KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 20 Disember 2011

Piala AFC 2012: Pantai Timur Jadi Sandaran.

Cabaran besar menanti dua wakil Pantai Timur selepas dipertanggungjawabkan membawa misi besar negara ke pentas AFC pada musim depan.


Kejayaan berterusan pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa ternyata menerbitkan keinginan tinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat dua kelab dari Liga Super negara dapat memberikan saingan terbaik dalam kejohanan kedua tertinggi di Asia tersebut.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Kelantan dan Terengganu selaku duta Malaysia dituntut mempunyai cita-cita besar dalam Piala AFC pada saingan yang akan datang.

Dua pasukan tersebut diharap meneruskan tradisi kejayaan pasukan kebangsaan dengan mencipta kejutan dalam kejohanan tersebut.

Bagi Tengku Abdullah, tiada guna skuad negara dilihat meningkat sedangkan pasukan negeri dan kelab gagal memberi sebarang impak pada pertandingan di luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular