KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 6 Disember 2011

Okine, Antwi Belum Dapat ITC.

Ketika pintu pendaftaran pemain hampir ditutup, kem Kelantan menerima khabar kurang enak selepas Emmanuel Okine dan Danny Antwi dikhabarkan masih belum mendapat International Transfer Certificate (ITC) untuk beraksi di Malaysia.


Menurut maklumat yang disampaikan kepada RedsfcNews, pelepasan dua pemain ini untuk beraksi dengan Kelantan masih belum diselesaikan oleh Persatuan Bola Sepak Ghana (GFA) kerana kelembapan proses dari pihak disana.

Ketika ini, sudah lebih sebulan kedua-dua pemain berada di Kelantan dan diturunkan untuk beberapa perlawanan persahabatan namun kegagalan mendapatkan ITC menyukarkan pihak KAFA melakukan pendaftaran.

Pihak KAFA ketika ini sedang berusaha keras untuk mendapatkan ITC kepada Antwi dan Okine untuk membolehkan mereka didaftarkan beraksi dengan Sang Kijang pada musim depan.

Namun sebaliknya pula bagi Mohamad Ghaddar kerana dia dikhabarkan sudah mendapat sijil kebenaran tersebut dan dia boleh didaftarkan dengan pasukan Kelantan tanpa sebarang masalah.

sumber:redsfc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular