KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 17 Disember 2011

Piala Presiden 2012 : Kelantan Dalam Kumpulan A.

Kelantan President Warriors dalam laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan Piala Presiden Malaysia 2012 apabila diundi dalam kumpulan maut pada musim depan.


Satu tugasan sukar buat ketua jurulatih baru, Hashim Mustapha dan Nafuzi Zain untuk membentuk skuad mantap bagi menghadapi saingan getir kumpulan A.

Menurut undian yang telah dijalankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelantan diletakkan sekali dengan Selangor, Johor FC, Sabah, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kedah dan Sime Darby.

Turut diundi sekumpulan ialah Betaria FC, T-Team, Pulau Pinang, MBJB serta Melaka PDRM.

Sepak mula kejohanan akan bermula pada 26 Januari 2012.

Pada saingan musim lepas, Kelantan muncul johan selepas menumpaskan MP Muar 2-1 dalam perlawanan akhir yang dilangsungkan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular