KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 8 Disember 2011

KL Lawan Pra Musim Terbaru.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus serius untuk memperkuatkan The Red Warriors sebelum tirai Liga Malaysia dibuka secara rasminya sebulan dari sekarang apabila mengatur lebih lima perlawanan persahabatan sepanjang Disember ini.


Sebelum ini, T-Team dan Terengganu disahkan akan melawan Kelantan pada 10 serta 31 Disember dan terkini, Kuala Lumpur mengesahkan akan hadir bertandang ke Kota Bharu untuk aksi pra musim pada 23 Disember.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, Kuala Lumpur bakal menjadi lawan seterusnya pasukan Kelantan kerana skuad yang berpangkalan di Ibu Kota tersebut mahu mencuba senarai terbaru pasukan yang telah didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jika keadaan cuaca mengizinkan Kuala Lumpur akan menyertai kita mempersiapkan pasukan dalam kancah pra musim yang diatur KAFA.

Sementara itu, Kelantan giat mengadakan sesi latihan di Padang Mardi, Pasir Tumboh di bawah kendalian Peter James Butler dan Zahasmi Ismail.

Sesi latihan kali ini begitu istimewa kerana hampir kesemua pemain Kelantan mula turun menjalani latihan selepas kembalinya beberapa pemain dari masalah kecederaan.

Empat pemain import yang telah ditandatangani turut kelihatan turun berlatih bersama pemain tempatan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular