KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 2 Disember 2011

Pra Musim 2012 : Red Warriors Garang Atasi Seladang.

Kelantan menamatkan persiapan luar negeri mereka dengan nota kemenangan selepas menewaskan Perak 3-1 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Kesebelasan Utama Kelantan.

Menurunkan beberapa pemain baru dalam kesebelasan utama termasuk seorang import percubaan, Kelantan banyak melakukan asakan kearah kubu pasukan Perak yang dikemudi Nasril Nourdin.

Kelantan berhasil menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 selepas Danny Antwi mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas dia sendiri dikasari Nasril Nourdin didalam kotak seminit sebelum itu.

Kedudukan Kelantan makin kukuh pada minit ke-24 selepas Indra Putra Mahayudin membuktikan sentuhan berbisa masih belum pudar untuk gol kedua Sang Kijang.

Perak bagaimanapun turut mempunyai peluang untuk melakukan jaringan namun beberapa percubaan mereka termasuk daripada penyerang import percubaan dari Korea terkena palang pada pertengahan babak.

Jaringan pertama Mohamad Ghaddar kepada Kelantan melalui sepakan penalti.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan beberapa pertukaran termasuk mengeluarkan Danny Antwi untuk memberi peluang kepada Mohamad Ghaddar.

Kemasukan penyerang Lebanon tersebut nyata merubah tempo dengan corak serangan pantas dari Kelantan berjaya dilakar ke arah pintu gol Perak dan percubaan pertama Ghaddar tidak lama kemudian diselamatkan Nasril Nourdin.

Serangan yang diatur tuan rumah bagaimanapun membuka laluan kepada Perak merapatkan kedudukan selepas Shahrulnizam Mustapha mudah menyempurnakan peluang pada minit ke-60.

Selepas jaringan tersebut, Perak dilihat menguasai perlawanan dalam keadaan padang becak memaksa benteng pertahanan Kelantan bertungkus lumus mengekang asakan Seladang.

Farhan diasak dua pemain Perak.

Bagi menambah sengat, Mohd Izuan Salahudin dibawa masuk mengantikan Zamri Ramli dan kemasukan pemain muda nyata memberi Kelantan beberapa penguasan bola termasuk cubaan yang di dilakukan Izuan pada minit ke-77 bagaimanapun sempat ditampan penjaga gol Perak.

Ketika perlawanan memasuki masa tambahan, Kelantan diberikan sepakan penalti sekali lagi memudahkan tugas Mohamad Ghaddar menjaringkan gol pertama dan ketiga buat Kelantan keatas Perak.

Dengan kemenangan ini, Kelantan menamatkan persiapan pra musim di luar negeri dengan empat kemenangan dan satu kekalahan dari lima perlawanan yang dilalui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular