yang diingini bergantung pada bajet yang ada.

Pilihan kini di tangan pihak pengurusan Kelantan dan kita harapkan pemain yang terbaik sahaja dipilih ataupun terus mengguna tiga pemain yang telah ditandatangan dan beri lebih peluang kepada pemain tempatan untuk menyerlah di peringkat Asia


sumber: facebook redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular