KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 14 Disember 2011

Piala FA 2012 : Kelantan Jumpa Sarawak.

The Red Warriors menerima undian mudah apabila diundi bertemu pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super, Sarawak dalam pusingan pertama Kumpulan B Piala FA Malaysia 2012.


Kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada 18 Februari tahun depan untuk merebut satu slot ke pusingan kedua.

Kelantan yang juga naib juara pada musim ini bagaimanapun dijangka tidak menghadapi laluan sukar untuk mara ke pentas akhir buat kali ketiga selepas undian yang dilakukan tidak meletakkan mereka dalam kumpulan maut.

Hanya Kedah dan T-Team dilihat mampu memberi cabaran jika Kelantan berhasrat untuk menjuarai kejohanan Piala FA buat kali pertama.

Format baru dua kumpulan yang diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan juara bertahan, Terengganu turut menerima undian mudah pada pusingan pertama apabila bertemu Polis DRM di tempat sendiri dalam kumpulan A.

Bagaimanapun, mereka terpaksa menghadapi banyak ranjau didepan andai dapat mara ke pusingan kedua kerana undian kumpulan meletakkan Sang Penyu dalam kumpulan sukar.

Jika menang, Terengganu mungkin terpaksa melalui jalan berliku selepas Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor FC berada dalam laluan mereka untuk ke peringkat terakhir.

Menurut Dunia Sukan Online, setiap pasukan perlu bersaing dalam kumpulan masing-masing dan pasukan terakhir yang menang dalam Kumpulan A dan B akan ke pentas akhir merebut Piala FA 2012.

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga akan memperkenalkan piala baru untuk kejohanan ini. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular