KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 17 Disember 2011

Lapan Syarikat Taja TRW Musim Depan.



Penglibatan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2012 terus menarik minat penajaan syarikat korporat dan swasta untuk terus menaja mereka tahun depan.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, lapan penaja berminat untuk memberi tajaan mereka kepada pasukan Kelantan.

Happy Prepaid terus ke depan apabila menjadi penaja utama The Red Warriors selain penajaan bersama daripada Sinar Harian, Yusmira Trading, Masterskill, RW Enegery Plus dan Al-Hamra Group.


Pihak UMBRO juga telah menyatakan persetujuan untuk meneruskan tajaan mereka selaku jersi rasmi pasukan Kelantan buat tahun kedua berturut-turut.

Selain itu, jenama keluaran KAFA, Warriors turut menyertai barisan penaja bersama untuk menaja pasukan Kelantan menghadapi kejohanan bola sepak dalam dan luar negara.

Happy selaku penaja utama telah mengadakan satu majlis tandatangan kontrak penajaan bersama penaja-penaja lain pasukan Kelantan di ibu pejabat Digi di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular