KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 1 Disember 2011

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM/100 Plus : Kelantan Sapu Tiga Anugerah.

Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat membanggakan semua penyokong The Red Warriors apabila membawa pulang tiga anugerah dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM/100 Plus 2011 di Holiday Inn, Glenmarie Golf and Country Club, tengahri tadi.


Norshahrul Idlan menerima anugerah penyerang terbaik dan pemain paling bernilai atau Supermokh manakala Khairul Fahmi Che Mat pula seperti dijangka menjadi penerima anugerah penjaga gol terbaik.

Bagi kategori lain, Shafiq Rahim membuktikan status selaku pemain tengah terbaik negara apabila menerima anugerah pemain tengah terbaik disamping Norhafiz Zamani Misbah mendapat pengiktirafan selaku pemain pertahanan terbaik negara.

Pemain harapan pula disandang pemain dari skuad Harimau Muda A, Wan Zack Haikal.

Irfan Bakti yang membawa Terengganu menjulang Piala FA dan naib juara Piala Malaysia serta Liga Super mendapat anugerah jurulatih terbaik.

Dua pasukan dari Lembah Klang, Selangor FA dan PKNS Selangor pula diiktiraf persatuan dan kelab terbaik negara pada musim kali ini. -RedsfcNews-

Berikut adalah keputusan penuh bagi
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

Kelab Terbaik
PKNS Selangor

FA Terbaik
Selangor FA

Pemain Harapan
Wan Zack Haikal

Jurulatih Terbaik
Irfan Bakti

Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha

Pemain Tengah Terbaik
Shafiq Rahim

Pertahanan Terbaik
NorHafiz Zamani Misbah

Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat

Pemain Paling Bernilai @ Supermokh
Norshahrul Idlan Talaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular