KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 1 Disember 2011

Piala AFC 2012 : Kelantan Layak Automatik, Terengganu Playoff.

The Red Warriors melayakkan diri secara automatik ke kejohanan Piala AFC 2012, menurut pengumuman yang telah dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa, sebentar tadi.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang juga Timbalan Presiden FAM tersebut, Kelantan selaku juara Liga Super diberi kelebihan untuk bermain tanpa perlu menyertai saingan kelayakan (playoff).

Pasukan tetangga, Terengganu pula terpaksa menyertai saingan kelayakan terlebih dahulu biarpun sebelum ini dikhabarkan layak secara merit setelah berhasil menamatkan kedudukan di tempat kedua.

Bagi pasukan Kedah, mereka terpaksa melupakan impian menyertai saingan AFC selepas Konfederasi Bola Sepak Asia menolak pencalonan mereka menjadi pasukan ketiga dari Malaysia untuk bermain kejohanan kedua tertinggi di Asia tersebut.

Kejohanan Piala AFC akan bermula pada bulan Mac, tahun depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular