KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 13 Disember 2011

HARIMAU MUDA 3-0 SYDNEY FC: AHMAD HAZWAN BAKRI LEDAK 2 GOL

Ahmad Hazwan Bakri (Jersi 14)

Harimau Muda berjaya mengalahkan lawan pertama mereka dalam siri latihan di Australia, Sydney FC dengan jaringan 3-0 hasil jaringan K.Gurusamy dan Ahmad Hazwan bakri.

Ahmad Hazwan Bakri, penyerang dari skuad Kuala Lumpur meledak 2 gol untuk Harimau Muda setelah masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 70.

Hazwan, 20 tahun, mula menyertai skuad Kuala Lumpur pada tahun 2009 setelah bakatnya di cungkil semasa sesi ujibakat di Labuan. Beliau berjaya menjaringkan 16 gol untuk skuad warga kota pada musim tersebut.

Ahmad Hazwan yang sepatutnya memperkuatkan skuad bola sepak Sukan Sea baru-baru ini terpaksa diketepikan bersama seorang lagi penyerang, Feris Denial angkara kecederaan.

Harimau Muda akan meneruskan sesi perlawanan persahabatan di Australia dengan menentang Central Coast Mariners pada 15 Disember dan Newcastle United Jets pada 19 Disember.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular