KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 1 Disember 2011


Syazwan, Nik Shahrul Azim Dipanggil OKS.

Dua pemain muda berbakat besar yang dicungkil daripada skuad President Warriors, Mohd Syazwan Yusoff dan Nik Shahrul Azim menerima panggilan Ong Kim Swee untuk menyertai skuad bawah 23 tahun ke Australia.


Syazwan Yusoff bermain di posisi penjaga gol manakala Nik Shahrul Azim pula merupakan pemain pertahanan utama pasukan muda Kelantan, sejak musim lalu.

Mereka berdua merupakan pemain tonggak yang membantu skuad Liga Simpanan muncul juara Piala Presiden, beberapa bulan lepas.

Kedua-dua pemain dilihat mempunyai potensi besar untuk meningkat selepas diberikan banyak pendedahan di peringkat senior oleh ketua jurulatih, Peter James Butler.

Ekoran prestasi memberangsangkan dalam persiapan The Red Warriors sempena pra musim, Syazwan dan Nik Shahrul Azim membuka mata Ong Kim Swee untuk diserapkan selaku pelatih terkini bersama seorang lagi pemain dari Terengganu, Sharil Saari.

Mereka dijangka menyertai latihan skuad bawah 23 tahun Malaysia di Australia bermula 10 hingga 23 Disember 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular